JPKK Kampung Sungai Gulang Gulang

JPKK Kampung Sungai Gulang Gulang JPKK (Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung) Kampung Sungai Gulang Gulang. Semua informasi dan maklumat terkini akan kami kongsi.

πŸ“’ Makluman Kerja Penambahbaikan SaliranBermula 13 April 2026, kerja-kerja penyediaan saliran alternatif akan dijalankan ...
03/05/2026

πŸ“’ Makluman Kerja Penambahbaikan Saliran
Bermula 13 April 2026, kerja-kerja penyediaan saliran alternatif akan dijalankan di:
πŸ“ Jalan SGG 7/3
Kerja ini dilaksanakan oleh JPS Kuala Selangor sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan masalah air bergenang yang berpanjangan, seterusnya mengelakkan gangguan kepada lot-lot pertanian di kawasan terlibat.Diharapkan dengan pelaksanaan ini, sistem saliran akan lebih efisien dan memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk serta pengusaha pertanian setempat.Kerjasama dan kesabaran semua pihak sepanjang tempoh kerja dijalankan amatlah dihargai.



🚧 Pembaikan Jalan TS 5/2 Kampung Sungai Gulang Gulang 🚧Kerja-kerja pembaikan jalan di TS 5/2, Kampung Sungai Gulang Gula...
30/04/2026

🚧 Pembaikan Jalan TS 5/2 Kampung Sungai Gulang Gulang 🚧

Kerja-kerja pembaikan jalan di TS 5/2, Kampung Sungai Gulang Gulang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor (Official) melalui peruntukan MARRIS.Usaha ini bertujuan meningkatkan keselesaan dan keselamatan penduduk setempat serta pengguna jalan raya. Diharapkan dengan penambahbaikan ini, perjalanan harian menjadi lebih lancar dan selamat.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini demi kesejahteraan komuniti.



19/04/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG (MATC) TANJONG KARANG 2026

JPKK SGG mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 1447H.Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar k...
20/03/2026

JPKK SGG mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 1447H.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kebahagiaan, mengeratkan silaturahim sesama kita serta dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat daripada-Nya. Di kesempatan ini, kami dari JPKK Sungai Gulang-Gulang memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan diberi kesejahteraan yang berpanjangan.



Alhamdulillah, Program Solat Terawih di Surau Jajuli Sungai Tunggul, Kampung Sungai Gulang-Gulang berlangsung dengan pen...
07/03/2026

Alhamdulillah, Program Solat Terawih di Surau Jajuli Sungai Tunggul, Kampung Sungai Gulang-Gulang berlangsung dengan penuh keberkatan dan suasana ukhwah yang indah.
Program ini turut dihadiri oleh barisan JPKK SGG bersama para jemaah setempat yang sama-sama memeriahkan malam Ramadan dengan solat berjemaah. Sebagai tanda penghargaan, turut diadakan pemberian kain pelikat kepada jemaah yang hadir.
Semoga usaha kecil ini dapat mengeratkan silaturahim, memakmurkan surau serta menyemarakkan lagi semangat ibadah sepanjang bulan Ramadan.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga segala amal kita diterima dan diberkati.



04/03/2026

Nak buah manis untuk berbuka puasa?
Rock Melon fresh, isi tebal dan manis semula jadi 🍈
Sesuai untuk hidangan keluarga atau pencuci mulut selepas berbuka.
Dapatkan setiap hari di Bazar Ramadan SGG.
Datang awal untuk pilihan yang terbaik β€” stok terhad setiap hari.
Jumpa anda di sana!

Laporan Perkembangan Terkini Program Sejati Madani JPKK SGGProgram Sejati Madani JPKK SGG kini menunjukkan perkembangan ...
01/03/2026

Laporan Perkembangan Terkini Program Sejati Madani JPKK SGG

Program Sejati Madani JPKK SGG kini menunjukkan perkembangan yang amat memberangsangkan menerusi projek penanaman buah rock melon. Tanaman berada dalam keadaan subur dan membesar dengan baik hasil penjagaan rapi serta kerjasama padu semua pihak yang terlibat.
Inisiatif ini bukan sahaja menyokong agenda pembangunan komuniti di bawah Program Sejati Madani, malah membuka peluang menjana pendapatan.Usaha ini terus membuahkan hasil yang berkualiti dan memberi manfaat berterusan kepada komuniti.
Bagi yang ingin mendapatkan buah berkualiti rasa yang manis boleh membeli di Bazar Ramadan SGG


25/02/2026
πŸŒ™ Salam Ramadan Mubarak 1447H πŸŒ™Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua.Semoga ...
18/02/2026

πŸŒ™ Salam Ramadan Mubarak 1447H πŸŒ™

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua.
Semoga setiap amalan diterima, hati semakin dekat dengan-Nya, dan silaturahim sesama kita terus erat.
Selamat menunaikan ibadah puasa.



Address

Kuala
45500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kampung Sungai Gulang Gulang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share