JPKK Taman Perumahan Gong Badak

JPKK Taman Perumahan Gong Badak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPKK Taman Perumahan Gong Badak, Community Service, Kuala.

19/04/2026

Part 3

18/04/2026

Part2 mjlis hr raya aidilfitri

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, telah berjaya mel...
17/04/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, telah berjaya melaksanakan dan menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 17 April 2026 bersamaan 28 syawal 1447h dengan jayanya.
Kami daripada pihak JPKK TPGB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga penyumbang2,barisan jawatankuasa serta semua yang hadir memeriahkan majlis ini.
Segala kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan menjadi kunci utama kejayaan majlis pada hari ini. Semoga segala usaha dan sumbangan ini mendapat ganjaran yang setimpal oleh-Nya In shaa Allah.. Mohon maaf sekiranya jika terdapat kekurangan dan kekhilafan dari kami..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Alhamdulillah, Team JPKK TPGB berkesempatan menziarahi beberapa penduduk yang ditimpa masalah kesihatan dan beberapa kau...
01/04/2026

Alhamdulillah, Team JPKK TPGB berkesempatan menziarahi beberapa penduduk yang ditimpa masalah kesihatan dan beberapa kaum ibu yang dikurniakan rezeki cahaya mata..Semoga Allah memberi rahmat dan keberkatan kepada mereka dan mempercepatkan proses kesembuhan. " ๐Ÿ˜Š

23/03/2026
22/03/2026

JPKK Taman Perumahan Gong Badak mengagihkan sumbangan duit raya kepada penduduk taman selepas selesai solat sunat Hari Raya aidilfitri 1447h 2026m di Masjid Lama TPGB..semoga memberi keceriaan dan kebahagiaan serta keberkatan kepada semua

โ€Ž*"ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ ูˆูŽ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’*

"Taqabballallahu minna wa minkum".

Maaf Zahir & Batin...

11/03/2026

Alhamdulillah,JPKK & Pas caw. Taman Perumahan Gong Badak telah mengagihkan air balang percuma kepada penduduk TPGB sempena bulan Ramadhan Al mubarak pada petang ini, terima kasih kepada semua yang terlibat dan tidak lupa juga kepada semua penyumbang2 yang berkongsi rezeki..semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah swt..

Alhamdulillah, program gotong-royong Masjid Lama Taman Perumahan Gong Badak yang melibatkan AJK JPKK, AJK Masjid, para p...
14/11/2025

Alhamdulillah, program gotong-royong Masjid Lama Taman Perumahan Gong Badak yang melibatkan AJK JPKK, AJK Masjid, para pelajar UMT serta komuniti setempat telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Segala aktiviti berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah dirancangkan. Ucapan penghargaan kepada semua yang telah memberikan komitmen, kerjasama serta sumbangan tenaga sepanjang program berlangsung. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan menjadi asas kepada pengukuhan ukhwah dalam kalangan masyarakat setempat.โ€

Alhamdulillah,Sempena hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, 12 Rabiulawal, JPKK TPGB mengadakan program ziarah komuniti.Prog...
05/09/2025

Alhamdulillah,Sempena hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, 12 Rabiulawal, JPKK TPGB mengadakan program ziarah komuniti.

Program ziarah amat bermakna untuk mendidik jiwa. Aktiviti seperti ini menyebabkan kita sewajarnya bersyukur dengan nikmat kesihatan. Itulah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW :

โ€œDua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia ; kesihatan dan waktu lapang.โ€

Sebagai generasi yang masih muda, kita perlu sentiasa bermuhasabah waktu lapang dan waktu sihat yang dikurniakan Allah SWT. Sejauhmana kita memanfaatkan anugerah nikmat Allah SWT ini.

Buat warga uzur yang diuji Allah SWT, sama-sama kita berdoa agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan mengampunkan dosa yang lalu. Semoga kita semua dikurniakan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Bersempena dengan ketibaan bulan Muharram, bulan pertama di dalam kalendar Hijriah Islam, JPKK Taman Perumahan Gong Bada...
24/07/2025

Bersempena dengan ketibaan bulan Muharram, bulan pertama di dalam kalendar Hijriah Islam, JPKK Taman Perumahan Gong Badak kawasan Dun Tepoh telah sepakat mengadakan program gotong-royong โ€˜Kucar Sureโ€™ baru-baru ini. Ucapan terima kasih kepada semua yg memberi sumbangan dan juga buat semua yg bertungkus lumus bagi menjayakan program tersebut,semoge kebaikan dan khidmat bakti semua hanya Allah sahaja yg dpt membalasnya..

Amalan ziarah ni amat dituntut dalam Islam.Selain dapat bertanya khabar, silaturrahim dapat dijalin erat.Daripada Ummu S...
07/07/2025

Amalan ziarah ni amat dituntut dalam Islam.
Selain dapat bertanya khabar, silaturrahim dapat dijalin erat.

Daripada Ummu Salamah (R) , bahawa Nabi SAW bersabda:

ุฅูุฐูŽุง ุญูŽุถูŽุฑู’ุชูู…ู ุงู„ู’ู…ูŽุฑููŠุถูŽุŒ ุฃูŽูˆู ุงู„ู’ู…ูŽูŠู‘ูุชูŽุŒ ููŽู‚ููˆู„ููˆุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุงุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽู„ูŽุงุฆููƒูŽุฉูŽ ูŠูุคูŽู…ู‘ูู†ููˆู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูŽุง ุชูŽู‚ููˆู„ููˆู†ูŽ

Maksudnya: โ€œApabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.โ€ [Riwayat Muslim (919)]

Program ziarah Jpkk TPGB diteruskan lagi,beberapa komuniti TPGB diziarahi pada kali ini..

Semoga amalan ziarah-menziarahi ni dapat disuburkan dalam setiap masyarakat.

Sambil ziarah tu dapat tengok-tengok keperluan apa yang boleh dibantu.

Semoga semua dipermudahkan segala urusan olehNya..

Address

Kuala
20100

Telephone

+601125541763

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Taman Perumahan Gong Badak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share