Cintai Tioman

Cintai Tioman This page is to share about things happening on Tioman and actions being taken to protect this Island

Cintai Tioman is a long term program to promote sustainable use of natural resources to increase social and ecological resilience. Cintai Tioman is managed by Reef Check Malaysia and is funded by Yayasan SIME Darby

08/05/2026

Just another day, another ghost net dump

PLEASE KEEP OUR OCEAN CLEAN!

‼️PROGRAM TVET@TIOMAN‼️Jom sertai PROGRAM TVET@TIOMAN anjuran Lembaga Pembangunan Tioman dengan kerjasama Kolej Komuniti...
05/05/2026

‼️PROGRAM TVET@TIOMAN‼️

Jom sertai PROGRAM TVET@TIOMAN anjuran Lembaga Pembangunan Tioman dengan kerjasama Kolej Komuniti Rompin🏝️🍔🏖️
💢 Klik link di bawah untuk daftar👇👇👇
https://wa.link/h9oq0r
📞 Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi:
Cik Shafira : 017-9756885
Cik Azleen : 016-2684028
Jangan lepaskan peluang keemasan ini !!!
🔥🔥DAFTAR SEGERA🔥🔥

Hari ini kami melakukan pemasangan boya penambat bot di :Soyak North - 3Batu Malang - 3Semoga kemudahan ini dimanfaatkan...
04/05/2026

Hari ini kami melakukan pemasangan boya penambat bot di :

Soyak North - 3
Batu Malang - 3

Semoga kemudahan ini dimanfaatkan oleh semua pengusaha bot demi melindungi terumbu karang kita!

04/05/2026

Pukat hantu lagi? sampai bila akan menghantui laut kita?

Sebanyak 200kg pukat ini berjaya dikeluarkan oleh ahli TMCG dan dive centre dari Kampung Juara. Usaha ini adalah usaha kita bersama dalam menjaga kelestarian laut kita!

Good job everyone!

Risalah Suku Pertama 2026January - Mac (2026 Edition-01)Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong dan terliba...
01/05/2026

Risalah Suku Pertama 2026

January - Mac (2026 Edition-01)

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong dan terlibat bersama untuk menjayakan usaha pemuliharaan ekosistem marin di Pulau Tioman bersama kami.

Jom baca lebih lanjut berkenaan program dan aktiviti yang telah kami jalankan bersama!

Hutan Paya Bakau: Benteng Semula Jadi Pesisir PantaiMelalui aktiviti demonstrasi interaktif bersama Sk Juara,  para pela...
29/04/2026

Hutan Paya Bakau: Benteng Semula Jadi Pesisir Pantai

Melalui aktiviti demonstrasi interaktif bersama Sk Juara, para pelajar didedahkan kepada perbezaan antara kawasan yang mempunyai hutan paya bakau dan kawasan yang tidak dilindungi bakau. Aktiviti ini membantu meningkatkan pemahaman mereka tentang peranan penting paya bakau sebagai benteng semula jadi dalam mengurangkan impak ombak dan hakisan pantai.

Diharapkan pendedahan awal seperti ini dapat memupuk kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda terhadap pemeliharaan ekosistem pesisir pantai.

22/04/2026

Selamat Hari Bumi!

Hari ini kami berpeluang berkongsi tentang paya bakau bersama adik-adik SK Mukut.

Walaupun nampak biasa, bakau sebenarnya sangat penting dalam melindungi pantai dari hakisan, menjadi habitat hidupan marin, dan menyokong kehidupan komuniti setempat.

Melalui perkongsian dan aktiviti interaktif, adik-adik didedahkan dengan peranan penting ekosistem ini dan kenapa kita semua perlu menjaganya.

Bila kita jaga bakau, kita jaga masa depan laut dan kehidupan kita juga.

Ferry schedule Mersing-Tioman May 2026
21/04/2026

Ferry schedule Mersing-Tioman May 2026

𝐀𝐩𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐮𝐫𝐢 (𝐂𝐎𝐓𝐬)Tapak Sulaiman Mahkota Berduri atau dikenali sebagai Crown Of Thorns (COTs)...
14/04/2026

𝐀𝐩𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐮𝐫𝐢 (𝐂𝐎𝐓𝐬)

Tapak Sulaiman Mahkota Berduri atau dikenali sebagai Crown Of Thorns (COTs) adalah sejenis haiwan yang hidup di kawasan Indo Pasifik. Mempunyai 7- 23 kaki tetapi kebiasaannya 15 kaki sahaja. Tapak Sulaiman Mahkota Berduri adalah bersaiz lebih besar berbanding tapak sulaiman yang biasa. Diamater saiz tapak sulaiman mahkota berduri ini adalah (30cm-40cm) untuk saiz dewasa. Tapak sulaiman mahkota berduri ini mempunyai duri yang panjang dan berbisa.

Jika di sesuatu kawasan terumbu karang mempunyai tapak sulaiman mahkota berduri terlalu banyak, ia amat membimbangkan kerana tapak sulaiman mahkota berduri akan memakan karang yang ada dikawasan itu. Haiwan ini akan memakan polips karang dan akan mengakibatkan karang mati dan algae akan membiak di kawasan karang yang mati.

Baru baru ini ahli Tioman Marine Conservation Group melakukan kawalan populasi tapak sulaiman mahkota berduri (COT) di 10 tapak selam skuba dan snorkeling. Sebanyak 481 ekor COT berjaya di suntik mati. Ini merupakan satu usaha berterusan untuk memastikan bilangan tapak sulaiman ini tidak menjadi lebih banyak. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

#

Address

Kuala Rompin
26800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cintai Tioman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Cintai Tioman:

Share