Majlis Kolej Kediaman Unisza

Directions Contact the organization

Majlis Kolej Kediaman Unisza Majlis Kolej Kediaman UniSZA ditubuhkan untuk menghebahkan perkembangan Kolej Kediaman di UniSZA

[KEMPEN 10:00 MALAM BERSAMA SURAH AL-MULK]Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sukacita dimaklumkan bahawa Kempen 10:00 M...
22/09/2026

[KEMPEN 10:00 MALAM BERSAMA SURAH AL-MULK]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kempen 10:00 Malam Bersama Surah Al-Mulk akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: Bermula 22 September 2026
⏰ Masa: 10:00 malam
📢 Medium: Sistem Pengumuman Awam Kolej Kediaman UniSZA

Sehubungan itu, seluruh warga kolej kediaman UniSZA dijemput untuk bersama-sama menghidupkan malam dengan bacaan serta penghayatan Surah Al-Mulk sebagai amalan berterusan demi keberkatan dan kesejahteraan hidup.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan dan perlindungan buat kita semua.

Sekian, terima kasih.

“Menyatukan Penghuni Aktif”
“Ilmu Demi Faedah Insan”

Majlis Kolej Kediaman Sesi 2025/2026
Universiti Sultan Zainal Abidin

[ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TAHNIAH ]Assalamualaikum dan salam sejahtera.Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA merakamk...
21/09/2026

[ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TAHNIAH ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada:

🌟 Saudara Muhammad Aminnuddin bin Aziz
Presiden, Majlis Kolej Kediaman UniSZA Sesi 2025/2026

🌟 Saudari Ferina binti Micheal
Presiden, Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA Sesi 2025/2026

atas kepercayaan dan kesudian menyumbang bakti sebagai Timbalan Ketua Fasilitator Minggu Mesra Siswa UniSZA 2026/2027.

Komitmen, kepimpinan dan dedikasi yang dicurahkan amat dihargai dalam membantu memastikan kelancaran serta kejayaan pelaksanaan Minggu Mesra Siswa UniSZA 2026/2027.

Semoga pengalaman yang diperoleh sepanjang menjalankan amanah ini menjadi kenangan yang bermakna serta terus menyemarakkan semangat kepimpinan dan khidmat bakti kepada komuniti UniSZA.

Sekalung penghargaan, setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas segala jasa serta sumbangan yang diberikan.

Menyatukan Penghuni Aktif
“Ilmu Demi Faedah Insan”
Sekian, terima kasih

[ SALURAN RASMI MKK UniSZA ]Assalamualaikum dan salam sejahtera.Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA kini menyediakan salu...
20/09/2026

[ SALURAN RASMI MKK UniSZA ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA kini menyediakan saluran rasmi untuk memudahkan para penghuni mendapatkan maklumat, pengumuman dan hebahan terkini berkaitan aktiviti serta urusan kolej kediaman.

Jom sertai saluran rasmi MKK UniSZA!

Dapatkan pelbagai informasi terkini melalui:

💬 WhatsApp
📣 Telegram
📷 Instagram

Imbas kod QR pada poster atau sertai saluran rasmi MKK UniSZA sekarang agar anda tidak terlepas sebarang maklumat dan hebahan terkini.

Menyatukan Penghuni Aktif
“Ilmu Demi Faedah Insan”
Sekian, terima kasih

[ SELAMAT MENJALANI SESI PEMBELAJARAN AKADEMIK SESI 2026/2027 ]Assalamualaikum dan salam sejahtera.Majlis Kolej Kediaman...
19/09/2026

[ SELAMAT MENJALANI SESI PEMBELAJARAN AKADEMIK SESI 2026/2027 ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA mengucapkan selamat menjalani Sesi Pembelajaran Akademik, Sesi 2026/2027 kepada seluruh warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Semoga sesi akademik yang baharu ini menjadi ruang untuk terus menimba ilmu, mengembangkan potensi diri dan mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik serta kokurikulum.

Hadapilah setiap cabaran dengan penuh kesungguhan, disiplin dan semangat yang tinggi. Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan hasil serta membawa kejayaan yang bermakna.

Selamat menjalani sesi pembelajaran dan selamat maju jaya!

Ikhlas daripada:
Barisan Kepimpinan
Majlis Kolej Kediaman UniSZA
Sesi 2025/2026

Menyatukan Penghuni Aktif
“Ilmu Demi Faedah Insan”
Sekian, terima kasih

WargaUniSZA KecemerlanganAkademik MenyatukanPenghuniAktif

[ SEKALUNG PENGHARGAAN & TAHNIAH ]Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah ...
18/09/2026

[ SEKALUNG PENGHARGAAN & TAHNIAH ]

Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh Barisan Fasilitator Minggu Mesra Siswa (MMS) 2026/2027 atas komitmen, dedikasi dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang menjayakan program.

Segala masa, tenaga dan usaha yang diberikan amat bermakna dalam memastikan kelancaran serta keberhasilan pelaksanaan Minggu Mesra Siswa 2026/2027.

Semoga segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan menjadi pengalaman yang berharga serta terus menyemarakkan semangat untuk berbakti dan menyumbang kepada komuniti UniSZA.

Sekalung penghargaan, setinggi-tinggi tahniah.
Terima kasih atas segala usaha dan dedikasi yang diberikan.

Ikhlas daripada:
Barisan Kepimpinan
Majlis Kolej Kediaman UniSZA
Sesi 2025/2026

Menyatukan Penghuni Aktif
“Ilmu Demi Faedah Insan”
Sekian, terima kasih

UniSZA BarisanFasilitator SekalungPenghargaan TerimaKasih

[ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026! ]Tanggal 16 September menjadi simbol penyatuan seluruh rakyat Malaysia dalam seb...
15/09/2026

[ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026! ]

Tanggal 16 September menjadi simbol penyatuan seluruh rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang berbilang kaum, budaya dan latar belakang. Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang dikecapi, di samping terus memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Semoga semangat Malaysia MADANI terus menyatukan kita untuk membina masa depan yang lebih baik, inklusif dan sejahtera.

Berbeza budaya, satu jiwa. Berbeza negeri, satu Malaysia.

Selamat Hari Malaysia!
Ikhlas daripada Barisan Kepimpinan Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA Sesi 2025/2026

Menyatukan Penghuni Aktif
“Ilmu Demi Faedah Insan”
Sekian, terima kasih

KitaMalaysia MenyatukanPenghuniAktif

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾Tahun 1957 – 2026Semangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tet...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾
Tahun 1957 – 2026

Semangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi menghargai pengorbanan, menyemai perpaduan dan bersama-sama membina masa depan Malaysia yang lebih gemilang. ❤️🤍💙💛

Ayuh kita terus menyatukan penghuni aktif, memupuk semangat patriotisme serta menghayati erti kemerdekaan dalam kehidupan sebagai mahasiswa dan generasi pewaris negara. 🇲🇾✨

“Malaysia Madani, Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera.”

Ikhlas daripada:
Majlis Kolej Kediaman Universiti Sultan Zainal Abidin (MKK UniSZA)
Sesi 2025/2026

JiwaMerdeka SemangatPatriotisme MenyatukanPenghuniAktif UniszaMenyambutMerdeka 🇲🇾❤️

[ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ]12 Rabiulawal 1448HMarilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi M...
25/08/2026

[ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ]

12 Rabiulawal 1448H

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati perjuangan dan akhlak mulia Baginda sebagai teladan dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus mekar dalam hati, serta menjadi inspirasi untuk kita mencontohi sunnah dan akhlak Baginda dalam membentuk peribadi yang lebih baik.

🤍 “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”

Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Salam Maulidur Rasul 1448H
Ikhlas daripada Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA Sesi 2025/2026.

MenyatukanPenghuniAktif

*HEBAHAN PROGRAM*بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,Deng...
20/08/2026

*HEBAHAN PROGRAM*

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA dengan sukacitanya menjemput saudara/saudari untuk menyertai:

📢 Forum Rahmatan Lil ‘Alamin: Mengingati, Mencintai, Menzahiri

🗓️ Rabu, 26 Ogos 2026
🕘 8:00 malam – 10:00 malam
📍 Bersiaran langsung melalui Google Meet dan Instagram Rasmi MKK UniSZA

Anjuran Majlis Kolej Kediaman UniSZA dengan kerjasama Majlis Penghuni Kolej Kediaman KP UniCITI ALAM UniMAP dan Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences Students’ Society IIUM

—
Forum ini akan membincangkan sirah Rasullah SAW melalui tiga objektif utama iaitu Mengingati, Mencintai dan Menzahiri sirah Rasulullah SAW, bermula daripada kesedaran terhadap sejarah kehidupan Baginda, kepada penghayatan yang mendalam, seterusnya diterjemahkan dalam bentuk amalan praktikal di kampus dan dalam masyarakat.
—
*PANEL & MODERATOR*

🎙️ Moderator:
Redza Hazieq bin Redza Jihadi
Bendahari MKK UniSZA

👤 Panel 1:
Muhammad bin Ismail
EXCO Kerohanian, Kebajikan dan Keselamatan MKK UniSZA

👤 Panel 2:
Ahmad Ubaidah bin Mohd Anuar
Presiden Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences Students’ Society IIUM

👤 Panel 3:
Nurul Masayu Ardiana bt Selim Abdul Robshekh
EXCO Kerohanian MPKK UniCITI ALAM UniMAP
—

Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/q6ov6UdkyvCunC596

—
Jom sama-sama kita hayati dan dalami intipati Rahmatan Lil ‘Alamin bersama para panel jemputan yang bakal berkongsi ilmu dan pandangan berharga.
Kehadiran anda amat kami nantikan. Jangan lepaskan peluang ini!

Sekian, terima kasih. 🤍

“Ilmu Demi Faedah Insan”
“Menyatukan Penghuni Aktif”

Majlis Kolej Kediaman
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2025/2026


Tahniah & Syabas! 🎓✨Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua lepasan STPM dan setaraf atas kejayaan keputusan tawa...
16/08/2026

Tahniah & Syabas! 🎓✨
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua lepasan STPM dan setaraf atas kejayaan keputusan tawaran UPU bagi sesi 2026/2027!
Selamat melangkah ke alam universiti, terutamanya buat kalian yang bakal menjadi warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Semoga perjalanan akademik baharu ini dihiasi dengan kejayaan dan pengalaman yang bermakna.
Ikhlas daripada:
Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA Sesi 2025/2026
KampusGongBadak KampusPerubatan KampusBesut WelcomeToUniSZA

Address

Kuala Terengganu
21300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Kolej Kediaman Unisza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Kolej Kediaman Unisza:

Shortcuts

Share