Salwa Mastanah V2

Salwa Mastanah V2 "Salam Wanita Masjid Tanah" FB page rasmi Salwa Mastanah�

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI1 Syawal 1447 HijriahDengan penuh kesyukuran, kami dariPertubuhan SALWA Mastanahingin menguc...
20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
1 Syawal 1447 Hijriah

Dengan penuh kesyukuran, kami dari
Pertubuhan SALWA Mastanah
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan kita.

Ikhlas daripada:
Salwa Mastanah

16/03/2026

15|03|2026
Sinar Syawal Madani..

Alhamdulillah, selesai sudah Program Sinar Syawal Cabang Masjid Tanah yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Salwa Mastan...
15/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Sinar Syawal Cabang Masjid Tanah yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Salwa Mastanah bersama Pertubuhan Aspirasi Kebajikan Sinergi.

Program ini turut menyampaikan sumbangan beras serta duit raya kepada 400 penerima asnaf sekitar Cabang Masjid Tanah sebagai tanda keprihatinan dan usaha membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Adam Adli, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi; Datuk Azman Bidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; serta YB Rosli atas kesudian hadir dan menyokong program ini.

Penghargaan yang amat istimewa juga ditujukan kepada Encik Asri Ibrahim, Pengarah J-KOM Zon Selatan merangkap Ketua Cabang Penaja Keadilan Masjid Tanah, yang menjadi antara individu penting yang mencetuskan idea serta memberi dorongan kuat sehingga program ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada semua AJK daripada kedua-dua NGO, AJK Cabang, AMK serta Wanita yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dari awal hingga akhir.

Semoga usaha ini terus menjadi jambatan kebajikan dan mengeratkan silaturahim dalam masyarakat.

02/03/2026
02/03/2026

Alhamdulillah, Program Edaran Bubur Pulut Hitam telah selesai dengan jayanya. 🌙✨

Bermula dengan sesi memasak jam 2.00 petang dan edaran pada 5.00 petang, semuanya berjalan lancar.

Terima kasih kepada semua terutama AJK Salwa dan Pemanis yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada PEMANIS kerana sudi bergabung bersama SALWA MASTANAH dalam menjayakan edaran bubur ini. 🤍

Semoga setiap usaha ini menjadi amal jariah dan membawa keberkatan buat kita semua.

Salam Ramadhan yang ke-9 🌙Dengan penuh kasih dan sayang, kami ingin menjemput mana-mana sahabat yang berkelapangan untuk...
27/02/2026

Salam Ramadhan yang ke-9 🌙

Dengan penuh kasih dan sayang, kami ingin menjemput mana-mana sahabat yang berkelapangan untuk hadir semasa edaran bubur pulut hitam kami pada *1 Mac 2026* bersamaan *11 Ramadan 1447H*, sekitar pukul *5.00 petang*.

Edaran akan berlangsung di dua lokasi berikut:
• Kedai Meroyan Corner
• Bazaar Ramadhan Kuala Sungai Baru

Kehadiran anda amat kami alu-alukan 🌸

_Manis lemak bubur pulut hitam terasa,_
_Berkongsi rezeki tanda ukhuwah sentiasa,_
_Kalau ada lapang masa dan jasa,_
_Singgahlah bersama, meriahkan suasana._

Ikhlas dari,
*PEMANIS & SALWA*🌼

✨Liga E-Sukan Wanita Melaka 2025 [OFFICIALLY ENDED!]✨Alhamdulillah, event kita telah selesai dengan penuh meriah dan lua...
23/11/2025

✨Liga E-Sukan Wanita Melaka 2025 [OFFICIALLY ENDED!]✨

Alhamdulillah, event kita telah selesai dengan penuh meriah dan luar biasa! 🙌🔥

Terima kasih kepada semua team, player, talent, crew teknikal, team salwa dan rakan kolaborasi yang telah menjayakan kejohanan ini dari awal sampai akhir.

Tahniah kepada para pemenang yang berjaya membuktikan kekuatan & skill masing-masing! 🏆

Dan kepada semua peserta anda semua adalah juara sebenar kerana berani mencabar diri dan memartabatkan e-sukan wanita.

Pertubuhan Salwa Mastanah mengucapkan terima kasih atas sokongan yang luar biasa.
Jumpa lagi di edisi akan datang… kita buat lagi lebih besar, lebih mantap dan lebih gempak! 🚀✨

MEET THE TALENTS — LIGA E-SUKAN WANITA MELAKA! 🌟Bersedia untuk pengalaman yang lebih epic?Kerana dua nama besar dalam du...
20/11/2025

MEET THE TALENTS — LIGA E-SUKAN WANITA MELAKA! 🌟

Bersedia untuk pengalaman yang lebih epic?
Kerana dua nama besar dalam dunia casting PUBG Mobile akan bersama kita!

🎙️ Sir Cloud
🎧 Kanda

Mereka berdua akan menghidupkan setiap detik perlawanan dengan gaya, tenaga dan ulasan yang memang hebat belaka! 🔥💥

⏳ 23 November semakin hampir‼️
Kami tak sabar nak lihat aksi semua pasukan berentap secara offline di The Shore Shopping Gallery Melaka!

Let’s make history together! 💖🎮✨

Think you’ve got what it takes? 😎Prove it in Liga eSukan Wanita Melaka 2025!🔥 Free Registration!💰 Total Prizepool RM6,50...
17/11/2025

Think you’ve got what it takes? 😎
Prove it in Liga eSukan Wanita Melaka 2025!

🔥 Free Registration!
💰 Total Prizepool RM6,500!
📅 Online Qualifier: 21 Nov
🏟️ Grand Final: 23 Nov @ The Shore Melaka

Limited slots only, assemble your squad now! 💪

Cepat daftar sebelum slot penuh 👉
https://www.esukan.gg/tournament/20607


🎮ANNOUNCEMENT – UPDATED TOURNAMENT DATE!🎮Disebabkan tarikh asal terlalu singkat, kami anjakkan tarikh Liga eSukan Wanita...
08/11/2025

🎮ANNOUNCEMENT – UPDATED TOURNAMENT DATE!🎮

Disebabkan tarikh asal terlalu singkat, kami anjakkan tarikh Liga eSukan Wanita Melaka 2025 bagi beri ruang semua pasukan bersedia & lengkapkan ahli 💪

📅 Online Qualifier: 21 November 2025
📅 Offline Grand Final: 23 November 2025
📍 The Shore Shopping Gallery, Melaka

💰 Total Prizepool: RM6,500
🆓 Penyertaan PERCUMA!
👩‍💻 Terbuka untuk wanita & pasukan mix *(min. 3 wanita setiap team)

Jadi, masih belum terlambat untuk join! 🔥
Cepat daftar sebelum slot penuh 👉
https://www.esukan.gg/tournament/20607


🎮 WANITA MELAKA, READY TO CONQUER THE BATTLEGROUND? 👑🔥Inilah masanya untuk buktikan “Girls can play too!” 💪Kejohanan Lig...
05/11/2025

🎮 WANITA MELAKA, READY TO CONQUER THE BATTLEGROUND? 👑🔥

Inilah masanya untuk buktikan “Girls can play too!” 💪

Kejohanan Liga E-Sukan Wanita Melaka 2025 (PUBG Mobile) kini dibuka khas untuk pemain wanita di seluruh Melaka!

🏆 Tunjuk skill, pimpin squad & rebut hadiah dari prize pool RM6,500!
📅 Qualifier (Online): 14 Nov | Grand Final (Offline): 16 Nov @ The Shore, Melaka

💖 Kami menggalakkan penyertaan pasukan wanita sepenuhnya, sebab program ni khas untuk mengangkat bakat wanita dalam dunia e-sukan!

💥 Pendaftaran Kini Dibuka!
📲 Daftar sekarang sebelum slot penuh di:
👉 https://www.esukan.gg/tournament/20607

Address

879 Lorong 8 Taman Desa Bayu Kuala Sungai Baru Melaka
Kuala Sungai Baru
78200

Telephone

+60138467154

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Salwa Mastanah V2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Salwa Mastanah V2:

Share