26/10/2026
DAULAT TUANKU
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah
Kepada
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.
🌟 Sempena Sambutan Jubli Perak
25 Tahun Pemerintahan 🌟
Seluruh warga Persatuan Penduduk Meranti Hillpark (MHRA) dengan penuh takzim dan rasa syukur merafak sembah serta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan Tuanku kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan, kekuatan dan kesejahteraan dalam meneruskan pemerintahan serta memayungi rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan dengan penuh keadilan dan kasih sayang.
Semoga negeri Selangor terus aman, makmur dan sejahtera di bawah naungan Tuanku.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! 👑
Sembah takzim daripada:
Persatuan Penduduk Meranti Hillpark (MHRA)