12/03/2026
📸 Throwback: Avadhani Citizen Science Activity (ANaCA) 2026
📢 BAHAGIAN II: Ceramah Ekosistem Paya Bakau, Ceramah Pemuliharaan Hidupan Liar bersama-sama PERHILITAN, Ceramah Program CEPA bersama komuniti dan Lawatan Berpandu Taman Alam Kuala Selangor
Pada 23 – 25 Januari 2026, seramai 44 orang guru Kelab Pencinta Alam dari Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyertai Avadhani Citizen Science Activity (ANaCA) – Bengkel Guru-guru Kelab Pencinta Alam yang berlangsung di Taman Alam Kuala Selangor.
Sepanjang tiga hari program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti interaktif dan berasaskan pengalaman seperti pemasangan dan pemerhatian kamera perangkap, bengkel serta pertandingan Ecobricks, bengkel pembuatan lilin daripada minyak masak terpakai, bengkel projek upcycling kotak, serta lawatan berpandu di Taman Alam Kuala Selangor.
Program ini turut diisi dengan sesi ceramah berkaitan Citizen Science Activity yang menyentuh topik ekosistem paya bakau, pemuliharaan hidupan liar bersama PERHILITAN, serta perkongsian mengenai program CEPA bersama komuniti.
Bengkel ini bertujuan memperkasakan guru dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam pendidikan alam sekitar, sekali gus menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti citizen science dan usaha pemuliharaan alam sekitar.