Pertubuhan Ukhwah Bersama

Pertubuhan Ukhwah Bersama Pertubuhan Ukhwah Bersama adalah pertubuhan NGO bersifat kemasyarakan dan membantu pada insan yang memerlukan

RAYUAN INFAK FASA KE-2Tajaan Iftar & Sahur Pusat Jagaan Orang Tua (SRA) Kuala Selangor 2026Alhamdulillah, RM5,000 telah ...
24/02/2026

RAYUAN INFAK FASA KE-2

Tajaan Iftar & Sahur Pusat Jagaan Orang Tua (SRA) Kuala Selangor 2026

Alhamdulillah, RM5,000 telah berjaya diserahkan pada Fasa Pertama.
Kini kita meneruskan kutipan bagi mencukupkan keperluan Ramadhan (jumlah keseluruhan diperlukan: RM10,950).

Pusat jagaan ini menempatkan 24 warga emas & 10 kakitangan sepenuh masa.

Setiap sumbangan tuan/puan amat bermakna untuk juadah iftar, sahur dan keperluan solat tarawih mereka.

Sabda Nabi ﷺ:
"Barangsiapa memberi makan orang berpuasa, baginya pahala seumpamanya."

Salurkan sumbangan ke:
Pertubuhan Ukhwah Bersama
Bank Muamalat
12140000169711
Ref: Infaq Ramadhan SRA

Pertanyaan:
Hj Sham – 017-2998721
Ust Afif – 012-3425479
Nick Ajit – 019-2278621

Semoga Allah membalas dengan ganjaran berlipat kali ganda 🤍

Dalam sebuah riwayat dikisahkan,apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain ...
19/08/2024

Dalam sebuah riwayat dikisahkan,
apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,
badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..

Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat..
Dibuka muka kita,
p**i kita akan kena tanah..
Terbaring dalam kubur menghadap kiblat.

Suami, isteri, anak² menangis..
Selepas itu,
diambil papan lalu ditutup..

Tanah pun diturunkan secara perlahan²..
Bila sudah sampai separuh kubur,
tukang kubur pun naik melompat ke atas..
Bila melompat naik ke atas, tutup..!
Diinjak²nya kubur.

Nabi saw bersabda,
Apabila orang yang hantar kita ke kubur ketika berbalik pulang ke belakang,
kita mendengar bunyi langkah kaki mereka pulang..
Derap langkah kaki² mereka kita bisa dengar..
Maka pada saat itulah,
roh kita akan duduk..
Duduknya roh dan kaki melunjur..
Badan tegak.

Maka pada waktu itulah,
kita akan memanggil orang² yang menghantar kita ke kubur..
Kalau adik yang hantar,
kita akan memanggil adik kita.

"Adik, jangan tinggalkan abang, abang takut…"

Suami memanggil si isteri,
“Sayang, jangan balik..tunggu Papa”

Isteri tak mendengar..
Isteri membawa cerek dan daun pandan balik sambil mengusap air mata..

Sayang macam mana pun isteri kita,
dia akan balik..
Dia tidak akan tengok..
Dia tetap balik.

Selepas itu,
kita akan melihat anak² kita kembali..
Kita panggil anak, nak..,
tapi tak dengar..

Selepas mereka semua pergi,
datanglah dua malaikat..
yang hitam kedua²nya..
yang biru kedua²nya..
Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki² orang yang balik tadi..
Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi..
Lagi menakutkan.

Yang tak pernah senyum dan ketawa,
malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita,

"Hai manusia!"

Malaikat tak kata,
"Hai ustaz, hai ustazah".
Malaikat tak panggil begitu.
Malaikat pun tak kenal kita.
Malaikat tak memanggil hajjah atau haji, tapi memanggil "Hai manusia!”

"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?"
Itulah pertanyaan dia..

Maka kita akan menjawab,
"Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”.

Kalau itulah jawapan kita,
selamatlah kita..
Dia tak bertanya lagi,
"Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?".

Kalau lulus pertanyaan ini,
maka lepaslah pertanyaan² lain..
Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab..
Malaikat berkata,
"Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik".

Maka, kata malaikat kepada kita,
"Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin".

Nabi Muhammad S.A.W bersabda,
kalau kamu orang yang baik,
akan diluaskan kuburmu seluas 70 hasta,
dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.
Di riwayat yang lain diluaskan kubur sejauh mata memandang,

Walaupun mayat tak bisa beritahu kita,
Nabi sudah khabarkan pada kita.
Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.

Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa.

Jagalah SOLAT kita.
Bergaullah dengan orang orang soleh.
Hadirilah taman² syurga dunia (majlis-majlis agama).

Semoga Allah SWT membebaskan kita dari azab kubur dan api neraka, aamiin ya rabbal aalamiinn...

Jika tulisan ini baik janganlah sampai di kamu saja,

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
(HR. Al-Bukhari)

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ [ ﷺ ]

FB Hanafie Saiman

REMAJA DAN CABARAN MASA KINI!!Cabaran yang dihadapi oleh remaja masa kini adalah pelbagai, dan dipengaruhi oleh perkemba...
18/08/2024

REMAJA DAN CABARAN MASA KINI!!

Cabaran yang dihadapi oleh remaja masa kini adalah pelbagai, dan dipengaruhi oleh perkembangan teknologi, perubahan sosial, dan tekanan global. Berikut adalah beberapa cabaran utama:

1.Tekanan Media Sosial: Remaja sering merasa tertekan untuk menunjukkan kehidupan yang sempurna di media sosial. Ini boleh menyebabkan masalah harga diri, kebimbangan sosial, dan perbandingan diri yang tidak sihat.

2. Kesejahteraan Mental: Peningkatan kes kemurungan, kebimbangan, dan tekanan mental dalam kalangan remaja semakin ketara. Perubahan sosial, tekanan akademik, dan isu keluarga boleh menyumbang kepada masalah ini.

3. Tekanan Akademik: Harapan untuk berjaya dalam pelajaran sering membawa kepada tekanan yang besar. Banyak remaja merasa terbeban oleh sistem pendidikan yang kompetitif dan ekspektasi tinggi daripada keluarga serta masyarakat.

4. Kebimbangan Masa Depan: Dengan perubahan ekonomi dan politik global, remaja sering merasa bimbang tentang masa depan mereka, termasuk peluang pekerjaan dan kestabilan ekonomi.

5. Kecelaruan Identiti: Remaja sedang melalui fasa penemuan diri, dan mereka sering berhadapan dengan isu identiti, termasuk identiti budaya, gender, dan seksual. Tekanan daripada rakan sebaya dan media boleh memperburuk kecelaruan ini.

6. Pengaruh Rakan Sebaya: Pengaruh negatif dari rakan sebaya dalam hal seperti penyalahgunaan dadah, alkohol, dan tingkah laku berisiko tinggi boleh mempengaruhi keputusan dan tindakan remaja.

7. Hubungan Keluarga: Keluarga yang tidak stabil, perceraian, atau hubungan tegang dengan ibu bapa juga boleh menyebabkan tekanan emosi yang mendalam pada remaja.

8. Masalah Kesihatan Fizikal: Pemakanan tidak sihat, kurangnya aktiviti fizikal, serta gaya hidup yang tidak aktif akibat teknologi membawa kepada peningkatan masalah kesihatan seperti obesiti dan penyakit berkaitan gaya hidup.

Cabaran-cabaran ini memerlukan pendekatan holistik dari pelbagai pihak, termasuk keluarga, sekolah, dan komuniti, untuk membantu remaja menangani tekanan hidup mereka dengan lebih baik.





Assalamualaikum.Kepada semua follower dan para dermawan, kami telah melancarkan satu Tabung Wakaf Khas Projek Baikpulih ...
01/07/2024

Assalamualaikum.

Kepada semua follower dan para dermawan, kami telah melancarkan satu Tabung Wakaf Khas Projek Baikpulih Van Jenazah. Sebuah MPV akan dinaiktaraf serta diubahsuai untuk dijadikan Van Jenazah bagi menyokong khidmat pengurusan jenazah Pertubuhan Ukhwah Bersama dan masyarakat sekitar amnya.

Sebanyak RM 20,000 diperlukan untuk menjayakan projek ini. Kami amat mengalukan para dermawan untuk menginfaqkan sumbangan tunai bagi menampung perbelanjaan yang mana 100% sumbangan akan disalurkan kepada Tabung Wakaf Khas Projek Baikpulih Van Jenazah.

Tabung Wakaf Khas ini akan di tutup apabila sumbangan mencapai jumlah yang perlukan.

1 Lot = RM50.00
400 Lot = RM20,000.00

Update sumbangan 30/06/2024 = RM 8,000 (160 lot)
Baki yg diperlukan = RM 12,000 (240 lot)

Ayuh para dermawan, setiap sumbangan wakaf tuan puan akan menjadi lubuk pahala selagi mana Van Jenazah berkhidmat di jalan Allah.

Untuk pertanyaan
Tn Hj Amat Razini : www.wasap.my/601111468057/baikpulihVJ
En Nik Aziz : www.wasap.my/60192278621/baikpulihVJ

Semoga Allah membalas budi dan jasa tuan puan dengan rezeki umpama air yang mengalir. InsyaAllah

Jazakallah.

Jom saham akhirat.
07/06/2024

Jom saham akhirat.

Terima kasih semua.Kalau ada sumur di ladangboleh hamba menumpang mandi,kalau ada umur yang panjang,boleh kita berjumpa ...
29/03/2024

Terima kasih semua.

Kalau ada sumur di ladang
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi

Address

2A Jalan Astana Alam D 13/D, Pusat Niaga Astana Alam Seksyen 13, Puncak Alam
Kuala
42300

Telephone

+60123425479

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Ukhwah Bersama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share