Belia 4B Cawangan Mampas

Belia 4B Cawangan Mampas Membina belia yang bernilai untuk masyarakat khususnya untuk cawangan Mampas

Alhamdulillah, syukur atas kejayaan Program Gotong-Royong Peringkat Kampung Mampas 2025 yang telah berlangsung dengan pe...
16/02/2025

Alhamdulillah, syukur atas kejayaan Program Gotong-Royong Peringkat Kampung Mampas 2025 yang telah berlangsung dengan penuh semangat dan kerjasama erat daripada semua yang terlibat.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada belia khasnya dan semua penduduk kampung yang telah turun padang untuk membersihkan kawasan sekitar . Keprihatinan dan komitmen anda dalam memastikan kebersihan dan kesejahteraan persekitaran amatlah dihargai. Semangat kebersamaan yang ditunjukkan membuktikan bahawa dengan usaha bersama, kita mampu mencipta persekitaran yang lebih bersih, selesa dan harmoni.

Terima kasih juga kepada pihak yang telah menyumbang tenaga, peralatan serta sokongan moral dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga usaha murni ini terus menjadi inspirasi kepada masyarakat dan dapat diteruskan pada masa akan datang.

๐ŸŽณ Tahniah Belia 4B Mampas! ๐ŸŽ‰Alhamdulillah, Belia 4B Cawangan Mampas sekali lagi mencipta sejarah dengan pencapaian memba...
08/02/2025

๐ŸŽณ Tahniah Belia 4B Mampas! ๐ŸŽ‰

Alhamdulillah, Belia 4B Cawangan Mampas sekali lagi mencipta sejarah dengan pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Bowling Ukhwah GB4B Kuala Pilah 2025!

Antara kejayaan yang diraih:

๐Ÿ… Naib Johan Pemain Terbaik Wanita
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga Berkumpulan

Namun, kejayaan bukan sekadar diukur melalui hadiah dan wang tunai ,semangat kesukanan, keseronokan, dan keakraban juga menjadi kekuatan .๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ Terbukti apabila Belia 4B Mampas turut dianugerahkan gelaran Team Paling Havoc/Bising๐Ÿคฃ๐ŸŽŠ dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai! ๐Ÿ’ฐโœจ

Terima kasih kepada semua ahli pasukan yang berusaha gigih serta memberikan sokongan padu! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk lebih banyak pencapaian hebat di masa hadapan! ๐Ÿš€๐Ÿ”ฅ

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Gerakan Belia 4B Kawasan Kuala Pilah atas usaha cemerlang dalam menganjurkan Kejohanan Bowling Ukhwah GB4BKP 2025. Kejohanan ini bukan sekadar sebuah pertandingan, tetapi medan yang menyatukan belia dalam suasana penuh semangat, persahabatan, dan ukhwah yang erat.

Penganjuran yang tersusun, meriah, dan penuh elemen kebersamaan ini membuktikan komitmen GB4BKP dalam memperkasakan belia bukan sahaja dari segi sukan, tetapi juga dalam membina jaringan sosial yang lebih kukuh. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk lebih banyak program bermanfaat di masa hadapan, demi mempereratkan silaturahim serta memperkasa generasi muda Kuala Pilah.

Tahniah Dan Terima Kasih Kepada Semua Ahli Gerakan Belia 4B Cawangan Mampas Kuala Pilah Kerana Telah Menjayakan Segala A...
04/11/2024

Tahniah Dan Terima Kasih Kepada Semua Ahli Gerakan Belia 4B Cawangan Mampas Kuala Pilah Kerana Telah Menjayakan Segala Aktiviti Yang Dilaksanakan Bersama. Syabas Anak Muda๐Ÿคโœจโœจโœจ

Penarafan Bintang Untuk Pertama Kalinya Selepas Pengaktifan Semula Gerakan Belia 4B Cawangan Mampas๐Ÿ‘

Harini dapat bersama JPKK untuk kembara merdeka di kampung halaman. Terima kasih sudi jemput belia๐Ÿ˜โœŒ๏ธ Merdeka 2024 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ...
29/08/2024

Harini dapat bersama JPKK untuk kembara merdeka di kampung halaman. Terima kasih sudi jemput belia๐Ÿ˜โœŒ๏ธ Merdeka 2024 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selesai Pertandingan ping pong sempena ambang kemerdekaan bagi tahun 2024. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พTerima kasih Belia Mampas๐Ÿซฐ๐Ÿป๐Ÿ˜˜
27/08/2024

Selesai Pertandingan ping pong sempena ambang kemerdekaan bagi tahun 2024. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Terima kasih Belia Mampas๐Ÿซฐ๐Ÿป๐Ÿ˜˜

Selesai Aktiviti pada hari ini, Pengerusi Gerakan Belia 4B Caw Mampas telah merakamkan ucapan Terima kasih Kepada YB. Tu...
24/08/2024

Selesai Aktiviti pada hari ini, Pengerusi Gerakan Belia 4B Caw Mampas telah merakamkan ucapan Terima kasih Kepada YB. Tuan Muhammad Sufian Bin Maradzi, Adun Kawasan Seri Menanti atas Sumbangan dan Sokongan yang baik kepada belia 4B Mampas.

Tidak lupa juga kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Pilah En. Mohd Qayyum Bin Abd Jalil yang turut memberikan sumbangan bagi melancarkan pertandingan sepak takraw tertutup Kg Mampas ini.

Acara penyampaian hadiah diwakili oleh Pengerusi Gerakan Belia 4B Mampas, yang mewakilkan Barisan Kepimpinan di peringkat Dun iaitu YB. Tuan Muhammad Sufian Adun Seri Menanti opdan En Mohd Qayyum Ketua Pemuda Umno Kuala Pilah yang kini berada di Kuala Lumpur, bagi menyampaikan salam & hadiah kepada pesertaโœจ๐Ÿ‘

Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Kg Mampas Sempena Bulan Kemerdekaan Ke 67 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ24/8/2024
24/08/2024

Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Kg Mampas Sempena Bulan Kemerdekaan Ke 67 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
24/8/2024

Belia 4B Cawangan Mampas harini turun bersama Pengerusi JPKK Mampas Besar mengedarkan jalur gemilang buat penduduk kampu...
22/08/2024

Belia 4B Cawangan Mampas harini turun bersama Pengerusi JPKK Mampas Besar mengedarkan jalur gemilang buat penduduk kampung. Semoga semakin membara semangat kemerdekaan sempena menyambut bulan kemerdekaan yang ke 67 ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Address

Masjid Kariah Mampas, Terachi
Kuala Pilah
71500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belia 4B Cawangan Mampas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Belia 4B Cawangan Mampas:

Share