Dewan Perdagangan Islam Malaysia Terengganu

Dewan Perdagangan Islam Malaysia Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dewan Perdagangan Islam Malaysia Terengganu, Nonprofit Organization, Kuala.

πŸ”΅ Mesyuarat AJK DPIMT – 1 Disember 2025Alhamdulillah, selesai Mesyuarat Ahli Jawatankuasa DPIMT petang tadi bertempat di...
01/12/2025

πŸ”΅ Mesyuarat AJK DPIMT – 1 Disember 2025

Alhamdulillah, selesai Mesyuarat Ahli Jawatankuasa DPIMT petang tadi bertempat di AIM GLOBAL.
Mesyuarat bermula jam 3.00 petang, dengan fokus kepada penyelarasan program hujung tahun dan hala tuju DPIMT untuk 2026.

Terima kasih kepada semua AJK yang hadir dan memberi komitmen. Banyak input bernas yang akan menggerakkan DPIMT ke fasa lebih tersusun, lebih progresif, dan lebih dekat dengan keperluan usahawan di Terengganu.

Semoga segala perbincangan menjadi asbab kepada lebih banyak gerak kerja, kolaborasi dan manfaat kepada komuniti bisnes kita.

Tahniah diucapkan kepada Presiden DPPMT, Tuan Ahmad Izani; Timbalan Presiden, Dr. Khairu; serta seluruh Ahli Jawatankuas...
24/11/2025

Tahniah diucapkan kepada Presiden DPPMT, Tuan Ahmad Izani; Timbalan Presiden, Dr. Khairu; serta seluruh Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT) atas penganjuran Program Dialog Usahawan Madani yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Dato’ Mustafa Kamil Ayub, Pengerusi Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada pihak DPPMT atas jemputan kepada Dewan Perdagangan Islam Malaysia Terengganu (DPIMT) untuk sama-sama terlibat dalam program ini.
Moga kerjasama antara NGO-NGO usahawan terus diperkukuh demi memperkasakan ekosistem keusahawanan di Negeri Terengganu.

Alhamdulillah, π–―π—‹π—ˆπ—€π—‹π–Ίπ—† 𝖳𝖺𝗄𝗅𝗂𝗆𝖺𝗍 π–―π–Ύπ—…π–Ίπ—„π—Œπ–Ίπ—‡π–Ίπ–Ίπ—‡ 𝖀-π–¨π—‡π—π—ˆπ—‚π—Œ 𝖫𝖧𝖣𝖭 & π–ͺ𝖾𝗐𝖺𝗇𝗀𝖺𝗇 𝖑𝖨𝖬𝖑 π–Ίπ—‡π—ƒπ—Žπ—‹π–Ίπ—‡ 𝖣𝖾𝗐𝖺𝗇 𝖯𝖾𝗋𝖽𝖺𝗀𝖺𝗇𝗀𝖺𝗇 π–¨π—Œπ—…π–Ίπ—† π–¬π–Ίπ—…π–Ίπ—’π—Œπ—‚π–Ί 𝖳𝖾𝗋𝖾𝗇...
19/11/2025

Alhamdulillah, π–―π—‹π—ˆπ—€π—‹π–Ίπ—† 𝖳𝖺𝗄𝗅𝗂𝗆𝖺𝗍 π–―π–Ύπ—…π–Ίπ—„π—Œπ–Ίπ—‡π–Ίπ–Ίπ—‡ 𝖀-π–¨π—‡π—π—ˆπ—‚π—Œ 𝖫𝖧𝖣𝖭 & π–ͺ𝖾𝗐𝖺𝗇𝗀𝖺𝗇 𝖑𝖨𝖬𝖑 π–Ίπ—‡π—ƒπ—Žπ—‹π–Ίπ—‡ 𝖣𝖾𝗐𝖺𝗇 𝖯𝖾𝗋𝖽𝖺𝗀𝖺𝗇𝗀𝖺𝗇 π–¨π—Œπ—…π–Ίπ—† π–¬π–Ίπ—…π–Ίπ—’π—Œπ—‚π–Ί π–³π–Ύπ—‹π–Ύπ—‡π—€π—€π–Ίπ—‡π—Ž (𝖣𝖯𝖨𝖬𝖳) telah berlangsung dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas kesudian bekerjasama serta menaja penganjuran program ini.

Sokongan padu dan perkongsian ilmu daripada kedua-dua pihak benar-benar memberi manfaat besar kepada para usahawan dan ahli DPIMT, khususnya dalam memahami pelaksanaan e-Invois serta pengurusan kewangan yang lebih teratur dan berstrategi.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memeriahkan sesi perkongsian semalam. Semoga program ini membuka lebih banyak ruang kerjasama serta memberi nilai tambah kepada ekosistem keusahawanan di Terengganu.

DPIMT komited terus membantu ahli meningkatkan daya saing dan literasi digital dalam perniagaan.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjayakan! 🌟

πŸ“£ TAKLIMAT E-INVOIS LHDN & KEWANGAN BIMB β€” PERCUMA!Nak masuk ke tahun 2026 dengan lebih teratur, lebih patuh sistem, dan...
16/11/2025

πŸ“£ TAKLIMAT E-INVOIS LHDN & KEWANGAN BIMB β€” PERCUMA!

Nak masuk ke tahun 2026 dengan lebih teratur, lebih patuh sistem, dan lebih bijak urus aliran tunai?

Ini masa yang paling tepat untuk usahawan Terengganu update diri dengan info hands-on tentang E-Invois LHDN dan solusi kewangan Bank Islam (BIMB).

Dewan Perdagangan Islam Malaysia Terengganu dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad menjemput semua usahawan, kontraktor, trader, pemilik butik, F&B, OEM, pembekal β€” pendek kata, siapa sahaja yang buat bisnes β€” untuk hadir sesi taklimat khas ini.

βΈ»

Apa yang anda akan dapat?

βœ”οΈ Cara paling praktikal nak urus e-Invois (step-by-step)
βœ”οΈ Faham keperluan LHDN mengikut fasa pelaksanaan
βœ”οΈ Strategi kewangan & pembiayaan yang sesuai untuk usahawan
βœ”οΈ Ruang networking dengan komuniti peniaga Terengganu
βœ”οΈ Sesi soal jawab terus dengan pihak Bank Islam & Dewan

Dan yang paling best…

πŸŽ‰ PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!

βΈ»

πŸ“… Tarikh & Masa

18 November 2025 (Selasa)
9.00 pagi – 1.00 tengah hari

πŸ“ Lokasi

Dewan Quinara Al-Safir Resort,
Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu.

βΈ»

πŸ“ž Pertanyaan / Pendaftaran

β€’ En Shahril Mazuki: 011-2650 0089
β€’ En Wan Ahmad Radzi: 013-2691 307

βΈ»

Anjuran:

Dewan Perdagangan Islam Malaysia Terengganu

DPIM 2025: Menyatukan Kepimpinan, Merangka Strategi Menuju 2026!Alhamdulillah, Timbalan Pengerusi DPIMT Tuan Haji Aminud...
13/10/2025

DPIM 2025: Menyatukan Kepimpinan, Merangka Strategi Menuju 2026!

Alhamdulillah, Timbalan Pengerusi DPIMT Tuan Haji Aminudin⁩ meluangkan masa mewakili DPIMT.

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi Tahun 2025 bertempat di Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan, Pahang.

Mesyuarat ini menghimpunkan barisan kepimpinan tertinggi DPIM bagi membincangkan pelan hala tuju organisasi serta merangka strategi pembangunan ekonomi ummah untuk tahun 2026.
Antara fokus utama ialah memperkukuh ekosistem keusahawanan Muslim, memperluas jaringan kolaborasi industri, serta memperhebat transformasi digital dan teknologi AI dalam dunia perniagaan.

‼️ JOM SERTAI KAMI .. PERCUMA‼️ πŸ”ŠπŒπ„ππ†πŽππˆ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πŒπ€πŠπ€ππ€π & 'πˆππ…π‹π”π„ππ‚π„π‘' πŸπŸŽπŸπŸ“  β˜•β˜•Agenda menarik menanti anda πŸ“’πŸ“’πŸ“Œ Sembang...
31/07/2025

‼️ JOM SERTAI KAMI .. PERCUMA‼️ πŸ”Š

πŒπ„ππ†πŽππˆ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πŒπ€πŠπ€ππ€π & 'πˆππ…π‹π”π„ππ‚π„π‘' πŸπŸŽπŸπŸ“ β˜•β˜•

Agenda menarik menanti anda πŸ“’πŸ“’

πŸ“Œ Sembang santai Usahawan Hebat
πŸ“Œ Tips Kejayaan usahawan Hebat
πŸ“Œ Bersama pelbagai agensi keusahawanan
πŸ“Œ Info pelbagai peluang perniagaan

JOM sertai Himpunan Mengopi Usahawan & Influencer Hebat 🎊

πŸ•°οΈTarikh: 03 Ogos 2025
πŸ—“οΈHari: Ahad
⏱️Masa: 3.00 Petang- 5.00 Petang
πŸ“Tempat: Dataran Quinara Al Safir Resort Kuala Nerus Terengganu

Ayuh DAFTAR segera! πŸ”½
https://forms.gle/FCoeA2qywFWJPsfv9

Sebarang pertanyaan hubungi:
πŸ“žhttps://wasap.my/+601126500089 (En Shahril)
πŸ“žhttps://wasap.my/+60132691307 (Ust. Radzi)

π‹πˆπ•π„ ππŽπƒπ‚π€π’π“ : π‰πŽπŒ πŠπŽπ’πŽππ† 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐆𝐔𝐋𝐀!Kempen kesedaran terbaru kami – Jom Kosong – mengajak semua masyarakat untuk mula m...
31/07/2025

π‹πˆπ•π„ ππŽπƒπ‚π€π’π“ : π‰πŽπŒ πŠπŽπ’πŽππ† 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐆𝐔𝐋𝐀!

Kempen kesedaran terbaru kami – Jom Kosong – mengajak semua masyarakat untuk mula memilih minuman tanpa gula, demi kesihatan dan gaya hidup lebih sihat.

Kempen ini diadakan sempena Karnival Selera Rasa Warisan 2025:
πŸ“ Quinara Al Safir Resort, Kuala Nerus, Terengganu
πŸ—“ 31 Julai 2025
⏰ 3.00 petang

Podcast Eksklusif Bersama:
β€’ Tuan Haji Ahmad Ramzi Bin Haji Abd Rahman – Pengerusi DPIMT
β€’ Tuan Mohd Mufsi Bin Lat – Pengarah KPDN & Kos Sara Hidup Negeri Terengganu
β€’ Dr. Muhammad Zulhelmi Bin Zamri – Pengarah Klinik Syafi Kuala Terengganu

Ikuti perbincangan menarik ini secara LIVE di:
FB DPIMT | FB KPDN | TikTok KPDN | TikTok Kolej Inforana | TikTok SeleraWarisan2.0 | TikTok Klinik Syafi Kuala Terengganu

Mari kita sama-sama jadikan pilihan tanpa gula ini satu norma baru untuk kesihatan semua!

Address

Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Perdagangan Islam Malaysia Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Perdagangan Islam Malaysia Terengganu:

Share