IKRAM Terengganu

Directions Website

IKRAM Terengganu Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Terengganu

10/10/2026

๐ŸŒฟ GOTONG-ROYONG PERDANA SRIAAKT BERSAMA PIBG & IKRAM KUALA NERUS ๐ŸŒฟ

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Perdana Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Terengganu (SRIAAKT) bersama PIBG SRIAAKT dan IKRAM Kuala Nerus telah berlangsung pada 10 Oktober 2026 dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Program ini menghimpunkan warga SRIAAKT, ibu bapa, ahli IKRAM Kuala Nerus, HARMONI UniSZA dan murid-murid SRIAAKT dalam suasana penuh ukhuwah dan semangat kerjasama bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih bersih, ceria dan kondusif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada seluruh warga SRIAAKT, PIBG SRIAAKT, ahli IKRAM Kuala Nerus, HARMONI UniSZA serta semua pihak yang telah menyumbang masa, tenaga, peralatan dan juadah bagi menjayakan program ini.

Program ini lebih daripada sekadar aktiviti gotong-royong, juga menjadi wadah mengeratkan silaturahim, menyuburkan semangat kesukarelawanan serta mengukuhkan ukhuwah melalui kebersamaan. Semoga Allah SWT menerima segala usaha dan sumbangan sebagai amal soleh, memberkati ukhuwah yang terjalin serta menyemarakkan lagi semangat kebersamaan ini.

UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN






Setiap sen amanah yang anda titipkan telah bertukar menjadi talian hayat di bumi Gaza.Laporan ini memuatkan perincian pe...
10/10/2026

Setiap sen amanah yang anda titipkan telah bertukar menjadi talian hayat di bumi Gaza.

Laporan ini memuatkan perincian penuh pelaksanaan amanah rakyat Malaysia sepanjang tempoh krisis paling getir.

Sepanjang tempoh tiga tahun ini, sebanyak RM 40,944,292 dana amanah anda telah berjaya disalurkan.

Inisiatif kemanusiaan bersepadu ini telah memberi manfaat secara terus kepada 1,004,780 orang mangsa yang terjejas.

Sebanyak lapan sektor bantuan telah digerakkan secara berperingkat mengikut keperluan paling mendesak di lapangan.

Agihan meliputi sektor makanan sebanyak 33%, pemulihan awal 19%, bantuan perubatan 18%, dan sektor pendidikan sebanyak 12%.

Selain itu, agihan bukan makanan merangkumi 6%, advokasi 6%, penempatan sementara 3%, serta sektor air bersih 2%.

Daripada penyediaan 220,613 pek makanan panas sehinggalah pembinaan 32 khemah sekolah darurat, ikhtiar bantuan tidak pernah berhenti.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para dermawan atas kepercayaan menguruskan sumbangan anda, agensi kerajaan, para penaja korporat, rakan pelaksana, serta sukarelawan.

Rasulullah SAW bersabda: "Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepadamu." (Riwayat Abu Daud).

Penelitian dan ketelusan laporan ini menjadi tonggak utama dalam mengekalkan integriti operasi kemanusiaan MyCARE.

Semoga pengorbanan harta anda menjadi saksi di akhirat serta mengalirkan ganjaran pahala yang tidak pernah putus.

Doa tulus turut dipanjatkan buat para petugas MyCARE di Gaza yang telah gugur syahid ketika menjalankan tugas.

Teruskan Bina Semula Gaza melalui MyCare Terengganu.

Sebar-sebarkan agar lebih ramai yang akan beroleh manafaat.

Imej satelit Google Maps yang dikemas kini memperlihatkan skala kemusnahan yang amat dahsyat di Gaza. Kawasan kejiranan ...
09/10/2026

Imej satelit Google Maps yang dikemas kini memperlihatkan skala kemusnahan yang amat dahsyat di Gaza. Kawasan kejiranan yang dahulunya dipenuhi rumah dan bangunan kini bertukar menjadi timbunan runtuhan.

Perbandingan imej lama dengan imej terkini menunjukkan betapa drastiknya perubahan landskap Gaza sejak perang bermula.

Menurut anggaran UNOSAT sehingga Jun 2026, 82% bangunan di seluruh Gaza telah mengalami kerosakan, termasuk lebih 134,000 bangunan yang musnah sepenuhnya.

Di sebalik angka ini, ada rumah yang kehilangan penghuninya, keluarga yang kehilangan tempat berteduh dan kehidupan yang musnah dalam sekelip mata.

Kemusnahan Gaza bukan sekadar jelas dari pandangan satelit. Ia adalah realiti yang terpaksa ditanggung oleh jutaan rakyat Palestin setiap hari.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Gaza tidak boleh dibiarkan terus menderita. Teruskan menyuarakan solidariti dan hulurkan bantuan kemanusiaan melalui MyCARE.

Jom bantu melalui MyCare Terengganu.

Sebar-sebarkan agar lebih ramai yang akan beroleh manafaat.

Berikut merupakan laporan pencapaian HCF bagi bulan Januari hingga September 2026 yang dapat dilaksanakan hasil sokongan...
08/10/2026

Berikut merupakan laporan pencapaian HCF bagi bulan Januari hingga September 2026 yang dapat dilaksanakan hasil sokongan anda semua. Sokongan berterusan daripada semua amat diperlukan dalam mencapai usaha-usaha menyampaikan keindahan Islam & pemerkasaan mualaf ke hadapan ini.
๐‰๐จ๐ฆโ—๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐ฉ๐š๐ก๐š๐ฅ๐š bersama menyambung perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW dengan menyumbang melalui
>> www.infaqhidayah.com
>> www.infaqhidayah.com
Semoga Allah mengurniakan taufiq & hidayah buat kita semua untuk terus berusaha menyebarkan keindahan Islam! Amin ya Rabb al amin.
๐Ÿ’ณ Salurkan sumbangan anda di: www.infaqhidayah.com
Atau melalui perbankan internet
๐Ÿ“ฅ Maybank: 5622 0962 4421 [The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered]
๐Ÿ“ฅ Bank Islam: 1211 3010 0494 33 [Hidayah Centre Foundation]
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf



๐Ÿ“ ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—›๐—–๐—™ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ก๐—จ๐—”๐—ฅ๐—œ - ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ“ˆ
Berikut merupakan laporan pencapaian HCF bagi bulan Januari hingga September 2026 yang dapat dilaksanakan hasil sokongan anda semua. Sokongan berterusan daripada semua amat diperlukan dalam mencapai usaha-usaha menyampaikan keindahan Islam & pemerkasaan mualaf ke hadapan ini.
๐‰๐จ๐ฆโ—๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐ฉ๐š๐ก๐š๐ฅ๐š bersama menyambung perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW dengan menyumbang melalui
>> www.infaqhidayah.com
>> www.infaqhidayah.com
Semoga Allah mengurniakan taufiq & hidayah buat kita semua untuk terus berusaha menyebarkan keindahan Islam! Amin ya Rabb al amin.
๐Ÿ’ณ Salurkan sumbangan anda di: www.infaqhidayah.com
Atau melalui perbankan internet
๐Ÿ“ฅ Maybank: 5622 0962 4421 [The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered]
๐Ÿ“ฅ Bank Islam: 1211 3010 0494 33 [Hidayah Centre Foundation]
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf



08/10/2026

Sekiranya kita penat mengikuti apa yang berlaku di Gaza, bagaimana p**a dengan penduduk yang hidup di sana?

Selama 1,095 hari mereka hidup dalam keadaan terancam, kesejukan, kelaparan, ketiadaan pekerjaan, tercedera dan seumpamanya.

Disebabkan keadaan yang amat menyakitkan, sehari di sana diibaratkan seminggu atau mungkin lebih lama.

Namun, bukan mereka sahaja yang diuji, kita juga diuji. Ujian kita p**a adalah bagaimana kita mampu untuk bersama mereka.

Mereka adalah saudara kita seagama. 100% secara pasti, Allah SWT menanyakan kepada kita, selama 1,095 hari ini, berapa banyak yang telah kita lakukan untuk membantu mereka?

Teruskan membantu mereka melalui MyCARE. Setiap sumbangan bukan sekadar bantuan makanan dan pakaian, tetapi harapan dan tanda kasih kepada mereka.

Jom bantu di: ๐Ÿ‘‰ https://mycare.qrd.by/gazabangkittrg

Atau pindahan bank:
๐Ÿฆ Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602135592
Rujukan: palestintrg
๐Ÿ“ฒ Hantar bukti sumbangan: En. Hud โ€“ https://wasap.my/+60103145085

Sebar-sebarkan agar lebih ramai yang akan beroleh manafaat.

PROGRAM iSENIOR 2026: WANITA SIHAT, TENANG DAN CERIA ๐Ÿ’–๐ŸŒธAlhamdulillah, Program iSenior: Wanita Sihat, Tenang dan Ceria te...
03/10/2026

PROGRAM iSENIOR 2026: WANITA SIHAT, TENANG DAN CERIA ๐Ÿ’–๐ŸŒธ

Alhamdulillah, Program iSenior: Wanita Sihat, Tenang dan Ceria telah berjaya dilaksanakan pada 2 Oktober 2026, sabtu di Surau Al-Mustofa, Taman Permint Perdana, Seberang Takir dengan penyertaan seramai 44 orang peserta.

Program anjuran Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat IKRAM Kuala Nerus dengan kerjasama IKRAM Health, PAWE dan Rumah Ngaji IKRAM Taman Permint ini bertujuan meningkatkan kesedaran wanita berusia 40 tahun ke atas tentang kepentingan penjagaan kesihatan, di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian yang bermanfaat seperti Chairobic oleh Puan Hasimah daripada Shima Fitness Centre, Ceramah Kesihatan oleh Dr. Nurul Jannah binti Abdul Rahman, Pakar Kesihatan Keluarga, Klinik Kesihatan Seberang Takir, pemeriksaan kesihatan oleh Klinik IKRAM, kaunseling individu serta cabutan bertuah. Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan semangat mengamalkan gaya hidup sihat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Hasimah, Dr. Nurul Jannah binti Abdul Rahman, IKRAM Health, Klinik IKRAM, PAWE, Rumah Ngaji IKRAM Taman Permint, para urus setia serta semua peserta yang telah menjayakan program ini.

Antara intipati utama yang dikongsikan oleh Dr. Nurul Jannah ialah, "Usia adalah ketentuan Allah, kesihatan adalah amanah dan penjagaan diri adalah ikhtiar." Semoga peringatan ini menjadi inspirasi kepada semua peserta untuk terus mensyukuri nikmat usia, menjaga kesihatan sebagai amanah daripada Allah SWT serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Semoga segala ilmu dan manfaat yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian serta menjadi asbab kepada kehidupan yang lebih sihat, tenang dan diberkati Allah SWT.

๐Ÿ’– Sihat โ€ข Tenang โ€ข Ceria โ€ข Bersama Hingga Tua ๐Ÿ’–

02/10/2026

Sehingga 15 Ogos 2026, MyCARE telah menghantar bantuan bernilai RM40.9 juta kepada saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Gaza bermula dengan bantuan kecemasan dan kini transisi kepada bantuan pemulihan.

Alhamdulillah, hampir 1 juta orang telah menerima manfaat dalam bentuk makanan, perlindungan, perubatan, susu dan lampin bayi, pendidikan dan air bersih.

Sumbangan anda pastinya telah menyelamatkan banyak nyawa ketika Gaza benar-benar memerlukan pertolongan kecemasan, dan kini, kita bersama-sama p**a membina semula Gaza melalui misi pemulihan.

Semoga Allah merahmati dan melipat gandakan rezeki para dermawan MyCARE. Setiap ringgit yang anda hulurkan hari ini adalah langkah pertama untuk mereka kembali berdiri dan menyambung kehidupan.

Terima kasih kerana turut bersama dalam usaha ini.

Ayuh BINA SEMULA GAZA melalui: ๐Ÿ‘‰ https://mycare.qrd.by/gazabangkittrg

Atau pindahan bank:
๐Ÿฆ Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602135592
Rujukan: palestintrg
๐Ÿ“ฒ Hantar bukti sumbangan: En. Hud โ€“ https://wasap.my/+60103145085

Sebar-sebarkan agar lebih ramai yang akan beroleh manafaat.

MyCARE secara rasminya menerima Sijil Penubuhan Civil Defence Auxiliary (CDA) di bawah nama CDA-HUMSERV MyCARE sempena M...
01/10/2026

MyCARE secara rasminya menerima Sijil Penubuhan Civil Defence Auxiliary (CDA) di bawah nama CDA-HUMSERV MyCARE sempena Majlis Perhimpunan Setia dan Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Peringkat Negeri Selangor.

Pihak MyCARE telah diwakili oleh Pengurus Projek, En. Noorsyazly Rameli sebagai penerima watikah penubuhan tersebut.

Watikah bersejarah ini telah disempurnakan dan diserahkan oleh YAS Pj. (PA) Ghazali Bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia merangkap perasmi majlis, serta disaksikan oleh YS Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Melalui penubuhan CDA-HUMSERV MyCARE ini, sukarelawan MyCARE kini diintegrasikan secara rasmi sebagai pasukan simpanan sokongan APM. Inisiatif strategik ini bakal memantapkan lagi koordinasi di lapangan menerusi latihan kemahiran menyelamat, pertolongan cemas, serta kesiapsiagaan operasi bencana negara secara tersusun dan berdisiplin.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), khususnya APM Negeri Selangor, atas kepercayaan serta pengiktirafan ini.

Semoga jalinan kerjasama ini menyemarakkan lagi iltizam MyCARE untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih cekap, pantas, dan bersiap siaga tatkala ujian bencana melanda.

"Nurturing Humanity, Making a Difference"

29/09/2026

Bagi mengekang penularan wabak yang semakin membimbangkan di Gaza, MyCARE melaksanakan bantuan WASH (Water, Sanitation, and Hygiene) pada 01 September 2026.

Sebanyak 260 keluarga pelarian yang merangkumi 1,560 individu telah menerima pakej kebersihan lengkap.

Setiap bungkusan memuatkan 17 barangan penting termasuk sabun, berus dan ubat gigi, detergen pencuci baju dan pinggan, cecair klorin, penyapu, mop, wipes, plastik sampah, serta tuala wanita.

Alhamdulillah, penerima bantuan meluahkan kelegaan kerana kit sanitasi ini tiba tepat pada saat mereka kehabisan bekalan asas.

Kawalan kebersihan persekitaran ini kekal menjadi keutamaan kritikal dalam operasi kemanusiaan di Gaza.

Setinggi-tinggi penghargaan kami hulurkan kepada semua penyumbang yang terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin.

Semoga infak ikhlas anda menjadi asbab mengurangkan penderitaan mereka serta mengembalikan sinar harapan yang hampir padam.

Ayuh BINA SEMULA GAZA melalui: ๐Ÿ‘‰ https://mycare.qrd.by/gazabangkittrg

Atau pindahan bank:
๐Ÿฆ Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602135592
Rujukan: palestintrg
๐Ÿ“ฒ Hantar bukti sumbangan: En. Hud โ€“ https://wasap.my/+60103145085

Sebar-sebarkan agar lebih ramai yang akan beroleh manafaat.

Address

Pejabat Pertubuhan IKRAM Negeri Terengganu, No. Ps-9, Tingkat 1, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus
Kuala
21060

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share