25/08/2026
ALHAMDULILLAH, TAHNIAH DIUCAPKAN! ๐
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Abdul Razak bin Abd Rashid (Pengerusi Pertubuhan Komuniti Kampung Gong Tok Nasek / GTN Care) atas pemilihan sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Komuniti sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1448H/2026M.
Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan di atas segala penat lelah, jasa, dan sumbangan bakti yang dicurahkan dalam memimpin serta membangunkan komuniti setempat.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus istiqamah berbakti kepada masyarakat. Syabas dan tahniah sekali lagi!