PEKIDA Negeri Terengganu

Call Directions

PEKIDA Negeri Terengganu Pekida Negeri Terengganu
akan sentiasa patuh dan menuruti setiap syariat dan sunnah Rasulullah serta Allah swt

TAHNIAHYDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin KhairudinKetua Polis Terengganuatas pengurniaan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengg...
07/09/2026

TAHNIAH

YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin Khairudin
Ketua Polis Terengganu

atas pengurniaan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’.

Pengerusi, Ahli Jawatankuasa dan seluruh ahli PEKIDA Negeri Terengganu menzahirkan ucapan tahniah dan syabas serta mendoakan agar YDH Dato’ terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam memimpin pasukan serta meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat dan negara.

Tahniah dan syabas, YDH Dato’

Ikhlas daripada
Pengerusi, Ahli Jawatankuasa dan seluruh ahli PEKIDA Negeri Terengganu

30/08/2026

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi amanah untuk kita memelihara agama, bangsa dan tanah air agar kedaulatan yang diwariskan para pejuang terus kekal di bumi tercinta ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG 69 TAHUN

JEMPUTAN KEPADA AHLI PEKIDA UNTUK MENYERTAI MAJLIS IJTIMAK UMAT ISLAMDengan segala hormatnya perkara di atas adalah diru...
26/08/2026

JEMPUTAN KEPADA AHLI PEKIDA UNTUK MENYERTAI MAJLIS IJTIMAK UMAT ISLAM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Madrasatul Quran Kubang Bujuk akan menganjurkan Majlis Ijtimak Umat Islam yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

27 hingga 29 Ogos 2026 (Khamis - Sabtu)

Masjid Taman Ilmu, Tembila, Besut, Terengganu.

Hadis:-

Sayyiduna Anas ibn Malik (radiyallahu ‘anhu) mengatakan bahwa Nabi (sallallahu‘ alayhi wa sallam) bersabda:

Sesungguhnya berada di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih baik daripada dunia dan isinya.

(Sahih Bukhari, Hadis: 2792 dan Sahih Muslim, Hadis: 1880)

Salam Maulidur Rasul ﷺSelawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Semoga sambutan Maulidur Rasul ini men...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul ﷺ

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati kembali akhlak, perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW serta menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat, keberkatan dan kasih sayang Allah SWT.

Ikhlas daripada
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa
PEKIDA Negeri Terengganu

24/08/2026
24/08/2026
Sabtu, 27 Jun 2026. Jam 8.00 malam.YAB Menteri Besar Perlis Selaku SU Agung Pekida Malaysia Bersama2 Naib Presiden Pekid...
29/06/2026

Sabtu, 27 Jun 2026. Jam 8.00 malam.

YAB Menteri Besar Perlis Selaku SU Agung Pekida Malaysia Bersama2 Naib Presiden Pekida Malaysia dan Ayahanda Pekida Terengganu merupakan TRG Pekida Bikers menghadiri Gala Dinner serta Majlis Penutup Terengganu International Bike Week 2026 bertempat di Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu.



MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PEKIDA MALAYSIA TELAH BERLANGSUNG DI HOTEL TAMU, KUALA LUMPUR YANG DIPENGERUSIKAN OLEH...
29/06/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PEKIDA MALAYSIA TELAH BERLANGSUNG DI HOTEL TAMU, KUALA LUMPUR YANG DIPENGERUSIKAN OLEH YBHG. TOK AYAH DATO HJ MOHD F**D BIN HJ MAT ISA, PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA

TURUT HADIR YBHG. AYAHANDA DATO' ABDUL RASHID ZAINULLAH, TIMBALAN PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA, YAB AYAHANDA ABU BAKAR HAMZAH, MENTERI BESAR PERLIS MERANGKAP SETIAUSAHA AGUNG PEKIDA MALAYSIA DAN KESEMUA AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN PEKIDA MALAYSIA.

TAHNIAH ADIK HAKIM DANISH 🇲🇾🏆PEKIDA Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Adik H...
26/06/2026

TAHNIAH ADIK HAKIM DANISH 🇲🇾🏆

PEKIDA Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Adik Hakim Danish atas kejayaan mencipta sejarah apabila berjaya meraih kemenangan sulung dalam Kejuaraan Dunia Moto3.

Kejayaan yang amat membanggakan ini membuktikan bahawa anak muda Malaysia mempunyai bakat, semangat juang serta kemampuan untuk bersaing di pentas dunia. Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah menjadi inspirasi kepada seluruh generasi muda agar terus berusaha, berdisiplin dan berani mengejar impian.

Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. PEKIDA Negeri Terengganu mendoakan agar Allah SWT sentiasa memberikan kesihatan, keselamatan, kekuatan serta melimpahkan kejayaan buat Adik Hakim Danish dalam setiap perlumbaan yang disertai.

Syabas dan tahniah sekali lagi.
Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

MALAYSIA BOLEH 🇲🇾
PEKIDA Negeri Terengganu

Address

Kuala
21000

Telephone

+60199120067

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEKIDA Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share