Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Cawangan Kuala Pilah

Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Cawangan Kuala Pilah ISMA merupakan NGO yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membimbing masyarakat.

PENGUMUMAN TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI 1447HTarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia jatuh ...
20/03/2026

PENGUMUMAN TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI 1447H

Tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia jatuh pada 21 Mac 2026M (Sabtu), 1 Syawal 1447H.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa.

30 RAMADAN 1447H | 20 RAMADAN 1447HKESILAPAN YANG SELALU BERLAKU DI AKHIR RAMADAN1. Sibuk persiapan raya hingga lalai ib...
20/03/2026

30 RAMADAN 1447H | 20 RAMADAN 1447H

KESILAPAN YANG SELALU BERLAKU DI AKHIR RAMADAN

1. Sibuk persiapan raya hingga lalai ibadah
2. Kurang fokus 10 malam terakhir
3. Tinggalkan qiyam




30 RAMADAN 1447H | 20 MAC 2026MHari terakhir Ramadan 1447H, semoga bukan yang terakhir buat kita semua.Pengajaran hadis:...
20/03/2026

30 RAMADAN 1447H | 20 MAC 2026M

Hari terakhir Ramadan 1447H, semoga bukan yang terakhir buat kita semua.

Pengajaran hadis:

1. Selain makhluk-makhluk Allah yang lain yang mendoakan hamba Allah yang melakukan kebaikan seperti mendoakan kebaikan orang lain, mengajarkan kebaikan kepada orang lain, menuntut ilmu dan lain-lain, syurga dan neraka turut mendoakan kita apabila kita meminta kepada Allah
2. Sunnah Rasulullah SAW apabila berdoa kepada Allah, Baginda SAW akan mengulangi doa tersebut sebanyak 3 kali bagi menggambarkan kesungguhan dan pengharapan kepada Allah tentang permintaan tersebut
3. Walaupun diri kita merasa tidak layak untuk memasuki syurga Allah disebabkan dosa-dosa yang menggunung, namun, kita dituntut agar sentiasa berdoa memohon untuk masuk ke dalam syurga Allah SWT
4. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis lain: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَسَلُوهُ الفِرْدَوْسَ
Maksudnya: “Apabila kamu memohon syurga kepada Allah, maka mohonlah al-Firdaus.” [Riwayat al-Bukhari (7423)]
5. Rasulullah SAW menyuruh kita supaya memohon kepada Allah SWT agar dimasukkan ke dalam syurga yang paling tinggi iaitu Syurga Firdaus
6. Sedangkan makhluk Allah syurga dan neraka sendiri telah bersedia untuk mendoakan kebaikan buat kita jika kita berdoa memintanya, mengapa tidak kita?
7. Maka, mintalah dengan sepenuh hati. Mintalah dengan penuh yakin akan dikabulkan. Mintalah permintaan yang terbaik dengan menghadirkan rasa khauf dan raja' dalam beribadah dan berdoa kepada Allah

Rujukan: IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-309: MEMOHON SYURGA, Tazkirah Media




29 RAMADAN 1447H | 19 MAC 2026MPengajaran:Ayat 128:1. Allah melantik Rasulullah SAW dalam kalangan manusia dan bangsa Ar...
19/03/2026

29 RAMADAN 1447H | 19 MAC 2026M

Pengajaran:

Ayat 128:

1. Allah melantik Rasulullah SAW dalam kalangan manusia dan bangsa Arab itu sendiri agar mudah difahami dan menjadi ikutan manusia sedangkan Baginda SAW sendiri memang sudah terkenal dengan peribadi dan akhlak mulia yang dihormati dan dikagumi oleh masyarakat Mekah ketika itu
2. Rasulullah SAW sangat menyayangi umatnya sehinggakan Baginda SAW sangat risau terhadap nasib kita dan segala bentuk bebanan yang sedang dan bakal dilalui oleh umatnya contohnya: kisah Baginda SAW sangat risau dan cemas setiap kali awan hitam dan angin bertiup kencang kerana bimbang umatnya ditimpa azab seperti kaum terdahulu atau Rasulullah SAW tidak berterusan mengimamkan solat Terawih setiap malam di masjid kerana bimbang ia akan menjadi wajib dan membebankan umat kelak
3. Baginda SAW terlalu menginginkan agar seluruh umatnya beriman kerana Baginda SAW sangat s**akan kebaikan dan keselamatan buat kita
4. Allah menggunakan kalimah رَءوفٌ dan رَّحيمٌ yang tidak pernah diberikan kepada para Nabi dan Rasul terdahulu untuk menggambarkan sifat Nabi SAW yang sangat belas kasihan dan penyayang kepada orang-orang yang beriman serta sangat memahami dan merasai segala kes**aran yang dialami umat sedangkan Baginda SAW sendiri pernah mengalami ujian seperti kehilangan orang yang tersayang dan disakiti
5. Cinta Rasulullah SAW kepada umat Islam sangat besar, namun bagaimana cinta kita kepada Baginda SAW?

Ayat 129:

6. Merupakan penawar buat Baginda SAW apabila dakwahnya ditolak
7. Para pendakwah perlu sentiasa meletakkan tawakkal kepada Allah dalam berdakwah. Jika ajakan dan nasihat tidak diterima, kita harus berlapang dada dan berserah kepada Allah kerana hanya redha Allah yang didambakan dan dengan melakukan tugas dakwah, InsyaALLAH, tujuan tersebut telah dikecapi.
8. Dalam medan dakwah khususnya dan kehidupan seharian secara amnya pergantungan dan tawakkal kepada Allah adalah kunci utama dengan cara berusaha dan berikhtiar yang terbaik berpandukan syara' dan serahkan segala keputusan akhirnya kepada Allah. Cukuplah Allah sebaik-baik penolong.

Rujukan: celiktafsir.net




28 RAMADAN 1447H | 18 MAC 2026MRamadan 1447H semakin menghampiri ke penghujungnya. Adakah kita sudah bersedia menghadapi...
18/03/2026

28 RAMADAN 1447H | 18 MAC 2026M

Ramadan 1447H semakin menghampiri ke penghujungnya. Adakah kita sudah bersedia menghadapinya?




27 RAMADAN 1447H | 17 MAC 2026MPengajaran hadis:1. Tiga golongan yang telah didoakan kecelakaan oleh malaikat Jibril AS ...
17/03/2026

27 RAMADAN 1447H | 17 MAC 2026M

Pengajaran hadis:

1. Tiga golongan yang telah didoakan kecelakaan oleh malaikat Jibril AS dan telah diaminkan oleh Rasulullah iaitu:

i. Seseorang yang menjalani bulan Ramadan tanpa melakukan amalan kebaikan dan akhirnya tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.
ii. Seseorang yang mengabaikan dan tidak berbakti kepada ibu atau bapanya yang masih hidup kerana berbuat baik kepada ibu bapa adalah antara penyebab seseorang itu dimasukkan ke dalam syurga.
iii. Seseorang yang tidak berselawat apabila nama Baginda SAW disebutkan.

2. Dalam menjalani Ramadan, marilah bermusahabah dan menilai kembali ibadah-ibadah yang telah dilakukan adakah memenuhi piawaian yang dikehendaki Allah SWT dan Rasul-Nya

Sumber: HIMPUNAN HADITH-HADITH SAHIH SIRI 1: KEUTAMAAN PUASA & RAMADAN (JAKIM)




26 RAMADAN 1447H | 16 MAC 2026MPengajaran:1. Setiap manusia dikurniakan Allah 4 malaikat yang sentiasa mengikuti kita da...
16/03/2026

26 RAMADAN 1447H | 16 MAC 2026M

Pengajaran:

1. Setiap manusia dikurniakan Allah 4 malaikat yang sentiasa mengikuti kita dan yang bertugas secara bergiliran:
i. 2 malaikat pencatat amal baik dan buruk di sebelah kanan dan kiri manusia
ii. 2 malaikat penjaga yang berada di depan dan di belakang manusia

2. Tugas malaikat penjaga adalah:
i. Menjaga kita daripada ditimpa musibah dan keburukan selain yang telah tertulis di Luh Mahfuz
ii. Memastikan manusia tidak mati sebelum ajal yang telah ditetapkan Allah
iii. Melindungi tubuh kita dari dimasuki jin - selagi tidak melakukan syirik, malaikat tidak akan meninggalkan kita dan jin takut untuk menghampiri kita
iv. Menjaga manusia daripada melakukan dosa dan mendorong mereka untuk melakukan kebaikan

3. Allah menganugerahkan manusia akal budi dan kemampuan untuk mengendalikan diri sendiri dalam naungan dan batasan yang telah ditetapkan Allah

4. Maka, manusia perlu berusaha berusaha sendiri untuk menentukan garis hidupnya, jangan hanya menyerah saja dengan tidak berikhtiar

5. Selain itu, manusia dilahirkan dalam fitrah dan dengan mengikuti fitrah tersebut barulah manusia akan terbimbing dan tidak menuju kepada kesesatan

6. Namun, jika manusia memilih untuk mengubah amalan kepada keburukan dan akhirnya terdorong kepada kejahatan, maka keputusan Allah terhadap mereka akan berubah juga

7. Walaubagaimanapun, jika manusia diuji dengan musibah, itu bukan bermakna mereka berdosa akan tetapi Allah ingin menguji ketaatan,mendidik keimananan serta ingin menganugerahkan pahala bagi kesabaran mereka seperti para Nabi, Rasul dan wali-wali Allah

8. Jika Allah sudah mentakdirkan azab untuk manusia, tiada sesiapa pun yang boleh mengubahnya walaupun manusia mempunyai malaikat penjaga kerana malaikat penjaga tersebut juga bertugas atas arahan dan takdir yang Allah telah tetapkan

9. Maka ALLAH adalah satu-satunya pelindung, penjaga dan penolong manusia yang sebenar-benarnya

Sumber: celiktafsir.net




25 RAMADAN 1447H | 15 MAC 2026MRamadan hampir meninggalkan kita. Adakah sudah cukup persiapan kita untuk menempuh 11 bul...
15/03/2026

25 RAMADAN 1447H | 15 MAC 2026M

Ramadan hampir meninggalkan kita. Adakah sudah cukup persiapan kita untuk menempuh 11 bulan yang akan datang sehingga direzekikan lagi untuk bertemu Ramadan tahun hadapan?

Doa lailatul qadar:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan s**a mengampuni, maka ampunilah aku.”

Hadith Riwayat At-Tirmidzi




Address

Kuala Pilah
72000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Cawangan Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share