12/07/2026
DETIK BERSEJARAH BAGI EPIC: FPSO BERANTAI & FSO SEPAT BERLABUH DI PELABUHAN KEMAMAN
Alhamdulillah. Bulan Jun membuka satu lembaran baharu untuk EPIC Berhad dan Pelabuhan Kemaman apabila FPSO Berantai menjadi kapal Floating Production Storage and Offloading (FPSO) pertama yang berlabuh di West Wharf bagi melaksanakan operasi gas-freeing (pembebasan gas), pembersihan sisa minyak (residual oil cleaning) dan penyelenggaraan berskala kecil (minor maintenance) sebelum menjalani program dry-docking yang telah dijadualkan, melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih selanjutnya.
Bulan Julai p**a detik bersejarah apabila FSO Sepat yang merupakan kapal Floating Storage and Offloading (FSO) turut menggunakan fasiliti ini untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan rantaian sauh (anchor chain rectification) dan penyelenggaraan berskala kecil (minor maintenance). Kerja-kerja tersebut perlu disiapkan semasa FSO Sepat berada di West Wharf sebelum meneruskan pelayaran ke lokasi sauh (anchorage) yang telah ditetapkan bagi tujuan lay-up.
Kehadiran aset-aset strategik ini di West Wharf merupakan satu pencapaian penting bagi Pelabuhan Kemaman serta industri minyak dan gas tempatan. Projek-projek ini melibatkan lebih daripada 400 tenaga kerja daripada pelbagai syarikat dan disiplin, yang bekerjasama bagi memastikan setiap operasi dilaksanakan dengan selamat, cekap serta mematuhi sepenuhnya piawaian industri.
FPSO Berantai diuruskan oleh Vestigo Petroleum Sdn. Bhd., manakala FSO Sepat diuruskan oleh PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. Pemilihan Pelabuhan Kemaman sebagai lokasi bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan kritikal ini membuktikan keupayaan dan kesiapsiagaan EPIC serta anak-anak syarikatnya dalam menyokong operasi luar pesisir dan marin yang kompleks.
EPIC Group dan anak syarikatnya Eastern Pacific Marine Services (EPIC Marine) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Vestigo Petroleum Sdn. Bhd. dan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepada kami untuk menyediakan perkhidmatan sokongan sepanjang FPSO Berantai & FSO Sepat berada di sini.
Kami berharap kerjasama strategik ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan serta menjadi pemangkin kepada kejayaan projek-projek seterusnya demi kemajuan industri minyak dan gas di Malaysia amnya dan di Terengganu khasnya.
Doakan semoga Kump**an EPIC terus cemerlang, maju, berkat dan sejahtera, in shaa Allah. 👍😍
SERVICES BY EPIC BERHAD:
1. Oil & Gas Supply & Support Base
2. Commercial Port Management
3. Marine Engineering & Services
4. Engineering & Maintenance Services
5. Renewable Energy & Green Technology
SUBSIDIARIES OF EPIC BERHAD:
1. Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (KSB)
2. Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd (KPK)
3. Sukma Samudra Sdn Bhd
4. EPIC OG Sdn Bhd (EOG)
5. EPIC Oilfield Services Sdn Bhd (EOS)
6. EPIC Solar Sdn Bhd (EPIC Solar)
7. PBK Logistics Sdn Bhd (PBKL)
8. PBK Supplies & Services Sdn Bhd (PBKSS)
9. Eastern Pacific Properties Sdn Bhd (EPIC Properties)
10. Eastern Pacific Marine Services Sdn Bhd (EPIC Marine)
11. Rahar Niaga Sdn Bhd (RNSB).
Atas segalanya, doakan semoga kita semua cemerlang dunia dan Akhirat. Allahumma Aamiin. 👍😍
“Shaping The Growing Future”
“BE FACT: Better, Faster, Competitive!”
Yang Menjalankan Amanah;
Muhtar Suhaili As-Sarawaki,
(مختار/穆赫塔尔/முக்தர்)
Group CEO, EPIC Berhad.
Website: https://epicgroup.com.my