Aspirasi Cinta

Aspirasi Cinta Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Aspirasi Cinta, Non-Governmental Organization (NGO), Pulau Manis, Serada, Kuala.

17/05/2026

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA🇲🇾

PROGRAM BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 BERJALAN DENGAN HARMONI & LANCAR

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Program Bukit Bintang Berselawat 3.0 (BBB 3.0) yang berlangsung di Bukit Bintang hari ini telah selesai dengan jayanya, dan yang paling utama, ia berjalan dengan penuh keharmonian tanpa sebarang perkara negatif.

Di tengah-tengah kesibukan kota, kami menyaksikan indahnya kebersamaan. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia, dari pelbagai latar belakang, yang sudi berhenti sejenak, memberikan sokongan moral dan sama-sama menjayakan program kesedaran ini.

Sikap keterbukaan, kematangan dan sokongan positif yang ditunjukkan oleh warga kota hari ini membuktikan bahawa masyarakat kita sentiasa dahagakan pengisian yang bermanfaat.

Anda semua adalah nadi kepada kejayaan hari ini!

Terima kasih Malaysia kerana menyambut baik usaha kecil kami.

Ayuh kita teruskan momentum positif ini demi masa depan komuniti yang lebih sejahtera.






12/05/2026

LAGI 3 HARI ✨

Di tengah dunia yang semakin sibuk, masih ada insan yang memilih untuk menyatukan hati dengan selawat dan kasih sayang.

BBB 3.0 membawa selawat, adab dan budaya yang diangkat dengan penuh itqan.

“Sesungguhnya Allah mencintai apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan itqan (bersungguh-sungguh dan sebaiknya).”
— Riwayat al-Baihaqi

16 Mei 2026 • Sabtu
Bukit Bintang, Kuala Lumpur




12/05/2026

📌 Segala maklumat berkaitan Bukit Bintang Berselawat 3.0 boleh diakses melalui Linktree rasmi kami.

Di sana, anda boleh mendapatkan info terkini berkaitan program, pengisian, lokasi, checkpoint serta hebahan penting yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

⚠️ Sebarang maklumat adalah tertakluk kepada perubahan mengikut keperluan semasa bagi memastikan kelancaran program.

Mohon para peserta dan sahabat semua sentiasa merujuk Linktree rasmi untuk mendapatkan informasi yang paling terkini.

Scan QR code atau
Klik di sini https://linktr.ee/bukitbintangberselawat2

🌹
🌹
🌹
🌹

🚨 POSTER RASMI BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 🚨Akhirnya yang dinanti tiba ✨Inilah poster rasmi Bukit Bintang Berselawat 3....
12/05/2026

🚨 POSTER RASMI BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 🚨

Akhirnya yang dinanti tiba ✨
Inilah poster rasmi Bukit Bintang Berselawat 3.0.

Satu gelombang yang menghimpunkan masyarakat di tengah kota… membawa selawat, budaya, warisan dan cinta kepada Rasulullah ﷺ dalam suasana yang penuh hikmah dan adab.

📍 Bukit Bintang, Kuala Lumpur
🗓 16 Mei 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 malam – 10.30 malam

Antara pengisian :
• Perarakan Selawat
• Sajak Warisan Jiwa
• Lagu Patriotik
• Persembahan Budaya & Tari Silat
• Zikir, Selawat & Doa

Kita angkat :
✨ Hiburan Beradat
✨ Budaya Diangkat
✨ Muhammad For All
✨ Islam For All

Ayuh hadir bersama keluarga, sahabat dan komuniti ❤️
Mari hidupkan malam kota dengan selawat.




Address

Pulau Manis, Serada
Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aspirasi Cinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share