KRT Kerling

KRT Kerling KAWASAN RUKUN TETANGGA KERLING

🌙INFAQ RAMADHAN🌙Sumbangan Lemang & Telur AyamTarikh : 19/3/2026 KhamisAnjuran bersama:KRT Kerling & Ketua Pemuda UMNO Hu...
19/03/2026

🌙INFAQ RAMADHAN🌙
Sumbangan Lemang & Telur Ayam
Tarikh : 19/3/2026 Khamis
Anjuran bersama:
KRT Kerling & Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor

🌙 PROGRAM SEMARAK RAMADHAN – MEMASAK BUBUR LAMBUK 🌙Alhamdulillah, telah berlangsung Program Semarak Ramadhan – Memasak B...
07/03/2026

🌙 PROGRAM SEMARAK RAMADHAN – MEMASAK BUBUR LAMBUK 🌙

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Semarak Ramadhan – Memasak Bubur Lambuk anjuran KRT Kerling yang diadakan di Gerai Bangsawan, Kerling bermula jam 3.00 petang.

Program ini telah mendapat kerjasama degan kumpulan marhaban kg pasir kering dan sambutan yang baik daripada semua AJK yang bersama-sama bergotong-royong dalam menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada masyarakat.

Turut hadir ke program ini ialah Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim (Pegawai penyelaras Dun Hulu Bernam ) Encik Rusmi Bin Minhat (Penghulu Mukim Serendah) Encik Mohamad Zaim Bin Mohaimin ( Penghulu Mukim Kerling) Puan Nor Faizah Binti Kamarudin ( Pegawai Perpaduan Daerah) En Mohamad Izat Haffiz Bin Idris ( Penolong Pegawai Perpaduan) Encik Ameer Rithauddin Bin Roslan ( Pegawai Penerangan Daerah Hulu Selangor) serta guru guru tabika perpaduan.

Pihak KRT Kerling ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yg turut serta menjayakan program ini.

Semoga semangat kerjasama dan silaturahim ini dapat diteruskan pada masa akan datang.




Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.KRT Kerling ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam k...
06/03/2026

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

KRT Kerling ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam khususnya kepada warga Kerling dan kawasan sekitar.
Nuzul Al-Quran mengingatkan kita tentang peristiwa agung turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan rahmat bagi seluruh umat manusia.

Marilah kita bersama-sama mengambil peluang di bulan yang mulia ini untuk mendekatkan diri kepada Al-Quran dengan membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan seharian.
Semoga Al-Quran sentiasa menjadi panduan dan cahaya dalam kehidupan kita, serta mengeratkan lagi ukhuwah dalam komuniti.

Salam Nuzul Al-Quran.
"Al-Quran Pemacu Ummah Madani"

khlas daripada
KRT Kerling

Sekitar suasana majlis berbuka puasa di surau nurul ikhwan kampung air panas kerlingTarikh : 6/3/2026Masa :6.45 ptg
06/03/2026

Sekitar suasana majlis berbuka puasa di surau nurul ikhwan kampung air panas kerling

Tarikh : 6/3/2026
Masa :6.45 ptg

02/03/2026

❗MAKLUMAN KEPADA PENDUDUK HULU SELANGOR❗

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang.... Rumah dah kemas, tapi sisa pukal seperti sofa lama, tilam lama, perabot rosak atau barangan bersaiz besar tak tahu nak buang ke mana?

✨ Jangan buang merata-rata!
Kini anda boleh membuat permohonan tong RORO dengan mudah melalui Aplikasi iClean Selangor 📱

📝 Langkah mudah:
1️⃣ Daftar akaun
2️⃣ Isi borang dalam aplikasi
3️⃣ KDEB akan membuat kutipan

⬇️ Muat turun SEKARANG melalui App Store atau Google Play Store dan bantu kita kekalkan persekitaran yang bersih, selamat dan lestari 🌱

Android 👇🏻
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kdeb.iclean

iOS 👇🏻
https://apps.apple.com/my/app/iclean-selangor/id1251313049

📞 Sebarang pertanyaan, hubungi KDEB Waste Management di talian 0193759592 / 0193753980













SANTAI MOREH KRT KERLINGAgenda:Program Majlis Berbuka Puasa Dan Program Memasak Bubur LambukTajuk: Semarak RamadhanProgr...
28/02/2026

SANTAI MOREH KRT KERLING

Agenda:
Program Majlis Berbuka Puasa Dan Program Memasak Bubur Lambuk

Tajuk: Semarak Ramadhan
Program Kacau Bubur Lambuk Dan Majlis Berbuka Puasa

Tarikh: 07/03/2026
Masa: 2.30 pm
Tempat: Bangsawan
Agihan Bubur Lambuk: 5.30pm sekitar kawasan Kerling

Salam Ramadan Al-Mubarak 🌙Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam.Semoga Ramadan ini menjadi medan unt...
18/02/2026

Salam Ramadan Al-Mubarak 🌙

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam.

Semoga Ramadan ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri, memperbanyakkan amal dan meraih keampunan daripada Allah SWT.

Semoga kita semua diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menyempurnakan ibadah hingga ke penghujungnya. Aamiin.

Ikhlas Daripada seluruh warga kerja KRT Kerling

🎊  Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh penduduk yang meraikannya.🧧Tahun baharu ini diraikan dengan penuh tradisi, keg...
16/02/2026

🎊 Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh penduduk yang meraikannya.🧧

Tahun baharu ini diraikan dengan penuh tradisi, kegembiraan dan kebersamaan bersama keluarga serta sahabat handai.

Semoga ia menjadi ruang untuk memupuk dan mengeratkan hubungan kejiranan, menghargai kebersamaan serta memperkukuh semangat perpaduan dalam komuniti kita yang harmoni ini.

PROGRAM RIDE & SANTAI KE PANTAI REMIS 🌊🏍️Sabtu - 14 Februari 2026Alhamdulillah, seramai 45 orang anak-anak muda Kerling ...
15/02/2026

PROGRAM RIDE & SANTAI KE PANTAI REMIS 🌊🏍️

Sabtu - 14 Februari 2026

Alhamdulillah, seramai 45 orang anak-anak muda Kerling dari KERLING MOTORCLUB (KMC) bersama KRT Kerling telah menyertai program ride santai ke Pantai Remis.

Program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah memberi ruang kepada anak muda untuk beriadah dan meluangkan masa bersama komuniti dalam suasana yang harmoni dan positif.

Address

Jeram Selangor
Kuala Selangor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Kerling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share