Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan SATU

Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan SATU Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan SATU, Non-Governmental Organization (NGO), Kuala.

31/05/2026
Program Candat Sotong SATU 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 22-23 Mei 2026 melibatkan 100 orang peserta terdir...
23/05/2026

Program Candat Sotong SATU 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 22-23 Mei 2026 melibatkan 100 orang peserta terdiri daripada kakitangan SATU.Program anjuran kelab ini dengan kerjasama SATU Marang berjaya mengumpul lebih 100kg sotong secara keseluruhannya.Pasukan yang berjaya mengumpul kilogram sotong tertinggi ialah pasukan KURITA seterusnya berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500 yang disampaikan Pengerusi KSKK Satu, En. Izzul Badri bin Mohamed yang diiringi Timbalan Pengerusi, En. Mohd Badrulhisham bin Sulaiman.

Program seumpama ini diadakan bertujuan bagi memupuk semangat setiakawan yang tinggi dikalangan peserta.Diharap program ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.


SELASA I 12 MEI 2026Bersempena  Program Hiking Kinabalu 2026 yang akan diadakan Julai nanti,satu taklimat kepada peserta...
12/05/2026

SELASA I 12 MEI 2026

Bersempena Program Hiking Kinabalu 2026 yang akan diadakan Julai nanti,satu taklimat kepada peserta yang akan menyertai program berkenaan telah diadakan pada malam tadi bertempat di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Satu.Sesi taklimat tersebut turut dihadiri Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Karim bin Endut,Ketua Pegawai Eksekutif SATU yang akan mengetuai ekspedisi menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara itu nanti.

Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Encik Charles Stephen Andoi dari Hike Asia Travel Sdn Bhd yang bertanggungjawab mengurus rombongan dan program ini.Taklimat tersebut diadakan bagi memberikan penerangan secara lebih jelas kepada para peserta yang akan menyertai program tersebut dari pelbagai aspek termasuk keselamatan ketika aktiviti pendakian.

Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan SATU merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat pasukan ping pong SATU yang mer...
08/05/2026

Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan SATU merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat pasukan ping pong SATU yang merangkul juara acara beregu lelaki dalam Kejohanan Ping Pong Piala Presiden Malaysia Badan Beruniform Tertutup Terengganu 2026 bertempat di Kompleks Sukan Unit 6 PSP Wakaf Tapai,Marang yang menutup tirai petang tadi.

Hadir sebagai pasukan jemputan pada kejohanan kali ini,kejayaan tersebut terhasil dari beregu utama SATU iaitu Mohd Nasyri Mohd Zain dan Mohd Ali Hanafiah Azhar selepas menewaskan beregu dari pasukan BOMBA.Kejayaan ini juga dianggap penebus kekecewaan pasukan SATU selepas terkandas di peringkat suku akhir berpasukan yang berlangsung semalam.

Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan buat pasukan ping-pong SATU dalam merangkul kejuaraan pada kejohanan akan datang.

TAHNIAH!!!


Pada Isnin 4 Mei 2026, satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Syarikat Air Terengganu Sdn. Bh...
05/05/2026

Pada Isnin 4 Mei 2026, satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) dan Terengganu Hockey Team (THT) telah diadakan di River Cruise,Taman Tamadun Islam.Majlis tersebut diadakan bagi mengukuhkan lagi kerjasama strategik diantara kedua pihak dimana SATU merupakan penaja utama pasukan THT.Majlis ini menyaksikan MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts. Haji Abdul Karim bin Endut dan Presiden Persatuan Hoki Terengganu, En. Mohd Fikri Harun, serta disaksikan oleh YB Ir. Saiful Azmi bin Suhaili selaku penaung persatuan.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah barisan pengurusan kelab ini diketuai En. Izzul Badri bin Muhamad, sekali gus menunjukkan sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa pembangunan sukan di negeri ini terutamanya kakitangan SATU.

Komitmen ini mencerminkan semangat kebersamaan dan peranan aktif kelab dalam menyokong inisiatif-inisiatif strategik yang memberi manfaat kepada warga kerja serta arena sukan secara keseluruhannya.



**KENYATAAN MEDIA****ISU PENYINGKIRAN KSKK FC DALAM KEJOHANAN BOLA SEPAK MAKSAK 2026**Pihak Kelab Sukan dan Kebajikan Ka...
01/05/2026

**KENYATAAN MEDIA**

**ISU PENYINGKIRAN KSKK FC DALAM KEJOHANAN BOLA SEPAK MAKSAK 2026**

Pihak Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Satu ingin menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam berikutan keputusan penyingkiran pasukan ini daripada penyertaan dalam Kejohanan Bola Sepak MAKSAK 2026.

Untuk makluman, penyertaan kelab ini pada peringkat awal adalah atas jemputan rasmi daripada pihak penganjur. Namun begitu, keputusan penyingkiran telah dibuat susulan bantahan dari sebuah pasukan yang mempersoalkan status keahlian kelab ini sebagai ahli gabungan MAKSAK.

Adalah dimaklumkan bahawa kejohanan ini dikelolakan oleh Kelab Sukan MBKT. Lebih mendukacitakan, bantahan tersebut dikemukakan selepas pasukan KSKK FC berjaya menewaskan pasukan MBKT A dalam perlawanan terakhir kumpulan C dengan jaringan 1-0. Situasi ini menimbulkan persoalan terhadap keadilan dan integriti pertandingan yang dianjurkan.

Selain itu, pihak kelab juga tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat atau sesi perbincangan berhubung bantahan yang dikemukakan, sekali gus menafikan peluang kami untuk memberikan penjelasan atau mempertahankan kedudukan pasukan secara adil dan telus.Keputusan mesyuarat hanya dimaklumkan melalui whatsapp kepada pengurus pasukan.

Pihak kelab berpendirian bahawa penyertaan yang dibuat adalah berdasarkan jemputan sah, dan segala persediaan telah dilaksanakan dengan penuh komitmen serta semangat kesukanan. Justeru, keputusan ini bukan sahaja mengecewakan para pemain dan pegawai pasukan, malah turut memberi kesan kepada imej penganjuran kejohanan itu sendiri.

Walaupun menerima keputusan ini dengan hati yang berat, pihak kelab tetap menghormati ketetapan yang telah dibuat oleh pihak penganjur. Pada masa yang sama, pihak kelab berharap agar perkara ini dapat diperjelaskan dengan lebih telus pada masa akan datang bagi mengelakkan kekeliruan yang sama berulang.

Akhir kata, pihak kelab merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen sepanjang tempoh penyertaan ini.

Sekian, terima kasih.

**Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Satu**

KSKK FC MARA KE PUSINGAN KE-3KSKK FC hari ini mencipta sensasi tersendiri apabila berjaya melangkah ke pusingan ketiga K...
30/04/2026

KSKK FC MARA KE PUSINGAN KE-3

KSKK FC hari ini mencipta sensasi tersendiri apabila berjaya melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Maksak Terengganu 2026.Ia hadir selepas pasukan ini berjaya menggungguli carta Kumpulan C dengan mencatatkan satu kemenangan dan satu seri.

Setelah mendapat 'bye' pada pusingan kedua,lawan yang menanti pasukan KSKK FC adalah antara pasukan UMT atau KEDATAP yang dijadualkan berlangsung petang esok.

Buat para penyokong,teruskan sokongan anda!


Sukacita dimaklumkan,Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan SATU akan menyertai Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Maksak Per...
29/04/2026

Sukacita dimaklumkan,Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan SATU akan menyertai Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Maksak Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dari 30 April hingga 2 Mei 2026.

Kelab ini telah diundi di dalam kumpulan C bersama-sama pasukan MBKT A dan IPD Kuala Terengganu bakal membuat penampilan kedua pada kejohanan ini dan sebagai persiapan awal bagi menghadapi Sukan TIG yang dijadualkan berlangsung Oktober nanti selain Temasya Sukan Bekalan Air Se-Malaysia 2027.

Buat penyokong KSKK atau SATU FC khususnya,ayuh berikan sokongan buat pasukan kesayangan kita.

Selamat Maju Jaya!!

SATU MEGANG!!

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H

Maaf Zahir & Batin

Ikhlas dari Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan SATU

Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan SATU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share