Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Kuala Terengganu

Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Kuala Terengganu Membangun Umat Beragenda
Melayu Sepakat Islam Berdaulat ISMA merupakan sebuah entiti yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, Islam sebagai cara hidup yang unggul dan sempurna. Dengan misinya untuk membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan

Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi, ISMA berazam untuk memberi impak kepada masyarakat melalui pelbagai program dan aktiviti. ISMA komited dalam mencapai matlamat penubuhannya di samping mempunyai ahli-ahli yang konsisten melaksanakan program dan aktivitinya. ISMA berusaha mengajak masyarakat kepada kesejahteraan dan keutuhan keluarga sebagai aset kekuatan dalam pembentukan masyarakat kerana ISMA mahu mencorakkan bangsa ke arah kemajuan, berdaya saing dan mampu menjadi sebuah entiti yang mewarnai kepimpinan masa depan. ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari segi aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja, belia serta wanita. ISMA bukan parti politik dan tidak akan terlibat di dalam sebarang kegiatan politik kepartian.

๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1447H โœจ๐ŸŒ™Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar, bukan sekadar melepaskan sesuatu yang ...
26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1447H โœจ๐ŸŒ™

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar, bukan sekadar melepaskan sesuatu yang kita sayangi, tetapi menyerahkan sepenuh ketaatan kepada Allah SWT dengan hati yang ikhlas.

Semoga semangat pengorbanan ini terus menyuburkan kasih sayang, memperkukuh ukhuwwah, dan mendidik jiwa untuk terus memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan ummah.

ุชูŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ู‘ูŽุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kami dan kalian.

Di kesempatan yang penuh barakah ini, kami warga ISMA Kuala Terengganu ingin mengucapkan, "Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H. Maaf zahir dan batin buat seluruh muslimin dan muslimat."

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua. ๐Ÿค

Hari ini adalah Hari Tarwiyah. Jom ambil tahu apa itu tarwiyah
25/05/2026

Hari ini adalah Hari Tarwiyah. Jom ambil tahu apa itu tarwiyah

๐Ÿ•‹ ZULHIJJAH: BUKAN SEKADAR KORBAN BINATANGKisah Nabi Ibrahim a.s. bukan sekadar sejarah yang diulang setiap tahun. Ia ad...
25/05/2026

๐Ÿ•‹ ZULHIJJAH: BUKAN SEKADAR KORBAN BINATANG

Kisah Nabi Ibrahim a.s. bukan sekadar sejarah yang diulang setiap tahun. Ia adalah latihan jiwa iaitu tentang bagaimana seorang hamba tunduk sepenuhnya kepada Allah.

Ketika diperintah mengorbankan sesuatu yang paling dicintai, Nabi Ibrahim a.s. tidak membantah. Begitu juga Nabi Ismail a.s yang reda dan taat tanpa ragu.

Inilah hakikat pengorbanan sebenar bukan pada sembelihan, tetapi pada penundukan nafsu.

Zulhijjah hadir bukan untuk dirai semata-mata.
Tetapi untuk kita bertanya iaitu berapa banyak nafsu yang sudah kita korbankan demi Allah?

๐Ÿ”— Baca berita penuh di sini:
https://www.indahnyaislam.my/membina-jiwa-yang-tunduk-kepada-allah/

๐Ÿ“ฒ Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

22 Mei, Kuala Terengganu - Awal penggal cuti sekolah telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak anak remaja ini dalam progr...
24/05/2026

22 Mei, Kuala Terengganu - Awal penggal cuti sekolah telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak anak remaja ini dalam program Gotong Royong Bersih Pantai yang bertempat di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Program ini dianjurkan oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM Kuala Terengganu) dengan objektif untuk menyemai rasa cakna dan tanggungjawab anak anak remaja kepada kebersihan alam sekitar.
Dalam tazkirah ringkas, Ustaz Ramadhan Awang menyampaikan pesanan supaya jangan kita menjadi orang yang menambahkan kecacatan pemandangan dengan membuang sampah merata rata kerana ia bukanlah sikap orang beriman.

Program ini telah disertai oleh kira kira 15 orang anak anak remaja di samping sedikit aktiviti sampingan kemahiran penyelesaian masalah bagi menghidupkan suasana.

Tahniah kepada semua peserta. Jumpa lagi dalam program akan datang.

21 Mei, Kuala Terengganu - Satu siri kempen perbaiki bacaan fatihah telah diadakan bertempat di Tapak Pasar Tani Hiliran...
21/05/2026

21 Mei, Kuala Terengganu - Satu siri kempen perbaiki bacaan fatihah telah diadakan bertempat di Tapak Pasar Tani Hiliran, Kuala Terengganu.

Rata rata pengungjung yang hadir memberi respon positif & menggalakkan program sebegini di tempat tempat lain bagi menyebarkan kesedaran tentang kepentingan Al Fatihah sebagai rukun solat yang perlu dibaca dengan kaedah tajwid yang betul.

Moga menjadi sumber inspirasi kepada kami untuk terus berkongsi


Temubual Untuk Tugasan Pelajar UniSZASelasa, 19 Mei - Satu sesi temubual telah diadakan melibatkan pelajar daripada Juru...
21/05/2026

Temubual Untuk Tugasan Pelajar UniSZA

Selasa, 19 Mei - Satu sesi temubual telah diadakan melibatkan pelajar daripada Jurusan Dakwah, UniSZA bersama Timbalan YDP dan Ketua Pemuda ISMA Kuala Terengganu.

Soalan temubual adalah sekitar prinsip pengurusan dakwah, cabaran melaksana program yang menarik minat masyarakat, serta pengaruh media sosial dalam perkembangan dakwah semasa.

Semoga input yang dikongsikan dapat meluaskan sudut pandang dan memberi kejelasan bagaimana mempraktikkan kaedah dakwah dalam amal di lapangan.

Terima kasih sudi berkunjung.


โ‡๏ธ KALAM HIKMAH โ‡๏ธุงุบุชุงุจ ุฑุฌู„ูŒ ุฑุฌู„ู‹ุง ุนู†ุฏ ู‚ุชูŠุจุฉ ุจู† ู…ุณู„ู…ุŒ ูู‚ุงู„ ู„ู‡ ู‚ุชูŠุจุฉ: ุฃู…ุณูƒ ุŒ ููˆุงู„ู„ู‡ ู„ู‚ุฏ ุชู„ู…ู‘ุธุช ุจู…ุถุบุฉ ุทุงู„ู…ุง ู„ูุธู‡ุง ุงู„ูƒุฑุงู…Se...
19/05/2026

โ‡๏ธ KALAM HIKMAH โ‡๏ธ

ุงุบุชุงุจ ุฑุฌู„ูŒ ุฑุฌู„ู‹ุง ุนู†ุฏ ู‚ุชูŠุจุฉ ุจู† ู…ุณู„ู…ุŒ ูู‚ุงู„ ู„ู‡ ู‚ุชูŠุจุฉ: ุฃู…ุณูƒ ุŒ ููˆุงู„ู„ู‡ ู„ู‚ุฏ ุชู„ู…ู‘ุธุช ุจู…ุถุบุฉ ุทุงู„ู…ุง ู„ูุธู‡ุง ุงู„ูƒุฑุงู…

Seorang lelaki telah mengumpat seorang lelaki lain di hadapan Qutaybah ibn Muslim, lalu Qutaybah berkata kepadanya: "Berhentilah, demi Allah , sesungguhnya kamu telah merasai sesuap makanan yang telah lama diludahkan oleh orang-orang yang mulia.

๐Ÿ—ฃ Mengumpat adalah perbuatan hina yang perlu dijauhi.

๐Ÿ“ฒ Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam



KAJIAN ISMA DEDAH KELOMPONGAN INSTITUSI KELUARGA, SERU INTERVENSI KOLEKTIF BINA UMMAH FADHILAHDENGKIL, 15 Mei - Kajian t...
17/05/2026

KAJIAN ISMA DEDAH KELOMPONGAN INSTITUSI KELUARGA, SERU INTERVENSI KOLEKTIF BINA UMMAH FADHILAH

DENGKIL, 15 Mei - Kajian terbaharu yang dijalankan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Sepang mendedahkan wujudnya kelompongan utama dalam institusi keluarga masa kini apabila sebahagian keluarga yang berpendidikan tinggi serta berpendapatan baik didapati masih berdepan tekanan kerjaya dan tuntutan materialistik yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rumah tangga.

Baca berita penuh disini:
https://isma.org.my/kajian-isma-dedah-kelompongan-institusi-keluarga-seru-intervensi-kolektif-bina-ummah-fadhilah/

ISMA membantah keras langkah Kementerian Pendidikan Tinggi membuka laluan kemasukan lepasan UEC ke IPTA kerana bercangga...
16/05/2026

ISMA membantah keras langkah Kementerian Pendidikan Tinggi membuka laluan kemasukan lepasan UEC ke IPTA kerana bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. ISMA menegaskan keputusan ini melemahkan kedudukan Bahasa Melayu, menggugat perpaduan kaum, dan menjejaskan identiti nasional. Justeru, kerajaan amat digesa mengkaji semula keputusan tersebut demi masa depan pembinaan negara bangsa Malaysia.

Address

Kampung Batu Enam
Kuala
21060

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Kuala Terengganu:

Share