CIPT Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from CIPT, Community Service, no 18 kampung bemban senaling, Kuala Pilah.

21/02/2026

Cerita dayang puteri istana 15 sambung besok, ngantok😵

21/02/2026

Cerita dongeng puteri istana 14

Ehem!!!! Hulubalang ketiga memandang dayang2 puteri rembulan salju..
Dayang pertama yang paling cantik mendekati kekanda hulubalang ketiga..

Ada apa ye hajat kekanda hulubalang ketiga'..bertanya dayang pertama kepada hulubalang ketiga sambil tundukkan wajahnya selepas memandang sebentar..

21/02/2026

Cerita dongeng puteri istana 13

Hmmmm.. Bagaimana kekanda kedua, kenapa orang itu pergi tergesa-gesa??

Hulubalang ketiga bertanya kepada kekanda keduanya..

Kanda ada sesuatu yang ingin katakan kepada puteri rembulan salju..

Hulubalang kelima keenam memandang hulubalang kedua dengan pandangan yang tajam..

Hulubalang kedua menoleh kepada kekanda pertamanya yang gagah berani...

Lalu berkata kepada kekanda ketiganya..

'sekarang kanda ketiga harus berjumpa dengan dayang2 puteri untuk mengatakan sesuatu kepada puteri rembulan salju..'

Lalu kekanda hulubalang kedua berbisik sesuatu kepada hulubalang ketiga..

16/02/2026

Cerita dongeng puteri istana 13
Besok sambung lagi😵

16/02/2026

Cerita dongeng puteri istana 12

Apa khabar saudara.. Hulubalang kedua cuba menegur dengan baik kepada orang itu, orang itu melihat kekanda hulubalang kedua tapi tidak menjawap,

Lalu orang itu pergi dengan tergesa-gesa..
Kekanda kedua berfikir di dalam hati, ' mungkin perbezaan pakaian yang membuat orang tadi pergi..'

Hulubalang melangkah kembali kepada kekanda hulubalang yang lain.. Dan sedia memberitahu akal bijaknya untuk misi yang akan dijalankan..

16/02/2026

Cerita dongeng puteri istana 11

Hulubalang yang bijaksana melangkah maju di sebelah kiri hulubalang pertama...

Jangan kita bertindak terburu buru, lebih baik kita menyapa lagi untuk kepastian..
Barangkali orang dihadapan kite ni bisu atau pekak atau matanya buta..

Terdiam kekanda ketiga dengan perkataan hulubalang yang bijaksana..

Baiklah kekanda kedua, dikirakan lebih baik kanda sendiri yang berbicara dengan beliau.. Kalau harapkan kanda pertama, dengan tenaga sahaja sudah ada jawapan..

Tersenyum hulubalang kedua dengan pujian pujian kekanda pertama..

Hulubalang melangkah dengan perlahan menuju ke arah orang yang duduk di atas kayu..

16/02/2026

Cerita dongeng puteri istana 10

Assalammualaikum... Hulubalang pertama memberi salam kepada seseorang yang duduk di atas sebuah kayu besar

Orang itu tidak menjawap sedikit pon tanda hormat, tapi hanya melihat muka hulubalang yang gagah berani dan membuat seperti tidak ada apa2 di hadapannya.. Sungguh sombong orang ini, beritahu hulubalang ketiga kepada kanda hulubalang pertama..

Baik kita patah patahkan kaki dia kanda pertama.. Berkata lagi hulubalang ketiga kepada hulubalang yang gagah berani..

13/02/2026

Cerita dongeng puteri istana 9

Dalam keadaan yang tenang..
Tiba2 putri rembulan salju bersuara..

Bila agaknya putra yang dinantikan akan tiba.. Saya rasa sudah begitu lama kita bersemayam di sini,

Hulubalang ketiga tersentak!!

Ayuh hulubalang semua kita turuni bukit ini,
Misi mencari putera mesti kita laksanakan...
Hulubalang bersuara lantang pabila mendengarkan pemberitahuan putri rembulan

Didahulukan hulubalang yang gagah berani, hulubalang bijaksana, diikuti hulubalang setia dan hulubalang yang lain, kemudian dayang putri dibahagian belakang 'kendong istana'

Hulubalang keempat kelima dan dua lagi hulubalang mengangkat cermat menuruni ke bawah bukit sambil mata memerhatikan keadaan sekeliling agar selamat menuju ke bawah bukit...

12/02/2026

Cerita dongeng puteri istana 8

Besok sambung lagi..
Dah ngantok😵🥲

12/02/2026

Cerita dongeng puteri istana 8

Semua hulubalang dan dayangx2 puteri rembulan salju merenung keadaan yang tidak pernah mereka lihat..

Semua hulubalang dan dayang2 puteri seakan sebaya dengan umur puteri rembulan salju,

tetapi mereka lebih tua 6 bulan sebelum tibanya kelahiran puteri rembulan salju..

Atas perintah raja bersiong mereka diambil dari rumah rakyat jelata..

Raja bersiong memerintakan 7 laki2 dan 5 perempuan diberikan 20 kilo beras ke atas keluarga mereka untuk memberikan anak berusia 6 bulan..

Tapi tragedi ngeri tetap berlaku kerana rakyat jelata begitu miskin sehingga mengharapkan "periuk emas"

Periuk emas:- iaitu pemberian raja kepada rakyat jelata samada beras tepung gula dan sebagainya..

12/02/2026

Cerita dongeng puteri istana 7

Setelah lebih kurang beberapa detik pergerakan cahaya matahari ke arah barat, 1/4 waktu, mereka sampai ke atas puncak bukit...

Alangkah terkejut nya mereka dengan permandangan yang jauh berbeza dari tempat tinggal mereka..

Masingx2 bertanya sesama sendiri..

Kanda hulubalang pertama.. Apakah itu, ada tali yang panjang, ada rupa seperti kendong istana tetapi bergerak mengikut arah tali..

Apakah itu kekanda pertama?...

Hamba tidak tau.. Jawap hulubalang pertama..

Mungkin kekanda kedua tau,

Diantara kekanda hulubalang semua.. Kekanda kedua adalah yang paling bijak berfikir..

Hulubalang kedua berdiam diri..

"sambil hulubalang kedua berbicara di dalam hati"

Dulu ada penjajah inggeris memberi buku untuk raja bersiong.. Tapi telah dibakar semua buku oleh panglima panglima diraja,..

12/02/2026

Cerita dongeng puteri istana 6

Semua hulubalangx2 puteri rembulan salju bersedia untuk mendaki bukit diikuti oleh dayang2 puteri..

Sambil berjalan hulubalang ketiga dan hulubalang keempat menetas dahan2 halus bagi memudahkan perjalanan mereka mendaki bukit..

Hulubalang pertama adalah tonggak utama perjalanan semuanya dengan dibantu tunjuk arah hulubalang kedua..

Tiada rasa penat lelah malah letih bagi diri mereka kerana kesetiaan mereka kepada Raja bersiong iaitu ayahanda kepada puteri rembulan salju..

Address

No 18 Kampung Bemban Senaling
Kuala Pilah
72000

Telephone

+60197607638

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CIPT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to CIPT:

Share