19/06/2026
π€ SERAHAN SUMBANGAN CSR TNB DEMI KESEJAHTERAAN KOMUNITI SETEMPAT π€
19 Jun 2026 β Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyempurnakan Program Serahan Sumbangan CSR TNB yang berlangsung di Masjid Al-Ikram, Kampung Sena, Arau. Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan TNB dalam menyokong pembangunan komuniti serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.
Penasihat PTNB, En Abd. Manan bin Abd Rahman, Timbalan Pengerusi, Cik Arissafinar dan 3 orang ahli lain turut serta memeriahkan sesi serahan tersebut. Turut serta di dalam majlis adalah Datin Ratnawati selaku penganjur utama dari Unit BSO, TGBS.
Melalui sumbangan yang disalurkan, sebanyak tiga unit katil lengkap dengan tilam khas hospital telah berjaya dibeli bagi kegunaan komuniti yang memerlukan. Kemudahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada golongan uzur, pesakit dan individu yang memerlukan penjagaan khas di sekitar kawasan tersebut.
Selain itu, hasil sumbangan CSR TNB turut dimanfaatkan untuk membina ramp laluan kerusi roda di Masjid Al-Ikram bagi meningkatkan aksesibiliti dan keselesaan para jemaah, khususnya warga emas serta orang kurang upaya. Kemudahan yang disediakan ini telah mendapat perhatian dan penghargaan pelbagai pihak.
Malah, usaha murni tersebut turut menambat hati Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, yang berkenan hadir menunaikan Solat Jumaat di masjid berkenaan. Semoga inisiatif seperti ini terus menjadi pemangkin kepada semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam membina komuniti yang lebih inklusif, sejahtera dan berdaya maju.