KRT LAMAN HARIS 13

KRT LAMAN HARIS 13 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT LAMAN HARIS 13, Community Center, Kuala Selangor.

PENYERAHAN SUMBANGAN KILAT KRT LAMAN HARIS 13Alhamdulillah,Pasukan Task Force KRT Laman Haris 13 telah menziarahi dan me...
28/06/2026

PENYERAHAN SUMBANGAN KILAT KRT LAMAN HARIS 13

Alhamdulillah,Pasukan Task Force KRT Laman Haris 13 telah menziarahi dan menyampaikan kutipan Sumbangan Kilat kepada waris Allahyarham Muhaimin sebagai tanda keprihatinan, sokongan dan solidariti komuniti terhadap keluarga yang sedang berdepan dengan ujian kehilangan insan tersayang.

Pihak KRT Laman Haris 13 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk, jiran tetangga serta para penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan dengan penuh keikhlasan. Keprihatinan dan kemurahan hati anda semua membuktikan bahawa semangat kejiranan serta ukhuwah dalam komuniti kita masih utuh dan sentiasa subur.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang diterima Allah SWT, dipermudahkan segala urusan para penyumbang serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allahyarham Muhaimin ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Komuniti Prihatin, Masyarakat Harmoni.”

KRT Laman Haris 13
Bersama Membina Komuniti Sejahtera 🤝🏻🕌❤️

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama menjayakan Majlis Kor...
29/05/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama menjayakan Majlis Korban Hari Raya Aidiladha hasil kerjasama antara SEG KRT dan
PPLH.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa serta komitmen dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Semangat gotong-royong, kerjasama dan ukhuwah yang ditunjukkan oleh para peserta, sukarelawan serta penduduk setempat amatlah
dihargai.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan
diterima oleh Allah SWT dan segala pengorbanan yang dilakukan menjadi amal soleh yang diberkati.
Diharapkan program seperti ini dapat terus
mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kejiranan dan memperkukuhkan perpaduan dalam komuniti kita.
Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat, keberkatan dan perlindungan Allah SWT.

“Ibadah Diperkasa, Ukhuwah Diperkukuh,
Komuniti Sejahtera."

Alhamdulillah, Sambutan Hari Raya Laman Haris 2026 kerjasama KRT PPLH & SEG telah berlangsung dengan jayanya dalam suasa...
04/05/2026

Alhamdulillah, Sambutan Hari Raya Laman Haris 2026 kerjasama KRT PPLH & SEG telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang meriah dan harmoni. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk Laman Haris atas kehadiran dan sokongan yang diberikan. Penghargaan turut ditujukan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha gigih dalam memastikan kelancaran majlis ini. Semoga jalinan ukhuwah ini terus berkekalan dan dapat diperkukuhkan pada masa akan datang

24/04/2026
Hari ini bukan sekadar lawatan, tapi permulaan kepada masa depan yang lebih selamat! 🚔✨Dari perancangan ke realiti! 🔥Law...
23/04/2026

Hari ini bukan sekadar lawatan, tapi permulaan kepada masa depan yang lebih selamat! 🚔✨

Dari perancangan ke realiti! 🔥

Lawatan tapak cadangan pembinaan Balai Polis bersama PDRM di Eco Grandeur, Laman Haris

bukti usaha bersama demi keselamatan & kesejahteraan komuniti.

Demi komuniti lebih selamat 💪

Kita jaga kita. Kita bina masa depan bersama. 💙

Terima kasih PDRM🫡🤝




📢📢 HEBAHAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA LAMAN HARIS 2026 Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,Dimaklumkan bahawa satu majl...
23/04/2026

📢📢 HEBAHAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA LAMAN HARIS 2026

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa satu majlis sambutan Hari Raya peringkat Laman Haris akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
🕘 Masa: 9.00 malam - 11.30 malam
📍 Tempat: Perkarangan Surau Eco Grandeur
👕 Tema: Pakaian Raya/Pakaian Tradisional

🍛potluck semasa majlis ini amat dialu-alukan.

✨ Semua penduduk dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri serta mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Kerjasama Bersama:

Persatuan Penduduk Laman Haris (PPLH)
Surau Eco Grandeur (SEG)
Kawasan Rukun Tetangga LH13 (KRT13)

Sekian, terima kasih.

Sesi Mesyuarat bertarikh 16/4/2026  untuk Program Sambutan Hari Raya 2026 kerjasama KRT, Surau SEG dan Persatuan Pendudu...
18/04/2026

Sesi Mesyuarat bertarikh 16/4/2026 untuk Program Sambutan Hari Raya 2026 kerjasama KRT, Surau SEG dan Persatuan Penduduk Laman Haris

Dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga komuniti da...
20/03/2026

Dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga komuniti dan sahabat handai.

Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, mempereratkan silaturahim, serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan kita semua.
Raikan hari kemenangan ini dengan penuh kesederhanaan dan keinsafan.

Maaf Zahir & Batin 🤝

Ikhlas daripada,
KRT Laman Haris 13
“Memperkasa Komuniti, Mengukuh Perpaduan”

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENDUDUK LAMAN HARIS 13 YANG HADIR MEMERIAHKAN PROGRAM INIPROGRAM BERSAMA KOMUNITI – BAKAR LEM...
20/03/2026

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENDUDUK LAMAN HARIS 13 YANG HADIR MEMERIAHKAN PROGRAM INI

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI – BAKAR LEMANG
Anjuran: KRT Laman Haris 13

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penduduk.

Dimaklumkan bahawa pihak KRT Laman Haris 13 telah mengadakan Program Bersama Komuniti – Bakar Lemang seperti ketetapan berikut:

📅Tarikh:18 Mac 2026(Rabu)
🕒Masa: 3.00 petang hingga selesai
📍Tempat: Kawasan komuniti Laman Haris 13
(Lorong K)

Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk serta memeriahkan suasana menjelang sambutan Hari Raya.

Sehubungan itu, semua penduduk Tak kira Bangsa dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan program ini. Kehadiran dan kerjasama semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“Muafakat Membawa Berkat”

—Kawasan Rukun Tetangga (KRT)Laman Haris 13

09/02/2026

Terima kasih kepada semua yang hadir. Anda memang terbaik 👍🏽👍🏽👍🏽

Address

Kuala Selangor
42300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT LAMAN HARIS 13 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT LAMAN HARIS 13:

Shortcuts

Share