18/10/2026
PEMAKLUMAN OPERASI TABIKA DAN TASKA KEMAS NEGERI SELANGOR SUSULAN KEADAAN JEREBU
βTARIKH: 19 OKTOBER 2026 (ISNIN)
βJabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Selangor ingin memaklumkan berhubung pengoperasian TABIKA dan TASKA KEMAS di seluruh Negeri Selangor seperti berikut:
1. Semua TABIKA dan TASKA KEMAS di seluruh daerah akan beroperasi seperti biasa pada 19 Oktober 2026 (Isnin)
2. Walau bagaimanapun, sesi pembelajaran hanya dibenarkan di dalam kelas sahaja, manakala sebarang aktiviti di luar kelas adalah tidak dibenarkan.
3. Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya membekalkan pelitup muka yang sesuai kepada anak-anak serta menggalakkan mereka memakainya sepanjang sesi pembelajaran.
4. KEMAS Negeri Selangor telah mengarahkan semua Pendidik Masyarakat dan Pembantu Pendidik Masyarakat agar sentiasa memantau keadaan kesihatan kanak-kanak serta mengambil langkah yang perlu demi memastikan keselamatan mereka.
5. Namun, sekiranya ibu bapa atau penjaga bimbang akan kesihatan anak-anak, mereka dibenarkan untuk tidak menghantar anak-anak ke TABIKA dan TASKA KEMAS pada hari tersebut. Walau bagaimanapun, ketidakhadiran tersebut hendaklah dimaklumkan kepada pihak pengurusan TABIKA atau TASKA KEMAS di kawasan masing-masing.
6. βUntuk maklumat terkini mengenai status Indeks Pencemaran Udara (IPU), orang ramai boleh melayari laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) di pautan: https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main .
βSekian, terima kasih.
βJABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI SELANGOR
Dikemaskini: 18 Oktober 2026, 4.30 petang.