Offshore Life

Offshore Life Kepada semua pelaut saya doakan di permudahkan segala urusan dan selamat bertugas dimana mana anda berada.

Tiga maut bot keselamatan jatuh ketika latihan di pelantar minyakKuala Terengganu: Latihan pemindahan kecemasan di sebua...
24/05/2026

Tiga maut bot keselamatan jatuh ketika latihan di pelantar minyak

Kuala Terengganu: Latihan pemindahan kecemasan di sebuah pelantar minyak di kawasan luar pesisir Terengganu-Pahang bertukar tragedi apabila tiga lelaki maut selepas bot keselamatan yang dinaiki mereka terhempas, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, empat mangsa dipercayai dalam bot keselamatan tertutup (life boat) bagi menjalani latihan pemindahan kecemasan sebelum tali yang menyokong bot berkenaan tiba-tiba putus.
Kejadian itu menyebabkan bot terbabit jatuh dari ketinggian kira-kira empat meter mengakibatkan semua mangsa parah.
Sumber berkata, sejurus kejadian, semua mangsa dibawa keluar dari lokasi oleh pas**an penyelamat dan agensi berkaitan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.
"Bagaimanapun tiga daripada mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan," katanya.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman, 28, Ahmad Fikri Zakaria, 38, dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 37.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik HSNZ untuk proses bedah siasat.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Taufik Mohd Ruslan, 36, dari Ipoh, Perak dilaporkan cedera dan sedang menerima rawatan.
Difahamkan mangsa pada awalnya dirawat di Jabatan Kecemasan Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (HoSZA) sebelum dipindahkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan sedang dipantau pas**an perubatan.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sementara itu, Harian Metro sedang mendapatkan pengesahan daripada syarikat pengendali pelantar minyak terbabit serta pihak berkuasa berkaitan berhubung insiden berkenaan.

Tinjauan di Jabatan Forensik HSNZ mendapati ahli keluarga mangsa sudah berada di lokasi bagi urusan lanjut.

Susana sunset di ofshore....geng macig atas suply boat s**a la msa kapal paking tpi platform kan
18/05/2026

Susana sunset di ofshore....geng macig atas suply boat s**a la msa kapal paking tpi platform kan

Semalam, dalam gelak tawa terkeluar satu cerita yang tak semua orang tahu.Seorang kawan aku, campboss juga… luah pasal w...
08/05/2026

Semalam, dalam gelak tawa terkeluar satu cerita yang tak semua orang tahu.

Seorang kawan aku, campboss juga… luah pasal work culture di sebuah platform ,tak payah sebut nama. Yang pernah rasa konferm akan terus faham.

Masalahnya bukan pasal kerja, bukan sebab penat. Masalahnya dengan manusia yang pegang kuasa. Orang nombor satu atas tu dah terlalu lama duduk di tempat tinggi sampai lupa macam mana rasanya berdiri sama level dengan orang lain.

Bila bercakap, bukan nak bagi arahan tapi nak tunjuk siapa “tuan” sebenar. Bila marah, bukan sebab kerja tak bagus tapi sebab ego tak dilayan. Yang bawah ni pulak dipaksa telan semua benda. Sebab nak jaga kerja, sebab nak jaga periuk nasi, nak cari rezeki untuk keluarga.

Kawan aku ni bukan budak fresh first timer. Dia dah makan garam lebih dulu dari aku. Kapal, platform, jackup, fpso, semua dia dah rasa. Tapi kali ni lain. Dia pilih rotation pendek, sebab dia nak tak nak tinggal keluarganya lama-lama.

Kadang aku tertanya, kenapa catering crew selalu menjadi target oleh golongan ini? Sebab gaji kecik Sebab kerja “nampak” rendah? Atau sebab mereka fikir, orang dapur ni tak ada suara?

Sedangkan realitinya, kau kerja 12 jam pun boleh tahan lapar, tapi sekali makanan tak terjaga, satu platform boleh kacau. Tapi tetap, yang buat kerja paling penting,
selalu dapat hormat paling sikit.

Ironi.

Dan pasal isu "kasta" tu, 2026 pun masih ada yang hidup macam zaman feudal. Client atas, kontraktor bawah. Yang pakai coverall warna lain, terus dilayan macam kelas kedua.Padahal bila emergency, semua orang lari arah yang sama. Tak ada siapa tanya, “kau client ke kontraktor?”

Sebab tu aku selalu cakap yang hidup atas kapal lagi ada “jiwa” berbanding di platform. Tak ada kasta, tak ada drama tak berfaedah. Semua orang tahu peranan masing-masing. Penat tu memang penat, tapi hati dan kepala tak sakit dengan karenah manusia yang merasakan mereka lah yang terpaling hebat.

Kau boleh kerja berbulan-bulan, tapi masih boleh gelak sama-sama, makan sama-sama dan saling menghormati. Itu bezanya tempat kerja dengan tempat orang yang nak lepaskan ego.

Dan untuk sesiapa yang rasa platform tu “kerajaan” dia,
aku nak ingatkan satu benda je. Kau boleh jerit hari ni, kau boleh arah orang ikut kepala kau hari ni, kau boleh rasa semua orang bawah kau hari ni, tapi semua tu sementara.

Sebab satu hari nanti, kau tetap baring diam, tak ada jawatan, tak ada kuasa, tak ada orang panggil “BOSS”. Yang ada cuma… 7 kaki dalam tanah. Sehelai kain putih. Dan cerita orang tentang kau, sama ada kau pernah jadi manusia atau sekadar pernah ada kuasa.

BamEmy
-Bukan Penjilat Atasan-

Seorang wanita, anak kampung & bukan top student. Kini jurutera oil & gas di Australia dan juga usahawan penternakan ber...
08/05/2026

Seorang wanita, anak kampung & bukan top student. Kini jurutera oil & gas di Australia dan juga usahawan penternakan berjaya👍

Kredit: Threads suhaidajamaludin

27/04/2026

Alhamdulillah, pemindahan hati berjaya dilaksanakan, memberi harapan baharu kepada penerima di Kuala Lumpur.
Terdahulu, Muhammad Syukri Bin Bazli, 31, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat komplikasi jantung.
Allahyarham yang juga penderma organ sebelum ini diraikan dengan walk of honor dari ICU ke dewan bedah sebelum proses pendermaan dijalankan.

Jenazah Allahyarham Syukri Bazli masih berada di dalam dewan bedah HSNZ, Kuala Terengganu.1 buah pinggang di hantar ke H...
26/04/2026

Jenazah Allahyarham Syukri Bazli masih berada di dalam dewan bedah HSNZ, Kuala Terengganu.

1 buah pinggang di hantar ke Hospital Selayang, 1 lagi buah pinggang dihantar ke Universiti Malaya dan hati telah di hantar ke Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur.
Ketiga-tiga organ ini dihantar menggunakan helikopter pada pagi tadi.

Pembedahan segera akan dilakukan untuk memindahkan organ ini kepada penerima.
Hati akan dipindahkan kepada seorang kanak-kanak manakala buah pinggang kepada 2 orang pesakit diabetis yang dalam proses dialisis.

Pembedahan untuk mengambil tulang dan kulit masih sedang berjalan.
Tulang diambil untuk "bone graft" bagi mangsa kemalangan, pesakit kanser tulang, pesakit masalah tulang belakang manakala kulit untuk "skin graft" bagi pesakit melecur teruk, pembedahan rekonstruktif untuk memulihkan rupa dan fungsi kulit, contohnya selepas buang tumor atau kecacatan.

Kesemua organ yang masih dalam keadaan baik, di dermakan kepada insan yang memerlukan.
Arwah baru berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung merupakan penderma organ dan pihak keluarga juga telah memberikan kebenaran kepada pihak hospital untuk pendermaan organ ini.

Selepas organ di ambil, pengantian (prostetik sementara) akan dilakukan untuk mengekalkan bentuk asal fizikal jenazah.
Insyallah nanti saya akan kupas dalam posting khas.

Jenazah jangka di tuntut oleh ahli keluarga selepas solat zohor.
Solat jenazah selepas solat isyak di Masjid Tok Dor, Ajil dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Peroh, Ajil.

Ayah arwah merupakan s**arelawan Pertubuhan Amal Komuniti Besut by JNZA Gaung Global cawangan Kuala Berang.
Proses mandi kafan jenazah akan dilakukan sendiri oleh ayahnya di bilik pengurusan jenazah Masjid Ladang.

Moga dipermudahkan segala urusan pembedahan dan pengurusan jenazah nanti.

Saya akan update perkembangan dari masa ke semasa.
Terima kasih.

P/s : kredit info kepada Fareez Nawi yang turut sama terlibat dalam pembedahan ini.


KUANTAN: Terperangkap di da­­lam kapal selama tujuh bulan dengan keadaan kebajikan terabai serta makanan yang terhad mer...
23/04/2026

KUANTAN: Terperangkap di da­­lam kapal selama tujuh bulan dengan keadaan kebajikan terabai serta makanan yang terhad merupakan situa­si dihadapi kru kapal Berkat Tuah terma­suk 11 rakyat Ma­laysia yang terkandas di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Muhammad Kamal Idha­muddin Kamal Arifin, 27, ber­kata, sepanjang tujuh bulan kapal itu terkandas di Pelabuhan Hamriyah yang terletak di Teluk Parsi itu, kebajikan semua kru memang terabai malah gaji mereka juga tidak dibayar oleh majikan.…

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga Offshore Life 🌙✨Yang berpeluang bercuti bersama keluarga, hargai momen tu ...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga Offshore Life 🌙✨
Yang berpeluang bercuti bersama keluarga, hargai momen tu sebaiknya. Pandu dengan selamat, ingat orang tersayang menunggu di rumah ❤️
Yang beraya di offshore, kita tetap raya cara kita 💪
Offshore style — simple tapi penuh makna. Yang penting stay focus, kerja dengan selamat dan pulang dengan selamat.
Finish Strong, Stay Safe — Safety is Our Legacy 🔥
Jom share gambar raya korang dekat comment 👇📸
Onshore ke offshore, kita tetap satu team!

21/03/2026

Drop j*p
gambar OOTD
pagi raya korang di kapal atau platform...

jom sertai kami...kami memerlukan manpower berpengalaman dlm electrician...jom sertai team kami....
16/03/2026

jom sertai kami...kami memerlukan manpower berpengalaman dlm electrician...jom sertai team kami....

Address

Kuala
24300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Offshore Life posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Offshore Life:

Share

Category