Projek Anak Didik

Projek Anak Didik PROJEK ANAK DIDIK | Usaha pendayaupayaan kanak-kanak dengan ilmu. HER.CARE: ADAB | Usaha pendayaupayaan kanak-kanak perihal alam sekitar.

"Pendidikan merupakan suatu yang sangat penting kepada setiap insan. Setiap orang kanak-kanak berhak untuk mendapat pelu...
17/06/2026

"Pendidikan merupakan suatu yang sangat penting kepada setiap insan. Setiap orang kanak-kanak berhak untuk mendapat peluang belajar..."

📃 Keciciran Pendidikan Dalam Kalangan Anak-Anak Asnaf: Kajian Kes Sekolah Rendah di Negeri Perlis

🧑🏻‍💻 Nor Adli Che Muda, Ismail Said, Rashidi Hamzah, Mohd Fadzil Mohd Salleh

📄 International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC)

“Who is your Future-Self?That question may seem trite. But it’s literally the answer to all of your life’s questions. It...
16/06/2026

“Who is your Future-Self?

That question may seem trite. But it’s literally the answer to all of your life’s questions. It’s the answer to what you’re going to do today. It’s the answer to how motivated you are, and how you feel about yourself. It’s the answer to whether you’ll distract yourself on social media for hours, whether you’ll eat junk food, and what time you get up in the morning.”

Tajuk: Be Your Future Self Now: The Science of Intentional Transformation

Penulis: Dr. Benjamin Hardy



❤️Kempen dana Projek Anak Didik: kitafund.com/campaign/17395

❤️Kempen dana perubatan Puan Fatimah: kitafund.com/campaign/18034

15/06/2026

“Seseorang itu tidak mampu menguasai ilmu dengan kerehatan tubuh badan.” - Abu Nasr Yahya bin Abi Kathir al-Yamani

KELAS 3M FASA 3Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat...
15/06/2026

KELAS 3M FASA 3

Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sesi 4
Tarikh : 30 April 2026
Sukarelawan Pendidikan : Khalil

Bismillahirahmanirahim.

Saya mulakan dengan bacaan al-Quran sebanyak semuka. Test Kamarul punya bacaan. Seterusnya terus ke cara mengeja, dan kali ni Alhamdulillah semakin banyak peningkatan. Cuma saya perlu cari kaedah untuk latih Kamarul untuk boleh eja bagi ejaan seperti duit, tetapi bagi ejaan seperti cu + ba = cuba dan sewaktu dengannya. Alhamdulillah Kamarul sudah boleh nampak dan cuba eja.

Minggu lepas saya fokuskan pembacaan dari b sehingga f dan digabung dengan huruf vokal. Alhamdulillah berjaya untuk eja.

Seterusnya saya terus ke pengenalan hukum tajwid dan kali ini saya sambung hukum bacaan idgham dan izhar halqi dan pada minggu hadapan sambung untuk syamsiah dan qamariah.

12/06/2026

Konsistensi murid hadir ke Kelas 3M sangat dititikberatkan. Proses pembelajaran mengambil masa. Sedikit hari ini, sedikit minggu hadapan. Lama-lama impaknya akan mula kelihatan, insya Allah.

KELAS 3M FASA 3Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat...
12/06/2026

KELAS 3M FASA 3

Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sesi 4
Tarikh : 29 April 2026
Sukarelawan Pendidikan : Aliya

Tumpuan diberikan kepada pengenalan huruf vokal dan konsonan. Meskipun proses pemahaman murid agak perlahan, saya tetap memberikan galakan dan melakukan pengulangan berkali-kali sehingga mereka mampu menguasai topik tersebut. Hasilnya, latihan pengukuhan yang diberikan menunjukkan perkembangan positif walaupun masih terdapat sedikit kekeliruan.

Sebelum kelas berakhir, aktiviti mewarna dijalankan sebagai aktiviti pengayaan bagi memenuhi baki waktu kelas dengan cara yang lebih santai dan kreatif.

KELAS 3M FASA 3Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat...
11/06/2026

KELAS 3M FASA 3

Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sesi 4
Tarikh : 29 April 2026
Sukarelawan Pendidikan : Wan

Bagi sesi kelas terakhir pada bulan ini, saya telah melaksanakan aktiviti secara individu bagi setiap murid. Untuk Aminah, saya menyediakan latihan mencari suku kata nama nama kuih muih tradisional, manakala bagi Sarah, saya memberikan latihan membaca dan menulis perkataan berdasarkan gambar.

Seterusnya, saya turut memberikan latihan mengenal huruf besar dan huruf kecil kepada kedua-dua murid. Setelah mereka menyelesaikan semua tugasan, saya mengedarkan lembaran kerja bertemakan buah-buahan untuk aktiviti mewarna. Sepanjang aktiviti tersebut, mereka turut berkongsi cerita tentang pengalaman masing-masing menikmati buah-buahan yang diwarnakan.

KELAS 3M FASA 3Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat...
11/06/2026

KELAS 3M FASA 3

Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sesi 3
Tarikh : 28 April 2026
Sukarelawan Pendidikan : Afaf

Pertemuan kali ketiga diadakan di luar tempat tinggal mereka. Kami termasuk Hidayah bergerak dari rumah ke Perpustakaan Awam Negeri Perlis atas permintaan mereka. Sebelum tiba di perpustakaan, kami singgah untuk makan sarapan pagi iaitu nasi lemak.

Setibanya di perpustakaan, kami bergerak ke Perpustakaan Kanak-Kanak & Perpustakaan Samsung Perlis untuk meneroka dan menggunakan tablet yang disediakan di situ. Setelah bermain, kami juga membelek-belek buku yang ada pada rak pembacaan sebelum kemudiannya bergerak ke Kangar Jaya Mall.

Hari tersebut dipenuhi dengan mereka bertiga yang asyik bergambar dan menikmati makanan-makanan yang mereka idamkan seperti Empire Sushi dan aiskrim Llaollao. Meskipun tiada PdP yang berlangsung, saya berharap agar dengan aktiviti di luar kelas dan berjalan-jalan sebegini dapat meningkatkan motivasi dan ukhuwah antara pelajar dan guru untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

KELAS 3M FASA 3Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat...
10/06/2026

KELAS 3M FASA 3

Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sesi 2
Tarikh : 26 April 2026
Sukarelawan Pendidikan : Afaf

Perjumpaan sesi kedua diakalkan di rumah Shuada. Setelah Shuada menjemput Cikgu Afaf dari kereta ke rumahnya, kami membahagikan buku dan alat tulis untuk Amiza dan Shuada.

Seperti sesi-sesi kelas Cikgu Afaf sebelum ini, saya menayangkan video YouTube, doa sebelum belajar dan bacaan al-Fatihah untuk mereka ikuti. Kelas pada hari tersebut ialah Pendidikan Islam iaitu Rukun Islam. Saya turut membuka slide yang saya telah siapkan pada malamnya pada tablet saya bagi sesi PdP kali ini. Terlintas di fikiran saya untuk membeli portable LCD untuk keselesaan pelajar-pelajar saya. Kami belajar tentang pengertian dan perkara Rukun Islam, penerangan dan contoh-contohnya.

Setelah itu, saya meminta mereka menyalinnya pada buku latihan mereka agar tangan mereka tidak kekok untuk menulis. Selesainya PdP pertama, kami membuat latihan seni visual iaitu Mozek Kek Cawan. Setelah memberi penerangan dan membuat contoh, Kami saling membantu dalam menggunting, menggulung dan melekatkan komponen pada kertas putih yang telah CIkgu Afaf lakarkan untuk mereka. Meskipun tidak sempat siap pada waktunya, Amiza kemudiannya menghantar gambar hasil akhir pada chat WhatsApp saya. Ini menunjukkan komitmen mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

KELAS 3M FASA 3Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat...
10/06/2026

KELAS 3M FASA 3

Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sesi 3
Tarikh : 26 April 2026
Sukarelawan Pendidikan : Khalil

Bismillahirahmanirahim.

Pada awal hari saya mula fokuskan kepada ejaan huruf. Saya bermula dari huruf B digabungkan dengan huruf vokal sehingga huruf D dan Alhamdulillah saya bagi contoh setiap huruf dan gabungkan dan Kamarul boleh eja walaupun pada awalnya gagap sedikit. Contoh saya gabungkan ba + ca setelah pada awalnya Kamarul cuba sebut ba sebanyak 10 kali beserta ca, Kamarul berjaya mengabungkan.

Setelah itu saya sambung dan fokus ke pada bacaan al-Quran dan sebutan-sebutanya serta sedikit hukum-hakam tajwid sehingga habis kelas. Untuk tajwid saya fokuskan kepada pengenalan huruf-huruf ikhfak hakiki dan idgham dan bentuk nun mati dan tanwin.

Saya pergi sedikit ke fardhu ain dan setelah habis kelas saya ajak Kamarul keluar makan.

Address

Jalan Bidara 7 , Taman Bukit Kubu
Kuala Perlis

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Projek Anak Didik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Projek Anak Didik:

Share