ADUN Belia Terengganu

ADUN Belia Terengganu ADUN Belia Terengganu Sesi 3 (2024 - 2026)

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙Aidiladha bukan sekadar tentang sambutan, tetapi tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan k...
26/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙

Aidiladha bukan sekadar tentang sambutan, tetapi tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian menjadi asbab hadirnya keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat diri serta keluarga tercinta.

Di kesempatan yang penuh mulia ini, ADUN Belia Terengganu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada. Semoga ukhuwah terus diperkukuhkan, rezeki dipermudahkan dan setiap amal ibadah diterima oleh Allah SWT.

Raikan Aidiladha dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan dan kasih sayang sesama insan 🤍

Ikhlas daripada,
ADUN Belia Terengganu

20/05/2026

Kerajaan Terengganu mengumumkan Pelan Rangsangan Ekonomi Negeri Fasa 1 bagi membantu rakyat berdepan tekanan kos semasa.

Antara bantuan utama diumumkan:

🌾 RM3 juta insentif kepada pesawah
🌾 RM100 bagi setiap tan metrik padi
🌾 Maksimum RM1,000 untuk pengeluaran melebihi 10 tan metrik
🌾 Dijangka memanfaatkan 4,513 pesawah

Turut diumumkan:

✅ Moratorium Modal Tani melibatkan 400 peminjam dengan nilai RM2.9 juta
✅ Moratorium usahawan melibatkan 783 peminjam dengan nilai RM2.1 juta
✅ Tambahan dana usahawan RM2 juta pada tahun 2026

Langkah ini dibuat bagi membantu rakyat, pesawah dan usahawan menghadapi kenaikan kos akibat tekanan ekonomi global.

'Selamat Hari Guru'Adakah anda tahu maksud Tema Hari Guru 2026?Guru Bitara: Melambangkan keunggulan, keteladanan, integr...
16/05/2026

'Selamat Hari Guru'

Adakah anda tahu maksud Tema Hari Guru 2026?

Guru Bitara: Melambangkan keunggulan, keteladanan, integriti, dan profesionalisme tinggi dalam kalangan pendidik.

Nadi Negara: Menggambarkan peranan penting guru sebagai penggerak utama dalam melahirkan generasi pelapis yang berilmu, berakhlak, dan berdaya saing untuk memacu masa depan negara.

ADUN Belia Terengganu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dalam apa jua bidang ilmu sekalipun dan terima kasih atas segala pengorbanan yang dilakukan untuk mendidik anak bangsa.

❗Selamat Maju Jaya❗Tahniah kepada Adun Belia Terengganu yang terpilih sebagai Calon Anugerah Belia Perdana Peringkat Neg...
13/05/2026

❗Selamat Maju Jaya❗

Tahniah kepada Adun Belia Terengganu yang terpilih sebagai Calon Anugerah Belia Perdana Peringkat Negeri Terengganu 2026.

Saudara Fakhruddin Nordin- AB Kemasik
Saudara Afiq Syahmi- AB Telemung
Saudari Aina Adam- AB Cukai

ADUN Belia Terengganu mengucapkan selamat maju jaya dan semoga menggapai kejayaan dalam ABPN 2026.

'Siiru Ala Barakatillah'

Alhamdulillah.Semalam telah berlangsung mesyuarat Majlis Tertinggi Adun Belia Terengganu bersama Urus Setia Belia Sukan ...
12/05/2026

Alhamdulillah.

Semalam telah berlangsung mesyuarat Majlis Tertinggi Adun Belia Terengganu bersama Urus Setia Belia Sukan & NGO Terengganu Sejahtera - UBSNT secara maya.

Mesyuarat semalam telah membincangkan beberapa perkara berkaitan program Adun Belia Terengganu yang telah disusun dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

In Shaa Allah.

'Siiru Ala Barakatillah'

Selamat Bersidang kepada semua Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. Semoga dipermudahkan segala urusan ...
21/04/2026

Selamat Bersidang kepada semua Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. Semoga dipermudahkan segala urusan khususnya untuk Negeri Terengganu Darul Iman.

'Sirru Ala Barakatillah'

Tahniah kepada semua calon SPM 2025Hari ni bukan sekadar habis 'exam, tapi permulaan hidup baru. Kepada yang cemerlang, ...
31/03/2026

Tahniah kepada semua calon SPM 2025

Hari ni bukan sekadar habis 'exam, tapi permulaan hidup baru. Kepada yang cemerlang, segala penat lelah dan usaha selama ini, InsyaAllah ada hasil dia.

Kepada yang gagal, jangan takut dengan keputusan. Perjalanan ni panjang lagi. Yang penting, terus bangkit, jangan putus asa, dan yakin dengan diri sendiri.

Ingat, anak muda Terengganu ni bukan calang-calang. Kita buat sampai jadi💪.
Hasilnya, Terengganu terus catat keputusan SPM Terbaik tahun ini.
Teruskan melangkah, bina masa depan molek-molek.

Sirru ‘ala barakatillah 🤲

Sekitar Sidang Meja Bulat Belia Peringkat Daerah Setiu 2026.Tahniah kepada ABT2 Setiu yang telah berjaya menganjurkan Si...
11/03/2026

Sekitar Sidang Meja Bulat Belia Peringkat Daerah Setiu 2026.

Tahniah kepada ABT2 Setiu yang telah berjaya menganjurkan Sidang Meja Bulat Belia.Terima kasih juga kepada wakil Urus Setia Belia Sukan & NGO Terengganu Sejahtera - UBSNT yang turut hadir dalam program tersebut.

Program yang bertempat di Wisma Daerah Setiu ini mengumpulkan wakil belia sekitar daerah setiu dalam usaha untuk membawa idea dan suara belia setempat untuk dibincangkan dan dibawa ke peringkat lebih tinggi.

Tahniah semua✅

Alhamdulillah.Jelajah Nurani Belia Peringkat Daerah Kemaman dengan kerjasama Persatuan Belia Sahabat Sejahtera Negeri Te...
09/03/2026

Alhamdulillah.

Jelajah Nurani Belia Peringkat Daerah Kemaman dengan kerjasama Persatuan Belia Sahabat Sejahtera Negeri Terengganu telah dilaksanakan petang tadi.
Tahun ini Dun Kemasik menjadi destinasi jelajah bagi menyantuni belia2 sempena bulan Ramadhan.

Turut hadir meraikan program ialah YB Ir Saiful Azmi Suhaili (Adun Kemasik) yang turut menyampaikan sumbangan bagi program ini.Jelajah turut dihadiri oleh Sdr Fakhruddin Muhd (ABT Kemasik),Sdr Anas Harun (ABT Kijal),Sdr Abu Umair Yusof (ABT Air Putih) dan Sdr Afiq(Pen.Pegawai Belia I-Mits Kemasik).

Program ini turut mengagihkan sumbangan barangan asas dan juadah berbuka kepada warga sekitar Kg Pengkalan Ranggon dan Kg Batu Putih.

Urus Setia Belia Sukan & NGO Terengganu Sejahtera - UBSNT


Salam Ramadan Mubarak 1447HAlhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadan pada tahun ini. Semoga Ramadan ka...
19/02/2026

Salam Ramadan Mubarak 1447H

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadan pada tahun ini.

Semoga Ramadan kalini menjadi Ramadan yang lebih baik dari tahun sebelum ini dan semoga Allah SWT menerima amal kebaikan sepanjang bulan Ramadan ini insyaAllah🤲🏻

Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADUN Belia Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share