JPKK TASEK

JPKK TASEK islam memimpin

Tik Tok JPKK TASEK https://vt.tiktok.com/ZS4yxsXrL/Alhamdulillah Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti J...
03/08/2026

Tik Tok JPKK TASEK https://vt.tiktok.com/ZS4yxsXrL/

Alhamdulillah

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti JPS Marang, pusat khidmat masyarakat Dun Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman .




Kerja-kerja Penebangan Pokok Berisiko di Jalan Banggol TasekAlhamdulillah, kerja-kerja menebang dan mencantas pokok yang...
20/07/2026

Kerja-kerja Penebangan Pokok Berisiko di Jalan Banggol Tasek

Alhamdulillah, kerja-kerja menebang dan mencantas pokok yang berisiko di sepanjang Jalan Banggol Tasek telah berjaya dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Flying Squad Mdm Marang atas tindakan pantas, kerjasama serta komitmen dalam melaksanakan tugas ini.
Semoga usaha murni ini dapat mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini serta mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua.




https://vt.tiktok.com/ZS97shXoy/Layari Tik Tok JPKK Tasek Alhamdullillah .Sebanyak 17 buah motosikal menyertai program R...
09/05/2026

https://vt.tiktok.com/ZS97shXoy/
Layari Tik Tok JPKK Tasek

Alhamdullillah .

Sebanyak 17 buah motosikal menyertai program Ride To Pattani Thailand anjuran JPKK Tasek dengan kerjasama JPKK Padang Khabar serta Pas Cawangan Tasek telah selamat pergi dan selamat balik.

Terima kasih dan syabas kepada semua atas komitmen, disiplin dan semangat setia kawan sepanjang perjalanan. Memang terbaik πŸ‘

Walaupun ada beberapa kejadian di luar jangka, semua tu jadi pengalaman dan pengajaran buat kita bersama tentang sabar, tolong-menolong dan kuatkan ukhwah sesama geng ride.

mohon maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang trip berlangsung. Yang baik kita simpan, yang kurang kita perbaiki untuk trip akan datang .

Ribuan terima kasih juga kepada para sponsor:
β€’ JPKK TASEK
β€’ JPKK Padang Kabar
β€’ Sulaman Hebat
β€’ dan beberapa lagi yang turut membantu secara langsung atau tidak langsung.

InsyaAllah kalau ada rezeki dan kesempatan, next trip kita lacorrrrrr lagi .




𝗝𝗔𝗠𝗨𝗔𝗑 𝗛𝗔π—₯π—œ π—₯𝗔𝗬𝗔 π—”π—œπ——π—œπ—Ÿπ—™π—œπ—§π—₯π—œ 7 Syawal 1447HAlhamdulillah, selesai Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang telah diadakan ...
27/03/2026

𝗝𝗔𝗠𝗨𝗔𝗑 𝗛𝗔π—₯π—œ π—₯𝗔𝗬𝗔 π—”π—œπ——π—œπ—Ÿπ—™π—œπ—§π—₯π—œ
7 Syawal 1447H

Alhamdulillah, selesai Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang telah diadakan pada malam ini bertempat di perkarangan Surau Pok Kor. Jamuan ini bermula jam 8.00 sehingga 10.30 malam. Majlis ini merupakan Anjuran bersama JPKK kg Tasek, Jawatankuasa Surau Pok Kor dan Pas Cawangan Tasek.

YB Dato Ustaz Arifin Deraman juga turut hadir bersama- sama meriahkan majlis ini. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan persembahan bunga api.

Majlis seperti ini sekali gus mendekatkan surau dengan masyarakat serta menjadi medan ukhwah dan kerjasama antara masyarakat setempat.


Program Kembara Ramadhan 1447HAlhamdulillah, telah berlangsung Program Kembara Ramadhan 1447H di Masjid Kampung Tasek de...
11/03/2026

Program Kembara Ramadhan 1447H

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Kembara Ramadhan 1447H di Masjid Kampung Tasek dengan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf yang terdiri daripada ibu tunggal dan juga pelajar tahfiz.

Sumbangan ini adalah daripada Tadika Nur Ilmu sebagai tanda keprihatinan dan berkongsi rezeki sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menceriakan mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga segala kebaikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda. 🀲✨

7/3/2026- Sabtu(17 Ramadhan 1447H)Alhamdulillah 🀲Hari ini selesai agihan gulai ayam hasil kerjasama JPKK Tasek dan JPKK ...
07/03/2026

7/3/2026- Sabtu(17 Ramadhan 1447H)

Alhamdulillah 🀲

Hari ini selesai agihan gulai ayam hasil kerjasama JPKK Tasek dan JPKK Wakaf Dua bersama PAS Cawangan Tasek.

Sebanyak 100 bekas bagi setiap JPKK telah menerima agihan ini untuk dikongsi bersama penduduk Kampung.

Walaupun tidak seberapa, semoga sedikit sumbangan ini dapat menggembirakan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. 😊

Alhamdulillah Seramai 75 orang ahli qariah Masjid Kg Tasek yang terpilih melibatkan 5 JPKK iaitu JPKK Tasek, JPKK Wakaf ...
07/03/2026

Alhamdulillah
Seramai 75 orang ahli qariah Masjid Kg Tasek yang terpilih melibatkan 5 JPKK iaitu JPKK Tasek, JPKK Wakaf Dua, JPKK Banggol Pak Ali, JPKK Padang Kabar dan JPKK Banggol Kapas masing-masing menerima sumbangan daripada Tabung Qariah Masjid Tasek sebanyak RM 300.00 sempena bulan Ramadhan ini.
Sumbangan itu adalah infak dari jemaah masjid dan orang ramai. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban untuk membuat persiapan hari raya Aidilfitri nanti dan menyediakan juadah berbuka puasa.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Masjid Kg Tasek iaitu Tuan Haji Juha Bin Pudin.

4/3/2026(14 Ramadhan 1447HSuasana Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kg Tasek
04/03/2026

4/3/2026(14 Ramadhan 1447H

Suasana Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kg Tasek




https://vt.tiktok.com/ZSaqBsLdj/Layari Tik Tok JPKK TASEK Lawatan Jalinan Ukhwah 2.0 ke Melaka dan Kuala Lumpur 30-31 Ja...
01/02/2026

https://vt.tiktok.com/ZSaqBsLdj/
Layari Tik Tok JPKK TASEK

Lawatan Jalinan Ukhwah 2.0 ke Melaka dan Kuala Lumpur 30-31 January 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan komuniti JPKK Tasek, JPKK Wakaf Dua dan JPKK Banggol Pak Ali melibatkan seramai 40 orang peserta.
Terima kasih kepada semua peserta kerana sepanjang lawatan ini, disiplin para peserta amat membanggakan dan berjalan dengan lancar.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.





Address

Kuala
21400

Telephone

+60179783915

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK TASEK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPKK TASEK:

Shortcuts

Share