Pertubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Dan Bayi Pramatang Malaysia - BPM

Pertubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Dan Bayi Pramatang Malaysia - BPM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Dan Bayi Pramatang Malaysia - BPM, Non-Governmental Organization (NGO), Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Kami adalah satu kumpulan sokongan dan badan NGO berdaftar yang terdiri daripada komuniti ibu bapa bayi pramatang yang memahami dengan tepat apa yang sedang atau telah anda lalui - semasa dan selepas pengalaman di NICU.

Mmandangkan nak raya hakak nak pesan ek   ..Hakak nak share beberapa perkara dan persediaan yang perlu diambil perhatian...
20/03/2026

Mmandangkan nak raya hakak nak pesan ek ..

Hakak nak share beberapa perkara dan persediaan yang perlu diambil perhatian ya untuk mak ayah preemie:

1) Baby baru je discaj.

- disarankan untuk kuarantin je kat rumah. Atleast 6m. Tuk tahum 1st .. No raya pliss... no Visitor kat baby kita

Kalo boleh yang kampung jauh2 tu bekorban lah tahun ni x balik kg. Baby masih lagi menyesuaikan diri dengan dunia luar. Kita takut jika terjadi apa2 yg emergency kita jauh dari hospital. Infection merata2 bila ramai2 orang ni.

Yang balik beraya baby yang da tough nak gi jln2 raya tu jgn lah beraya dari pagi sampai mlm... kesian kat baby penat. Pegi ziarah 2 ke 3 rumah or limit la sikit. Nak kutip duit raya le tu kann 😂😂

2) Hospital note/ summary/ history note/ buku vaccination.

- benda2 ni penting ya jgn di abaikan. Kena bawak walaupon kemana kita pegi. Sediakan satu file. Bukan pe.. jika baby demam atau sesuatu berlaku (mohon dijauhkan) dan perlu dibawa ke hospital berdekatan. Kita hanya bagi je hospital note/ summary ni kat doc incharge so doc tu xdelah tanya ibu mcm2 segala A to Z dah ditulis kat situ.

3) Ubat ubatan

- yang mana masih lagi kena mkn ubat. So jgn lupa bawa ya. Terutama baby yang bergantung pada ubat seperti levothyroidxine.

Selain daripada tu kena ada termometer/ cool fever/ minyak telon/ PCM/ baby wipes/ hand sanitizer / hand wash / calamine lotion/ dettol disinfectant spray dan lain.

Kira mcm farmasi bergerak lah

4) Baju Raya.

- Baju baru sila basuh sebelum guna ya.. Jangan lah nak mengekalkan bau kedai tu. Bukan pe ada baby sensitive pada bau kedai tu. X pon yang berkulit sensitive kang gatal2.

Dok kampung yang bercuaca sejuk mlm2 .. Jgn lupa pakaikan stokin bila tdo.

5) Makanan.

- Hari raya mmg ada mcm2 makanan jangan plak suap sebarangan dlm mulut anak. Lebih2 lagi sedara mara yang prihatin suapkan. Ni perlu diberi perhatian.

Orang luar pun jangan memandai2 nak suap sbarangan makanan pada anak anak orang len. Kita tak tau anak tu ada g6pd ke.. Anak tu ada allergik pd apa2 makanan ke kan. Biarla mak ayab anak tu suapkan sndiri.

6) BF mommy.

- jaga pemakanan jgn nak main bedal je semua. Takut nanti baby kembung / angin plak.

7) untuk parent yang baby masih di Nicu

- uolls boleh je kalau nak beraya .. Macam i dulu pagi2 raya bbaju raya da ke nicu ..selfie wefie ngan baby dalam incubator..wish raya. Ehh kenapa tak bole? Mereka pun nak raya. Jangan lupa duit raya kakak misi yang jaga anak kita masa tu ..hihihi

- andai baby mikro.. Tak perlula bcuti pulang ke kampung jjauh.. Sebab apa..if anything appen hospital akan kol..minta mak datang nk transfius darah anak ke ..nak ambil darah mak kan jenuh nak balik. Bole beraya tp biarlah di kawasan litar berdekatan je.

Hakak da stat nampak ada parents yang baby masih kt nicu dah tak sabar2 nak minta doktor discas baby sebab nak raya! Lepuk kang! Peliss ek.. tau kan cabaran sebenar mak ayah preemie ni bermula sebaik saja kaki melangkah kuar dari nicu. Kalau boleh elak dulu 1st raya nak bkumpul2 jumpa orang ramai.. sangat tak cool okek tuk anak preemie kita. Tu belum yang mai datamg nak cium anak kita, yang mai nak cuit2 nak hug, nak itu nak ini kt baby.. kuman mat kuman!! Virus macam2 kt luar sana .. ingat eh macam mana uollss masuk nicu nak jumpa anak uolls so sila praktik n ajar orang luar sana buat pkara yang sama!

Sila kentalkan diri.. please firm! Jangan jadi lalang.. kita x nak anak preemie kita discas n patah balik ke nicu sebab kebodohan n kelalaian kita sendiri.

Dapat sesuatu?

Pertubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Dan Bayi Pramatang Malaysia - BPM

Bayi Pramatang Msia

BAYI PRAMATANG MALAYSIA - NICU

🌸 Jadual Me Time Harian Ibu  preemie yang baby masih di NICU(Fleksibel — boleh ubah mengikut masa mengepam, lawatan NICU...
27/11/2025

🌸 Jadual Me Time Harian Ibu preemie yang baby masih di NICU

(Fleksibel — boleh ubah mengikut masa mengepam, lawatan NICU & rehat ibu)

🕖 1. Selepas Bangun Tidur (3–5 minit)

✔ Pernafasan & Tenangkan Diri
• Duduk di tepi katil
• Tarik nafas dalam 4 saat → tahan 1–2 saat → lepas perlahan
Ulang 5 kali
Kesan: kurangkan “morning anxiety” sebelum bersiap ke NICU.

✔ Afirmasi Pagi

Ucap perlahan:

“Saya kuat. Anak saya dalam jagaan terbaik. Saya buat yang termampu hari ini.”

🍼 2. Selepas Mengepam Susu (5–10 minit)

(Ini masa ibu biasanya duduk — mudah selit me time)

✔ Regangan Ringan

Putar bahu, lentur leher kanan–kiri, regang tangan.
Kurangkan lenguh badan.

✔ Muzik/Alunan Quran Tenang

Pasang 1–2 lagu pendek saja.

✔ Minum Air Suam Perlahan

Jadikan “ritual kecil” untuk diri sendiri.

🚗 3. Sebelum Bertolak ke NICU (2 minit)

✔ Check-in Emosi

Tanya diri:
• “Apa perasaan aku sekarang?”
• “Apa satu perkara baik yang aku mau atau nak capai hari ini?”

Tidak perlu panjang. Yang penting kita sebagai ibu sedar emosi sendiri.

🏥 4. Selepas Balik Dari NICU (10–15 minit)

Ini masa paling berat secara emosi. Ambil momen kecil untuk “reset”.

✔ Mandi Air Suam

Biarkan air jatuh di belakang tengkuk.
Kesan: turunkan tekanan dan keletihan mental.

✔ Jurnal Emosi 5 Minit

Tulis 1–2 ayat sahaja:
• “Apa yang buat aku ni rasa risau tadi?”
• “Apa satu perkara kecil yang berjaya hari ini?”

🍽️ 5. Selepas Makan Malam (10 minit)

✔ Sudut spot mini untuk rest

Duduk di tempat khas seperti kerusi lembut atau tepi katil.
Buat:
• Baca 2–3 muka surat buku or scroll media sosial
• Minum teh herba
• Tengok video pendek yang menggembirakan

🌙 6. Sebelum Tidur (5–8 minit)

✔ Doa & masa untuk appriciate Diri kita sendiri

Bernafas dalam → ucap pada diri:

“ aku dah pun buat yang terbaik hari ini.”
“Terima kasih ya Allah, thank you body. Terima kasih, hati.”

✔ Regangan Tidur

Regangkan kaki & tangan, putar pinggang perlahan.
Bantu tidur lebih lena walaupun minda penat.

💜 7. Tambahan (Bila Emosi Tiba-tiba Berat)

✔ Teknik Grounding 5-4-3-2-1

Sebut:
• 5 benda nampak
• 4 benda boleh sentuh
• 3 benda boleh dengar
• 2 benda boleh bau
• 1 benda boleh rasa
Sangat berkesan untuk tangani rasa cemas.

Ni pengalaman i okek! Selalu me time i cari sendiri even kita kat rumah sekalipun.. ia soal macam mana kita nak dapatkan yang kualiti..

Ni Contoh i ek.. uolls p beli choclate kan.. choc cadbury tu satu.. u buka .. janganmakan lagi tau.. u cium dulu bau choc tu.. nikmati dulu ..hidu.. bau choc tu.. then masa tu u akan rasa cam lapar .. sedapnya kalau dapat makan choc ni.. tahan diri 5minit bau.. hidu .. tengok je choc tu.. percayalah u akan dapt rasa lain tu.. then only u masuk mulut.. jangan kunyah terus rasa dulu.. n trust me again.. uollss akan rasa beza uolls dari terus makan .. itu lah contoh me time kita yang uolls boleh praktikan.. kita jadi ibu preemie bukan ada masa nak holiday2.. nak healing2. So guna sbaik2nya. Nikmati setiap proses tu.. insyallah suma akan baik2..

Sekian..saya buka medik team okek, sata bkokgsi based on my experience..

Sharing is caring

One pride, one team, one family



Pertubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Dan Bayi Pramatang Malaysia - BPM

BAYI PRAMATANG MALAYSIA - NICU

Bayi Pramatang Msia

Percayalah .. Berada dalam situasi anak pramatang di NICU adalh sesuatu kadaan yang sangat2  mencabar, bukan hanya untuk...
25/11/2025

Percayalah .. Berada dalam situasi anak pramatang di NICU adalh sesuatu kadaan yang sangat2 mencabar, bukan hanya untuk ibu tetapi juga untuk ayah.

Bila kita lihat isteri atau ibu preemie kelihatan “down”, murung atau sangat tertekan,

peranan suami atau seorang ayah preemie tu amat penting sebagai penyokong emosi, mental dan praktikal.

Meh i nak share sikit ;

Berikut ialah panduan khusus untuk ayah preemie:

🌿 Apa yang perlu ayah lakukan bila ibu preemie/isteri down semasa anak di NICU

🟣 1. Tolonglah Dengar tanpa menghakimi

Kadang-kadang ibu hanya perlukan tempat meluahkan perasaan.
Ayah boleh:
• Duduk bersama dan dengar tanpa mencelah.
• Jangan cuba terus memberi solusi.
• Cukup dengan, “i dengar, sayang. Abang ada dengan sayang.”

Ni contohhhhhhhh!!!

Ini buat ibu preemie / isteri rasa tidak bersendirian.

🟣 2. Tenangkan emosi ibu preemie / isteri dengan validasi

Ibu pramatang selalu rasa bersalah, gagal atau takut kehilangan anak.
Ayah boleh cakap:
• “Ini bukan salah you.”
• “Sayang dah buat yang terbaik.”
• “Kita melalui semua ini bersama.”

Validasi emosi membantu ibu preemie akan makin stabil.

🟣 3. Ambil alih tugas harian di rumah

Ibu preemie mungkin penat fizikal & mental. Ayah boleh:
• Uruskan makan minum.
• Selesaikan kerja rumah.
• Mengurus anak2 yang lain jika ada.
• Sediakan keperluan untuk ke hospital.

Ini akan dapat mengurangkan beban minda ibu preemie /isteri

🟣 4. Libatkan diri aktif dalam NICU

Ayah yang terlibat memberi rasa yakin pada ibu preemie. Contoh:
• Tanya doktor soalan penting.
• Catat perkembangan anak.
• Bantu lakukan kangaroo care jika dibenarkan.
• Ambil gambar/video perkembangan bayi untuk beri semangat kepada ibu.

Ibu preemie akan rasa lebih kuat bila lihat ayah juga “berjuang”. Sama² bjuang lah!

🟣 5. Lindungi ibu preemie/isteri dari tekanan luar

Ayah boleh menjadi ‘buffer’ kepada:
• Tekanan keluarga besar.
• Pertanyaan yang menyakitkan.
• Komen tidak sensitif (“Awal sangat lahir… kecilnya…”).

Ayah boleh lembutkan keadaan supaya ibu tidak terbeban.

🟣 6. Galakkan ibu preemie / isteri berehat & self-care

Ibu preemie akan sering lupa jaga diri sendiri.
Ayah boleh:
• Ingatkan makan dan minum.
• Pastikan ibu tidur.
• Uruskan jadual ke NICU supaya ibu tidak burnout.
• Cadangkan berjalan sekejap di luar hospital atau ambil udara.

Ibu preemie yang sihat akan lebih kuat untuk anak.

🟣 7. Berkongsi ketenangan

Ayah boleh:
• Pegang tangan ibu preemie / isteri.
• Peluk ibu bila dia menangis.
• Baca doa bersama.
• Cuba rancang perkara kecil seperti “Esok kita datang waktu ronde pagi ya.”

Interaksi nampak je kecil, tapi kesannya besar.

🟣 8. Awasi tanda kemurungan selepas bersalin

Jika ibu preemie ;
• Menangis berlebihan,
• Tidak mahu makan,
• Tiada tenaga,
• Hilang minat terhadap apa-apa,
• Terlalu takut sehingga tidak mampu tidur,
• Atau menyebut perkara bahaya…

Ayah perlu segera minta bantuan doktor / jururawat.
Ini bukan salah sesiapa, dan bantuan awal sangat penting.

🟣 9. Ajak ibu sertai komuniti sokongan Bayi Pramatang Malaysia

Contohnya Kumpulan Sokongan Ibu Bapa & Bayi Pramatang Malaysia (BPM).
Ibu boleh:
• Whatsapp +60182911244 communicate dengan President BPM ( Puan Leena)
• Join Whatsapp Group Ibu Preemie BPM
• Berkongsi pengalaman,
• Mendengar kisah survivor,
• Dapat sokongan emosi daripada ibu-ibu NICU lain.

Ini sangat membantu mengurangkan rasa bersendirian.

💜 Ringkasnya:

👉 Ayah preemie perlu jadi ‘anchor’ — yang tenang, stabil, dan menyokong.
👉 Walaupun ayah preemie pun takut dan tertekan, kehadiran ayah adalah terapi paling besar untuk ibu.
👉 Bila ayah dan ibu kuat bersama, anak preemie akan rasa kekuatan itu.

Dari saya .. bukan siapa siapa . Cuma berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri. Dan juga semua ahli BPM.

One Pride, One Team , One Family



Pertubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Dan Bayi Pramatang Malaysia - BPM

BAYI PRAMATANG MALAYSIA - NICU

Bayi Pramatang Msia

Trust me okek!“NICU bukan pengakhiran, tetapi permulaan sebuah kisah hebat. Setiap bunyi mesin, setiap sentuhan, setiap ...
25/11/2025

Trust me okek!

“NICU bukan pengakhiran, tetapi permulaan sebuah kisah hebat. Setiap bunyi mesin, setiap sentuhan, setiap air mata — semuanya membawa kepada penyembuhan.”



Pertubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Dan Bayi Pramatang Malaysia - BPM

BAYI PRAMATANG MALAYSIA - NICU

Bayi Pramatang Msia

Berikut adalah kepentingan kumpulan sokongan ibu bapa bayi pramatang Malaysia: ⭐ Kepentingan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa ...
21/11/2025

Berikut adalah kepentingan kumpulan sokongan ibu bapa bayi pramatang Malaysia:

⭐ Kepentingan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Bayi Pramatang Malaysia

1. Sokongan Emosi & Psikologi

• Ibu bapa yang melalui pengalaman NICU sering berdepan trauma, tekanan dan rasa serba kekurangan.
• Kumpulan sokongan menyediakan ruang selamat untuk berkongsi perasaan tanpa dihakimi.
• Mendengar kisah ibu bapa lain memberi semangat bahawa “anda tidak berseorangan”.

2. Perkongsian Pengetahuan & Pengalaman

• Ibu bapa baharu boleh belajar daripada pengalaman mereka yang melalui perjalanan pramatang sebelum ini.
• Topik seperti:
✔️ penyusuan untuk bayi kecil
✔️ cara menjaga di rumah
✔️ perkembangan bayi pramatang
✔️ persediaan selepas keluar NICU
• Maklumat lebih mudah difahami berbanding membaca artikel perubatan sahaja.

3. Akses kepada Sumber & Rujukan

• Kumpulan sokongan sering berkongsi:
✔️ pakar pediatrik pramatang yang disyorkan
✔️ bantuan kebajikan atau NGO
✔️ tip menangani appointment hospital yang kerap
• Memudahkan ibu bapa membuat keputusan tepat.

4. Jaringan Komuniti yang Kuat

• Membina hubungan jangka panjang antara keluarga-keluarga pramatang.
• Anak-anak boleh membesar dengan sokongan komuniti yang memahami keperluan khas mereka.

5. Kesedaran & Advokasi di Malaysia

• Banyak kumpulan bekerjasama dengan hospital dan NGO untuk meningkatkan kesedaran tentang kelahiran pramatang.
• Menyuarakan keperluan seperti:
✔️ lebih banyak kemudahan NICU
✔️ sokongan cuti bersalin/paternity bagi bayi pramatang
✔️ penyediaan pendidikan perkembangan untuk ibu bapa

6. Mengurangkan Stigma & Salah Faham

• Masyarakat masih kurang faham tentang bayi pramatang.
• Kumpulan sokongan membantu mendidik keluarga dan komuniti tentang cabaran sebenar.

7. Menguatkan Keyakinan Ibu Bapa

• Mendengar pengalaman lain yang berjaya membantu ibu bapa merasa lebih yakin untuk menjaga anak pramatang yang memerlukan perhatian khusus.
• Memberi harapan bahawa perkembangan anak boleh maju dengan baik.



Whatsapp : ⁨018-291 1244⁩
Pertubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Dan Bayi Pramatang Malaysia - BPM

Bayi Pramatang Msia

BAYI PRAMATANG MALAYSIA - NICU

19/11/2025

🤍🕊️

19/11/2025

💜💜💜

19/11/2025
Berikut  adalah kesan² bagi kelahiran anak pramatang terhadap ibu dan ayah preemie, Ia merangkumi aspek emosi, fizikal, ...
19/11/2025

Berikut adalah kesan² bagi kelahiran anak pramatang terhadap ibu dan ayah preemie,

Ia merangkumi aspek emosi, fizikal, sosial dan hubungan keluarga:

🧕 KESAN TERHADAP IBU

1. Emosi
• Kebimbangan dan ketakutan tentang peluang hidup dan perkembangan anak.
• Rasa bersalah kerana merasakan diri punca kelahiran pramatang (walaupun biasanya bukan).
• Tekanan melampau (stress) akibat proses rawatan di NICU, mesin, dan ketidakpastian.
• Risiko lebih tinggi untuk postpartum depression (PPD) dan postpartum anxiety.
• Trauma kelahiran jika proses kelahiran berlaku secara tiba-tiba atau cemas.

2. Fizikal
• Tubuh mungkin belum pulih sepenuhnya daripada komplikasi kehamilan (contoh: preeclampsia).
• Kepayahan menghasilkan susu pada awalnya kerana tekanan emosi.
• Keletihan fizikal kerana kerap ke hospital untuk NICU.

3. Sosial
• Kurang sokongan sosial kerana ibu lebih tertumpu kepada bayi di hospital.
• Terpaksa menjauhkan diri daripada kerja atau aktiviti sosial untuk memberi fokus kepada anak.

4. Hubungan dengan bayi
• Sukar melakukan bonding awal, terutama jika bayi berada lama di NICU.
• Namun, selepas stabil, ramai ibu membina ikatan yang sangat kuat kerana melalui perjuangan bersama anak.

👨‍🦰 KESAN TERHADAP AYAH

1. Emosi
• Bersempadan antara kuat dan tertekan — ramai ayah rasa perlu “menjadi yang paling kuat”.
• Takut kehilangan anak atau bimbang tentang masalah kesihatan jangka panjang.
• Rasa terpinggir jika ibu lebih terlibat dengan proses pemulihan bayi.
• Risiko mengalami anxiety dan depression juga meningkat, walaupun kurang dibincangkan.

2. Kewangan dan kerja
• Ayah sering memikul tekanan kewangan tambahan (kos hospital, perjalanan, kerja terganggu).
• Terpaksa ambil cuti atau kurangkan jam bekerja.

3. Hubungan keluarga
• Boleh timbul ketegangan suami isteri akibat tekanan emosi dan keletihan.
• Ada ayah yang berasa kurang dihargai kerana fokus tertumpu lebih kepada ibu dan bayi.

4. Peranan sebagai penyokong
• Ayah biasanya perlu menjadi penyokong utama:
• Menenangkan ibu
• Menyusun logistik
• Berhubung dengan doktor
• Ini kadang-kadang mencetuskan burnout.

💞 KESAN POSITIF (Untuk Ibu & Ayah)

Walaupun mencabar, ramai ibu bapa melaporkan:
• Keakraban dan ikatan yang lebih kuat dengan bayi
• Hubungan suami isteri menjadi lebih kukuh selepas melalui ujian bersama. But both side perlu sama² dalam satu team.
• Merasa lebih tabah, menghargai masa, dan lebih peka terhadap perkembangan anak.

🧠 Bagaimana Mengurangkan Tekanan Ibu & Ayah
• Mendapat sokongan sosial daripada kumpulan sokongan NGO Bayi Pramatang Malaysia, keluarga, rakan, komuniti NICU.
• Mengambil pendekatan shift parents untuk elak keletihan.
• Berbincang secara terbuka tentang apa yang dirasakan.
• Dapatkan bantuan profesional jika terdapat tanda depresi atau anxiety.
• Gunakan teknik bonding seperti kangaroo care apabila dibenarkan.

One pride, One Team, One Family



Pertubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Dan Bayi Pramatang Malaysia - BPM

BAYI PRAMATANG MALAYSIA - NICU

Bayi Pramatang Msia

Hi uolls,Percayalah.. Melalui fasa NICU sebagai ibu atau ayah kepada anak pramatang memang satu pengalaman yang sangat b...
18/11/2025

Hi uolls,

Percayalah.. Melalui fasa NICU sebagai ibu atau ayah kepada anak pramatang memang satu pengalaman yang sangat berat dan penuh emosi.

Rasa sedih, takut, penat, dan risau — semuanya itu adalah normal. Ramai ibu bapa pramatang pernah melalui perasaan yang sama, dan itu tidak bermakna kita ni ibu atau ayah yang lemah okek. Ia bermakna kita ni manusia aka ibu ayah yang sedang berjuang untuk anak yang sangat kita sayangi.

Di NICU, setiap bunyi mesin, setiap hari menunggu perkembangan kecil, boleh membuatkan hati kita terasa sangat-2 rapuh.

Tetapi setiap gram berat badan yang naik, setiap nafas yang semakin stabil, setiap kali kita dapat menyentuh jari kecil kita — itu semua adalah kemenangan besar yang mungkin hanya ibu bapa NICU faham betapa berharganya.

Ingatlah:

✨ Anda bukan bersendirian. Ramai ibu bapa pramatang di Malaysia pernah melalui jalan yang sama dan mereka faham apa yang anda rasa.
✨ Anak anda kuat. Bayi pramatang adalah pejuang kecil yang luar biasa.
✨ Anda juga kuat. Walau terasa penat atau menangis dalam diam, anda tetap hadir untuk anak anda setiap hari.

Jom support parents preemie yang sekasut dengan kita!

Jika ada kelapangan, jomm boleh bantu tuliskan kata-kata semangat, doa, atau mesej untuk dikongsi dengan ibu bapa NICU newbie yang sedang melalui masa masa baby preemie di nicu ketika ini. Atau uollss boleh ceritakan sedikit lagi apa yang uollsss sedang rasa — saya selaku kaklong kawasan bpm ni sedia membaca & mendengar.

Ayuhh…

One pride, one team, One family

17/11/2025

Thank you Datuk Dr Iqbal.

💜💜💜💜

Address

Bandar Puncak Alam
Kuala Selangor
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Dan Bayi Pramatang Malaysia - BPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Dan Bayi Pramatang Malaysia - BPM:

Share