Perawat Darussyifa Tanjung Karang

Perawat Darussyifa Tanjung Karang Assalamualaikum wbt. Page ini diwujudkan untuk membantu masyarakat setempat di daerah Tanjung Karan

Address

Taman Radin Jaya
Kuala

Telephone

+60193879166

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perawat Darussyifa Tanjung Karang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perawat Darussyifa Tanjung Karang:

Share

Tentang Darussyifa’ & Perawat Darussyifa Tanjung Karang

Darussyifa’ merupakan sebuah tempat rawatan yang terkenal di kalangan penduduk Bangi dan masyarakat luar terutamanya orang Islam. Ia menjadi satu altematif kepada orang ramai dalam usaha mencari kesembuhan penyakit selepas mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital. Kebanyakan pesakit yang datang bukan hanya mengalami penyakit fizikal tetapi juga melibatkan penyakit rohani seperti terkena ganguan makhluk halus dan seumpamanya. Dengan kaedah yang diamalkan oleh Darussyifa’ iaitu menggunakan ayat-ayat al-Qur’an, Hadith dan Doa-doa menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadapnya.

Darussyifa’ merupakan nama sebuah bangunan yang digunakan untuk kegiatan pengubatan Islam. Perkataan Darussyifa’ adalah gabungan daripada perkataan Dar (rumah) dan al-Syifa’ (kesembuhan). Idea penubuhan ini lahir daripada seorang pensyarah dan juga seorang ulama yang terkenal di tanah air. Beliau yang dimaksudkan ialah Yang Berbahagia Allahyarham Dato’ Dr. Haron bin Din yang lebih dikenali dengan pangilan Ustaz Haron Din. Ustaz Haron Din bergiat dalam bidang rawatan dengan menggunakan doa-doa yang terdiri daripada ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith serta sunnah Rasulullah S.A.W.

Perawat Darussyifa’ Tanjung Karang adalah perawat yang berdaftar dengan Darussyifa’. Kami memberi bantuan penduduk-penduduk di kawasan sekitar untuk mendapatkan rawatan islam.