12/06/2025
Ucapan Terima Kasih Kepada Para Penyumbang Budiman
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menggerakkan hati-hati insan dermawan untuk menyokong usaha pendidikan anak-anak Ma’ahad Al-Munir yang kini menuntut ilmu di Jamia Binoria Alamia, Karachi, Pakistan.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang sama ada dalam bentuk kewangan, doa, mahupun sokongan moral atas sumbangan yang diberikan. Setiap sen yang disumbangkan adalah pelita buat mereka yang sedang menuntut ilmu di bumi asing demi mengangkat martabat ummah dan menyambung risalah dakwah.
Sumbangan kalian bukan sekadar membantu dari sudut keperluan harian dan pembelajaran, bahkan menjadi bukti bahawa perjuangan ini dipikul bersama oleh masyarakat yang cintakan ilmu dan agama.
Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik ganjaran, meluaskan rezeki, mengangkat darjat, dan menjadikan setiap sumbangan sebagai amal jariah yang tidak putus hingga ke akhirat.
Lihat video pelajar Ma’ahad Al-Munir di bawah sebagai bukti semangat mereka dalam menuntut ilmu dan menghargai sumbangan anda.
جزاكم الله خيرا وبارك الله فيكم