JPKK KG. SERI PILAH

JPKK KG. SERI PILAH Page ini diwujudkan sebagai platform hebahan aktiviti-aktiviti di Kampung Seri Pilah.

01/04/2026

1743 likes, 72 comments. “ ”

I found this amazing template in CapCut. Tap the link to try it out!
08/11/2025

I found this amazing template in CapCut. Tap the link to try it out!

25617 penggunaan | 1483 s**a | Lihat template Bayu Pratama Pintaku Ya Allah di CapCut. Anda mungkin juga menyukai KATANYA YG DI SANA dari Dinz [GM] dan tidak akan tertukar dari vanilla...

30/10/2025

I got over 10 reactions on one of my posts last week! Thanks everyone for your support! 🎉

Pengerusi JPKK Seri Pilah bersama AJK Keselamatan ,En Roslan telah mengikuti Seminar Kepimpinan my Desa 2025 di PJ Hilto...
15/10/2025

Pengerusi JPKK Seri Pilah bersama AJK Keselamatan ,En Roslan telah mengikuti Seminar Kepimpinan my Desa 2025 di PJ Hilton selama 3 hari bermula 12 hingga 14 Oktober 2025.Peserta Seminar telah dipilih daripada Pengerusi dan AJK JPKK seluruh Malaysia. Antara intipati seminar ialah cara-cara mentadbir kampung iaitu "Pemimpin Berwibawa,Desa Mendunia",BarIsan Ahli Panel terdiri daripada Dato' Dr.Haji Mohd Fadzilah Bin Kamsah,Prof.Madya Dr Mohd Roslan Bin Rosnan, Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia daripada UPM dan Dr.Azizah Bt Johar iaitu aktivitis Pembangunan Komuniti Luar Bandar dan Moderator ialah Cik Hawa Rizwana Bt Ahmad Redzuan, Personaliti TV 3. Selain itu peserta juga mendengar ceramah daripada SPRM.

Pada 6 hingga 8 Oktober lalu,2 orang AJK JPKK Seri Pilah telah mengikuti Kursus asas pertanian di Hotel Sri Malaysia ,Me...
15/10/2025

Pada 6 hingga 8 Oktober lalu,2 orang AJK JPKK Seri Pilah telah mengikuti Kursus asas pertanian di Hotel Sri Malaysia ,Melaka,anjuran Jabatan Pertanian N.Sembilan. Pada hari pertama semua peserta yang telah dibawa melawat Pusat Koreksional di Jasin,dimana tempat ini banduan-banduan telah menjalankan projek menanam nenas dan pelbagai pokok seperti bawang,pokok bunga dan lain-lain sayuran. Peserta boleh membeli produk mereka dengan harga yang sangat murah. Pada hari kedua pembelajaran dalam kelas , disampaikan oleh 3 orang pegawai Pertanian daripada Putra Jaya. Pada hari ketiga iaitu dalam perjalan balik peserta di bawa ke Projek Fertigasi JPKK Kg Pulau,Masjid Tanah dan projek Penanaman Rock melon,peserta diberi seorang sebiji rock melon Dan akhir sekali ke Projek RTE Cikgu Ana ,selain di jamu dengan daging masak asam pedas,peserta juga berpeluang mendengar ceramah ringkas daripada Cikgu Ana cara-cara me retort makanan. Terima kasih Jabatan Pertanian Kuala Pilah kerana memilih AJK kami menimba ilmu.

JPKK Seri Pilah mengucapkan terima kasih kepada  YB Dato Noor Zunita  dan Pengerusi JPKK Pinggiran Bandar bersama AJK at...
12/10/2025

JPKK Seri Pilah mengucapkan terima kasih kepada YB Dato Noor Zunita dan Pengerusi JPKK Pinggiran Bandar bersama AJK atas lawatan ke Kebun Maman Sejati Madani pada hari ini.Memandangkan Pengerusi JPKK Seri Pilah sedang mengikuti Kursus Infra Desa di Kuala Lumpur, AJK - AJK telah berganding bahu bekerjasama menyambut kehadiran YB Dato dan rombongan dari JPKK Pinggiran Bandar , juga turut disertai oleh AJK Kg Tanah Melintang Dan Kg Gachong. Para tetamu juga dihidangkan dengan rendang maman dan pegaga,jus pegaga dan kerepek daun pagaga.JPKK Seri Pilah juga telah menunjukkan cara-cara mengalih anak maman. YB Dato dan Pengerusi Pinggiran Bandar bersama AJK nya telah mencuba pengalaman mengalihkan berapa batang anak maman.

Hari ini Pengerusi JPKK Seri Pilah bersama AJK Keselamatan iaitu En.Roslan telah bersama-sama mengikuti lawatan ke Ladan...
07/10/2025

Hari ini Pengerusi JPKK Seri Pilah bersama AJK Keselamatan iaitu En.Roslan telah bersama-sama mengikuti lawatan ke Ladang Setelit Ehsan Tani di Selangor yang menanam lada besar secara fertigasi. YB Dato Noor Zunita Begum Bt Ibrahim telah turut bersama menyertai dan menyantuni peserta-peserta kursus dari DUN Pilah dengan bersama-sama menaiki bas yang membawa peserta kursus. Banyak ilmu dan pengalaman dapat ditimba khususnya dalam tanaman lada secara Fertigasi dan mudah-mudahan dengan ilmu yang diperolehi hari ini dapat direalisasi di JPKK Seri Pilah kelak. Terima kasih Yb ADUN Pilah semoga program baik seperti ini akan diadakan lagi tempat lain p**a.

Tenghari tadi Pengerusi JPKK Seri Pilah telah melawat Puan Esah yang dimas**an ke hospital kerana mengalami sakit perut....
05/10/2025

Tenghari tadi Pengerusi JPKK Seri Pilah telah melawat Puan Esah yang dimas**an ke hospital kerana mengalami sakit perut. Beliau berada di wad 1. Kebetulan isteri kepada Pengerusi JPKK Kg.Cheriau iaitu Puan Zanariah juga sedang dirawat di wad yang sama. Selepas itu beliau melawat En.Yusuf yang juga merupakan adik beradik kepada Puan Esah, beliau mengalami bengkak di kaki. Akhir sekali Pengerusi meluangkan masa melawat En.Azli di wad 7. En.Azli telah mengalami kemalangan Jalan raya. Beliau berasal samada Gachong atau Kg Bukit (admin tak berapa pasti) dan isteri beliau Puan Hidayah merupakan penduduk Kg Seri Pilah. Pengerusi JPKK Kg.Seri Pilah juga tidak lupa menyampaikan sedikit sumbangan kepada pesakit-pesakit tersebut dan mendoakan mereka diberi kesembuhan segera.Aamiin.

Dukà cità dimàklumkàn, En Basirun bin Ludin telàh pergi menemui penciptànya pagi tadi,sama-samalah kita sedekahkàn Alfat...
04/10/2025

Dukà cità dimàklumkàn, En Basirun bin Ludin telàh pergi menemui penciptànya pagi tadi,sama-samalah kita sedekahkàn Alfatihah. Pengerusi JPKK Seri Pilah menyampaikàn sumbangan kepàda isteri beliau Puan Salmah,turut hàdir Puan Norlida mewakili YB DUN Pilah menyampaikan sumbangan.

Sekadar perkongsian
02/10/2025

Sekadar perkongsian

3208 likes, 135 comments. “Kita kuat kerana Allah bersama kita.. bertenanglah hati dengan Anna Legacy”

Salam takziah kepada Puan Norhikmah atas pemergian anak yang baru berusia 45 hari,semoga Puan Norhikmah  tabah menghadap...
30/09/2025

Salam takziah kepada Puan Norhikmah atas pemergian anak yang baru berusia 45 hari,semoga Puan Norhikmah tabah menghadapi dugaan ini.Pengerusi mewakili JPKK Seri Pilah turut menyampaikan sumbangan.

Address

KAMPUNG SERI PILAH
Kuala Pilah
72000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK KG. SERI PILAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPKK KG. SERI PILAH:

Share