28/03/2026
Salam Ukhwah & Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Menyantuni Tempahan pada 8 Syauwal 1447H, (28/03/2026 - Sabtu) Bertempat di Kediaman Puan Kalshom A. Hamid (Kg. Sawah Lebar) diberi kepercayaan kumpulan kami mengendalikan majlis Berzanji, Marhaban/ Cukur Jambul Aqiqah cucunya iaitu baby Muhammad Nadhif bin Muhammad Thaqif.
Majlis diakhiri Dengan Bacaan Tahlil khusus kepada Keluarga Tuan rumah yang telah Kembali kerahmatullah. Doa Selamat juga khusus kepada Kaum Keluarga agar sentiasa mendapat Keselamatan, Perlindungan Dan Dimurahkan rezeki.
Semoga anak yang diraikan dalam Majlis ini beroleh kesejahteraan Dan dirahmati Allah SWT Selalu. Terima kasih buat En. Redha Dan Keluarga atas Undangan Dan layanan yang istimewa Dengan Juadah yang lazat...🤲👍🎉
Terima Kasih Ahli yg hadir:-
1) Azrol
2) Asri Lani
3) Hj Abu Sarim
4) Hj Sayuti
5) Imam Hamzah