Kelab Halal Jakim Unisza

Kelab Halal Jakim Unisza Kelab Halal Jakim UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
"Shaping Tomorrow With Halal Excellence"

🌙SALAM NUZUL AL-QURAN🌙Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Kelab Halal JAKIM UniSZA mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran ...
06/03/2026

🌙SALAM NUZUL AL-QURAN🌙

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Kelab Halal JAKIM UniSZA mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam. Peristiwa agung ini memperingati turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan rahmat untuk seluruh manusia.

Semoga kita semua sentiasa mendekatkan diri dengan Al-Quran dengan membacanya, memahami maknanya, serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian. Mudah mudahan Al-Quran menjadi cahaya yang membimbing langkah kita menuju keredaan Allah SWT. 🤲🏻

✨ "Shaping Tomorrow with Halal Excellence" ✨

📍Ikuti perjalanan kami di media sosial untuk maklumat dan aktiviti terkini:
🔹 Instagram: .unisza
🔹 Facebook: Kelab Halal Jakim UniSZA
🔹 TikTok: .unisza




🌙SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1447H🌙Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Kelab Halal JAKIM UniSZA mengucapkan selamat me...
18/02/2026

🌙SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1447H🌙

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Kelab Halal JAKIM UniSZA mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua pelajar serta seluruh warga UniSZA. Kehadiran Ramadan merupakan peluang yang amat berharga untuk kita meningkatkan amal ibadah, memperbaiki diri serta memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT dalam suasana penuh keberkatan.

Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan jiwa, kekuatan iman dan keikhlasan dalam setiap amalan yang dilakukan. Sama-sama kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan sebaiknya dan terus istiqamah dalam kebaikan. 🤲🏻✨

✨ "Shaping Tomorrow with Halal Excellence" ✨

📍Ikuti perjalanan kami di media sosial untuk maklumat dan aktiviti terkini:
🔹 Instagram: .unisza
🔹 Facebook: Kelab Halal Jakim UniSZA
🔹 TikTok: .unisza




🌙 SALAM NISFU SYA’ABAN 1447H 🌙Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Kelab Halal JAKIM UniSZA mengucapkan salam Nisfu S...
02/02/2026

🌙 SALAM NISFU SYA’ABAN 1447H 🌙

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Kelab Halal JAKIM UniSZA mengucapkan salam Nisfu Sya’aban kepada semua umat Islam serta seluruh warga UniSZA. Malam Nisfu Sya’aban mengingatkan kita tentang kepentingan memohon keampunan, membersihkan hati dan menilai kembali amalan yang telah dilalui sepanjang tahun.

Semoga malam yang penuh keberkatan ini menjadi masa untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT serta mempersiapkan diri, dari segi rohani dan mental, sebelum menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba. 🤲🏻

✨ "Shaping Tomorrow with Halal Excellence" ✨

📍Ikuti perjalanan kami di media sosial untuk maklumat dan aktiviti terkini:
🔹 Instagram: .unisza
🔹 Facebook: Kelab Halal Jakim UniSZA
🔹 TikTok: .unisza





📝SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER l SESI 2025/2026📝🗓 25 Januari hingga 12 Februari 2026Assalamualaikum wbt d...
25/01/2026

📝SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER l SESI 2025/2026📝

🗓 25 Januari hingga 12 Februari 2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Kelab Halal JAKIM UniSZA mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada seluruh pelajar UniSZA bagi sesi peperiksaan yang akan berlangsung. Semoga segala usaha, pengorbanan dan doa sepanjang tempoh pengajian dipermudahkan serta membuahkan kejayaan yang cemerlang.

Tempoh peperiksaan ini adalah peluang untuk membuktikan hasil usaha dan ketekunan diri. Jawab dengan tenang, yakin dan penuh tawakal.

📖*“Ya Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku.”*
(Surah Taha: 25-26)

✨ Shaping Tomorrow with Halal Excellence ✨

📍 Ikuti perjalanan kami di media sosial untuk maklumat dan aktiviti terkini:
🔹 Instagram: .unisza
🔹 Facebook: Kelab Halal JAKIM UniSZA
🔹 TikTok: .unisza




🌙 ISRA’ MIKRAJ 1447H 🌙Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Kelab Halal JAKIM UniSZA mengucapkan salam memperingati pe...
16/01/2026

🌙 ISRA’ MIKRAJ 1447H 🌙

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Kelab Halal JAKIM UniSZA mengucapkan salam memperingati peristiwa Isra’ Mikraj, satu peristiwa agung yang memperlihatkan kebesaran Allah SWT serta mengingatkan kita tentang pentingnya iman, ketaatan dan kekuatan rohani dalam kehidupan seharian.

Marilah kita menjadikan Isra’ Mikraj kali ini sebagai titik muhasabah untuk mempertingkatkan kualiti diri dan terus melangkah menuju kehidupan yang lebih seimbang, berakhlak dan bermakna. 🤲🏻

✨ "Shaping Tomorrow with Halal Excellence" ✨

📍Ikuti perjalanan kami di media sosial untuk maklumat dan aktiviti terkini:
🔹 Instagram: .unisza
🔹 Facebook: Kelab Halal Jakim UniSZA
🔹 TikTok: .unisza



🎆SELAMAT TAHUN BAHARU 2026🎆Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Kelab Halal JAKIM UniSZA mengucapkan Selamat Tahun Ba...
31/12/2025

🎆SELAMAT TAHUN BAHARU 2026🎆

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Kelab Halal JAKIM UniSZA mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh warga UniSZA. Semoga tahun baharu ini menjadi lembaran baharu yang penuh dengan harapan, azam dan peluang untuk kita terus melangkah ke hadapan dengan semangat yang lebih positif dan berdaya saing.

Marilah kita bersama-sama memperkukuh nilai integriti, kecemerlangan dan keikhlasan dalam setiap usaha, selaras dengan aspirasi membentuk masa depan yang lebih mampan dan bermakna. Semoga tahun ini membawa kejayaan, keberkatan dan kesejahteraan kepada kita semua. 🤲🏻

✨ "Shaping Tomorrow with Halal Excellence" ✨

📍Ikuti perjalanan kami di media sosial untuk maklumat dan aktiviti terkini:
🔹 Instagram: .unisza
🔹 Facebook: Kelab Halal Jakim UniSZA
🔹 TikTok: .unisza



🌙SALAM 1 REJAB 1447H🌙Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Kelab Halal JAKIM UniSZA mengucapkan Salam 1 Rejab kepada s...
21/12/2025

🌙SALAM 1 REJAB 1447H🌙

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Kelab Halal JAKIM UniSZA mengucapkan Salam 1 Rejab kepada semua pelajar serta seluruh warga UniSZA. Rejab merupakan salah satu daripada bulan yang mulia, menjadi peringatan untuk kita memperbaiki diri, memperbanyakkan amalan dan bersedia menyambut bulan-bulan penuh keberkatan yang akan datang.

Semoga kedatangan bulan Rejab kali ini membawa ketenangan, keinsafan dan memberi ruang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dalam setiap langkah kehidupan seharian. 🤲🏻

✨ "Shaping Tomorrow with Halal Excellence" ✨

📍Ikuti perjalanan kami di media sosial untuk maklumat dan aktiviti terkini:
🔹 Instagram: .unisza
🔹 Facebook: Kelab Halal Jakim UniSZA
🔹 TikTok: .unisza





🆘PRAY FOR MALAYSIA: KAWASAN YANG TERJEJAS BANJIR🌧️💙Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Dengan penuh rasa simpati, Ke...
26/11/2025

🆘PRAY FOR MALAYSIA: KAWASAN YANG TERJEJAS BANJIR🌧️💙

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Dengan penuh rasa simpati, Kelab Halal JAKIM UniSZA menzahirkan doa serta sokongan kepada semua mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas di seluruh Malaysia. Semoga mereka diberikan perlindungan, kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian ini.

Doa ringkas untuk mangsa banjir:

“Ya Allah, lindungilah saudara-saudara kami yang ditimpa musibah banjir. Selamatkan mereka daripada segala bahaya, tenangkan hati mereka, dan kurniakan kekuatan serta rahmat-Mu kepada mereka. Pulihkanlah kawasan yang terjejas dan mudahkan segala urusan mereka. Semoga kesusahan ini digantikan dengan sesuatu yang lebih baik."

✨ "Shaping Tomorrow with Halal Excellence" ✨

📍Ikuti perjalanan kami di media sosial untuk maklumat dan aktiviti terkini:
🔹 Instagram: .unisza
🔹 Facebook: Kelab Halal Jakim UniSZA
🔹 TikTok: .unisza




🏖️SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 1 SESI 2025/2026🏖️Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Kelab Halal JAKI...
20/11/2025

🏖️SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 1 SESI 2025/2026🏖️

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Kelab Halal JAKIM UniSZA mengucapkan selamat menjalani Cuti Pertengahan Semester 1 sesi 2025/2026 kepada semua pelajar serta seluruh warga UniSZA. Cuti kali ini menjadi peluang untuk kita berehat, tenangkan fikiran dan luangkan masa untuk diri sendiri sebelum kembali ke sesi pengajian.

Nikmati masa cuti ini untuk segarkan semangat, kumpul kembali tenaga untuk lebih fokus apabila kuliah bersambung nanti.

✨ "Shaping Tomorrow with Halal Excellence" ✨

📍Ikuti perjalanan kami di media sosial untuk maklumat dan aktiviti terkini:
🔹 Instagram: .unisza
🔹 Facebook: Kelab Halal Jakim UniSZA
🔹 TikTok: .unisza



Address

Universiti Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu
21300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Halal Jakim Unisza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share