Parti Generasi Rakyat Terengganu

Parti Generasi Rakyat Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Parti Generasi Rakyat Terengganu, Youth Organization, Terengganu Darul Iman, Kuala.

20/06/2026

Kalau anda ke Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Terengganu 2026, jangan lupa singgah dan support reruai Belia GENERASI Rakyat Terengganu.

Jumpa di sana!

FESTIVAL BELIA x D’KOBE FEST 2026Belia Terengganu, jom singgah ke booth GENERASI Rakyat Terengganu!📍 Dataran Padang Kaco...
19/06/2026

FESTIVAL BELIA x D’KOBE FEST 2026

Belia Terengganu, jom singgah ke booth GENERASI Rakyat Terengganu!

📍 Dataran Padang Kacong, Telemong
📅 18–20 Jun 2026

• Kenali program GENERASI Rakyat Terengganu
• Info Parlimen Belia Malaysia.
• Peluang penglibatan sukarelawan belia.
• Aktiviti menarik menanti anda.

📢 Jumpa kami di sana dan ajak kawan-kawan sekali!

GENERASI MASA DEPAN NEGARA

Alhamdulillah, admin baru habis lapah daging ini..😮‍💨🥩Sekarang turn korang p**a! Ejah sekmung share gambar korban hari i...
27/05/2026

Alhamdulillah, admin baru habis lapah daging ini..😮‍💨🥩

Sekarang turn korang p**a! Ejah sekmung share gambar korban hari ini dekat ruang komen.

Selamat Hari Raya Aidiladha, belia beliawanis. Semoga dapat mengambil ibrah disebalik sambutan yang bermakna ini.

Team lembu ke team kambing?

11/05/2026

Hari Ke-3: Alhamdulillah, program melabuhkan tirai dengan penuh makna. Semoga semua peserta memperoleh manfaat dan pengalaman berharga sepanjang program ini. Pihak GENERASI juga turut menerima banyak ilmu dan inspirasi sepanjang bersama kalian.

Terima kasih kepada jabatan-jabatan serta rakan NGO yang bersama menjayakan program ini. Terharu dengan pengisian hari terakhir yang banyak menyentuh tentang kepentingan memelihara keutuhan silaturahim, perpaduan dan keamanan negara daripada anasir negatif yang boleh menjejaskan kepimpinan serta kemandirian belia masa depan.


09/05/2026

Hari Ke-1: Kursus Kenegaraan Belia MADANI bersama belia-belia seluruh Negeri Terengganu yang sporting, berdisiplin & penuh semangat memang another level vibe!

Banyak momen bermakna, gelak tawa tak berhenti, sharing idea, teamwork, & energy anak muda yang memang happening!

Terima kasih, YB Dr. Taufiq! 🤝Alhamdulillah, kami berpeluang meraikan kehadiran YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Mente...
06/05/2026

Terima kasih, YB Dr. Taufiq! 🤝

Alhamdulillah, kami berpeluang meraikan kehadiran YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan, yang sudi singgah ke booth GENERASI sempena Fiesta Rakan Muda x Play True Day @ Terengganu 2026 di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu.

Sempat kami menitipkan sedikit oleh-oleh buat YB, buku Adabul Ikhtilaf dan benih untuk disemai (kebetulan YB baru sahaja selesai simbolik penanaman pokok sekitar program 😄).

Program yang berlangsung selama tiga hari ini bukan sekadar fiesta biasa, tetapi menjadi platform besar menghimpunkan belia dalam pelbagai pengisian meliputi sukan, seni, keusahawanan, digital serta pembudayaan integriti melalui inisiatif Play True Day.

Semangat “participation for all” jelas terasa. Ramai belia hadir, terlibat, dan menyerlah dengan potensi masing-masing.

Semoga usaha seperti ini terus menjadi pemangkin kepada pembinaan generasi muda yang berdaya saing, berintegriti dan berimpak tinggi di Terengganu.

Kepimpinan belia tidak berlaku secara kebetulan. Ia dibina melalui pengalaman, pendedahan dan keberanian untuk melangkah...
06/05/2026

Kepimpinan belia tidak berlaku secara kebetulan. Ia dibina melalui pengalaman, pendedahan dan keberanian untuk melangkah ke hadapan.

GENERASI Terengganu membawakan khas kepada anak muda Terengganu, Forum Inspirasi Kepimpinan Belia MADANI yang menghimpunkan barisan panel ikon belia daripada pelbagai latar untuk berkongsi realiti di lapangan, cabaran sebenar serta peluang yang boleh diteroka oleh generasi muda.

From ideas to action, this is where it begins.

7 Mei 2026, 9.00 malam
Pusat Latihan Kenegaraan Besut

Di sebalik gerak kerja kemanusiaan, ada cerita yang jarang kita dengar.Berpeluang bertemu Danish Nazran Murad, Humanitar...
06/05/2026

Di sebalik gerak kerja kemanusiaan, ada cerita yang jarang kita dengar.

Berpeluang bertemu Danish Nazran Murad, Humanitarian Affairs & Redevelopment Executive, Global Peace Mission Malaysia.

Berpengalaman dalam misi kemanusiaan termasuk Misi SUMUD, beliau berkongsi perspektif lapangan serta realiti sebenar dunia sukarelawan.

Pertemuan ini menjadi ruang untuk kami menimba pengalaman dan mendapatkan inspirasi dalam usaha menarik lebih ramai belia menyertai gerakan kesukarelawan dan kemanusiaan.

Nantikan perkongsian penuh beliau di pentas forum nanti! 🔥

Address

Terengganu Darul Iman
Kuala
2000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Generasi Rakyat Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share