Kelab Keluarga DayaBudi Selendang 04

Kelab Keluarga DayaBudi Selendang 04 Kelab Keluarga DayaBudi(KKD) Selendang 04 sesi 2022/2023

Kelab Keluarga DayaBudi(KKD) Selendang 04 sesi 2022/2023 merupakan kelab dibawah FGVPM yang terletak di Kuala Rompin, Pahang.

MAJLIS BACAAN YAASINTARIKH : 30/12/2022Majlis pada hari jumaat terakhir tahun 2022 ini dibahagikan kepada dua sesi, sesi...
02/01/2023

MAJLIS BACAAN YAASIN

TARIKH : 30/12/2022

Majlis pada hari jumaat terakhir tahun 2022 ini dibahagikan kepada dua sesi, sesi pagi adalah program rewang memasak untuk majlis yaasin pada sebelah petang, sedikit aktiviti gotong-royong juga turut dilakukan sebagai persiapan terakhir untuk majlis yaasin.

Sesi petang yang bermula pada pukul 3.30 petang adalah majlis bacaan yaasin yang dihadiri oleh ahli kkd. Terima kasih diucapkan kepada ahli kkd yang berdedikasi yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis bacaan yaasin pada hari ini.

Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan FGVPM yang menyediakan peruntukan dana bagi meneruskan kelangsungan program kkd.

Semoga majlis bacaan yaasin ini mampu meningkatkan lagi ukhwah yang terbina sesama ahli kkd. Akhir sekali, moga ahli kkd akan terus komited dan bersemangat untuk segala program yang akan dilaksanakan pada masa hadapan.

Jumpa lagi pada tahun 2023 nanti!

GOTONG-ROYONG DI RUMAH KKDTARIKH : 29/12/2022Program gotong-royong telah diadakan di rumah kkd buat pertama kali bagi se...
01/01/2023

GOTONG-ROYONG DI RUMAH KKD

TARIKH : 29/12/2022

Program gotong-royong telah diadakan di rumah kkd buat pertama kali bagi sesi 2022/2023. Program ini dijalankan bagi membuat persiapan untuk majlis bacaan yaasin yang diadakan pada keesokan harinya.

Walaupun program dilaksanakan selepas waktu bekerja iaitu pada pukul 5 petang namun komitment dan kerjasama yang diberikan amat menggalakkan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang menyumbangkan masa dan tenaga kepada program ini.

TAKLIMAT KEBAJIKAN PETUGAS/PEKERJA DAN PROSES TUNTUTAN KWSP/PERKESO/INSURAN.TARIKH : 23/11/2022Sesi taklimat secara dala...
01/01/2023

TAKLIMAT KEBAJIKAN PETUGAS/PEKERJA DAN PROSES TUNTUTAN KWSP/PERKESO/INSURAN.

TARIKH : 23/11/2022

Sesi taklimat secara dalam talian telah disampaikan oleh pihak Eksekutif Sumber Manusia. Taklimat dimulakan dengan mengisi penilaian awal berkaitan KWSP/PERKESO/INSURAN.

Antara intipati sesi adalah penerangan mengenai tuntutan pampasan kematian, bencana dan bantuan pendidikan. Syarat kelayakan dan proses permohonan juga turut dijelaskan.

Semoga taklimat ini mampu memberikan pencerahan mengenai KWSP/PERKESO/INSURAN kepada peserta yang hadir dan ilmu yang diberikan dapat diaplikasikan pada masa hadapan.

LATIHAN/DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARANTARIKH : 11/11/2022Taklimat dan Demonstrasi Kebakaran oleh Pihak Bomba dan Penyelam...
01/01/2023

LATIHAN/DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN

TARIKH : 11/11/2022

Taklimat dan Demonstrasi Kebakaran oleh Pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Rompin telah diadakan bagi memenuhi keperluan RSPO.

Pegawai Bomba memberikan penerangan mengenai jenis-jenis alat pemadam api dan cara menggunakan alat pemadam api.

Seterusnya, demonstrasi juga diberikan sekiranya berlaku kebakaran melibatkan tong gas memasak yang sering digunakan didapur.

MESYUARAT JAWATANKUASA KKD LADANG SELENDANG 04TARIKH : 14.10.2022Mesyuarat dilaksanakan bagi melantik kepimpinan KKD yan...
01/01/2023

MESYUARAT JAWATANKUASA KKD LADANG SELENDANG 04

TARIKH : 14.10.2022

Mesyuarat dilaksanakan bagi melantik kepimpinan KKD yang baru bagi menerajui segala aktiviti yang akan dijalankan bagi sesi 2022/2023.

KKD merupakan platform yang membenarkan pekerja wanita dan isteri petugas melontarkan idea dan pendapat bagi meningkatkan prestasi hak kepentingan dan keselamatan mereka.

Address

Ladang FGVPM Selendang 4
Kuala Rompin
26800

Telephone

+6094141012

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Keluarga DayaBudi Selendang 04 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share