Surau Darul Hidayah Bukite Berangan, Tepoh. Kuala Terengganu. Mula dibina pada tahun 1992 Di atas sebidang tanah Waqaf di dalam Kg Bukit Berangan 1.5 km dari simpang jalan besar 1.5 Km dari simpang padang Bola Bukit Berangan arah Gong Badak. Pada awalnya Surau ini berupa binaan kayu sepenuhnya dan hanya satu tingkat. Selepas itu surau ini di roboh dan di bina baru dengan pembinaan surau dua tingkat (bawah simen atas kayu). Setelah sekian lama menggunakan banguan surau itu, bangunan surau mengalami masalah kayu reput dimakan anai2. Oleh sebab itu, sekali lagi surau ini dibina semula pada hujung tahun 2013 hingga kini 2016, dengan hasil sumbangan orang ramai dan muslimin muslimat binaan surau sudah sempurna sekitar 85%. Alhamdulillah, keseluruhan binaan surau kali ni semuanya Simen batu tanpa bumbung hasil seni bina tukang dari Acheh Indonesia. Pembinaan surau kali ini memakan belanja agak besar, kerana pembinaan untuk jangka masa panjang. Sekali lagi terima kasih buat semua muslimin muslimat. Jika ingin melihat sendiri Surau ini, silalah datang ke Surau Darul Hidayah, Bukit Berangan Tepoh,(Surau Pok Za).