Perlis Nature Xplorer

Call Directions Contact the organization

Perlis Nature Xplorer Welcome to Perlis Nature Xplorer (PNX) - formerly Perlis Nature & Wildlife (PNW) since 2016

APABILA RAPTOR TEMPATAN BERTEMU PENDATANG MIGRASIMusim membajak sawah menyaksikan kehadiran beberapa spesies raptor dala...
05/10/2026

APABILA RAPTOR TEMPATAN BERTEMU PENDATANG MIGRASI

Musim membajak sawah menyaksikan kehadiran beberapa spesies raptor dalam satu kawasan, termasuk White-bellied Sea Eagle atau Lang Siput (Icthyophaga leucogaster), Brahminy Kite atau Lang Merah (Haliastur indus) dengan Black Kite / Helang Kembara Hitam (Milvus migrans).

Dua spesies pertama merupakan raptor tempatan, manakala Black Kite ialah antara raptor migran yang hadir ke Malaysia pada permulaan musim sejuk dari kawasan utara Asia.

Kehadiran burung-burung pemangsa ini dipercayai berkait dengan peluang mendapatkan makanan di kawasan sawah yang baru dibajak.Beberapa ekor dilihat memburu ikan di kawasan berair cetek, termasuk seekor Lang Merah dilihat berjaya mengangkat ikan puyu.

Persaingan kawasan turut berlaku antara spesies. Antara aksi yang diperhatikan ialah Brahminy Kite dan Black Kite saling mengejar White-bellied Sea Eagle ketika kedua-duanya berada di kawasan memburu yang sama.

Pemerhatian turut merekodkan individu dewasa dan juvenil, menunjukkan kehadiran pelbagai peringkat umur dalam kelompok raptor yang memanfaatkan kawasan sawah tersebut yang kini sedang dibajak.

Pertemuan antara raptor residen dengan raptor migran seperti ini memberikan gambaran menarik mengenai penggunaan habitat sawah sebagai kawasan mencari makanan khususnya ketika musim membajak.

πŸ“· Syamil Abd Rahman | PNX

Perlis and the effort to protect its natural heritage πŸ’›πŸ’™
04/10/2026

Perlis and the effort to protect its natural heritage πŸ’›πŸ’™

Perlis has long been Malaysia’s pass-through state, with tourists driving across its northern tip en route to Thailand, rarely stopping to explore what lies between the paddy fields and limestone hills. Yet, tucked along its border with Thailand, the Nakawan Range harbours one of the co...

POKOK RHU JADI ASET PELANCONGAN, PENIAGA PERLU SAMA-SAMA PELIHARA – EXCO ALAM SEKITAR PERLISKUALA PERLIS, 3 Okt. – Usaha...
03/10/2026

POKOK RHU JADI ASET PELANCONGAN, PENIAGA PERLU SAMA-SAMA PELIHARA – EXCO ALAM SEKITAR PERLIS

KUALA PERLIS, 3 Okt. – Usaha menanam pokok rhu di Terusan Wai perlu berjalan seiring dengan langkah memelihara pokok matang bagi memastikan kelestarian alam sekitar terus terjamin, kata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMK) yang memegang portolio Alam Sekitar Negeri Perlis, YB Megat Hashirat Megat Hashim.

Beliau berkata, penanaman pokok tidak memadai sekiranya pokok yang telah matang tidak dijaga dan dipelihara daripada ditebang atau dimusnahkan, khususnya di kawasan yang semakin mendapat perhatian sebagai lokasi pelancongan.

β€œKita bukan sahaja perlu menanam, tetapi perlu menjaga dan memulihara pokok yang ada,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis 2026 di Tapak Tanaman Rhu, Kampung Wai, di sini hari ini.

Sebanyak 30 pokok rhu ditanam dalam program berkenaan dengan penyertaan pelajar UniMAP, UiTM Arau dan SMK Putra sebagai sebahagian daripada usaha memupuk kesedaran generasi muda terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar.

Dalam program sama, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis turut mengadakan edaran percuma anak pokok spesies nadir dan tanaman buah-buahan kepada peserta dan masyarakat, antaranya kedondong, limau nipis, gajus dan durian belanda.

Menurut beliau, kawasan Terusan Wai mempunyai potensi untuk terus dibangunkan sebagai produk pelancongan berasaskan alam semula jadi, namun pembangunan tersebut perlu disertai tanggungjawab bersama untuk memastikan persekitaran kawasan berkenaan kekal bersih dan terpelihara.

Beliau turut mengingatkan pengusaha dan peniaga di sekitar Terusan Wai supaya bersama-sama menjaga kebersihan serta tidak melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan pokok dan persekitaran kerana kawasan itu bukan sahaja menjadi lokasi tumpuan pelancong, malah menjadi sumber pendapatan masyarakat setempat.

Sambutan bertemakan β€œEkosistem Hutan Paya Laut Ke Arah Kelestarian Ekonomi Biru” itu menjadi platform memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara ekosistem pesisiran pantai serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

πŸ“· Perlis Nature Xplorer

PEMULIHARAAN HUTAN PAYA LAUT PERLU SEIRING DENGAN MANFAAT EKONOMI MASYARAKAT - Pengarah Perhutanan Perlis  KUALA PERLIS,...
03/10/2026

PEMULIHARAAN HUTAN PAYA LAUT PERLU SEIRING DENGAN MANFAAT EKONOMI MASYARAKAT - Pengarah Perhutanan Perlis

KUALA PERLIS, 3 Okt β€” Usaha memulihara ekosistem hutan paya laut perlu dilaksanakan secara berterusan dengan penglibatan komuniti setempat, khususnya pengusaha pelancongan bagi memastikan manfaat ekonomi daripada kawasan berkenaan dapat dinikmati dalam tempoh panjang.

Pengarah Perhutanan Negeri Perlis, En. Ag. Shaffie Ag. Ahmadni berkata, hutan paya laut dan ekosistem pesisiran pantai bukan sahaja penting kepada keseimbangan alam sekitar malah berperanan sebagai penampan semula jadi serta menyokong sumber ekonomi masyarakat.

Beliau berkata, perkara itu selaras dengan tema sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis 2026, β€œEkosistem Hutan Paya Laut Ke Arah Kelestarian Ekonomi Biru”, yang mencerminkan komitmen untuk menjadikan pemeliharaan alam sekitar sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi biru yang mampan.

β€œPemuliharaan hutan paya laut bukan sekadar tanggungjawab untuk memastikan ekosistem terus terpelihara, tetapi turut mempunyai kaitan langsung dengan kesejahteraan dan sumber pendapatan masyarakat.

β€œApabila kawasan ini dipelihara dengan baik, ia mampu menjadi aset kepada sektor pelancongan dan memberikan manfaat ekonomi secara berterusan kepada komuniti setempat,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis 2026 di Tapak Tanaman Rhu, Kampung Wai, di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha pemulihan dan penanaman yang dilaksanakan sejak 2021 telah menghasilkan manfaat yang dapat dilihat melalui pembangunan aktiviti pelancongan berasaskan alam di kawasan berkenaan sehingga menjadi terkenal dalam kalangan pelancong domestik untuk menikmati keindahannya.

Beliau berkata, kejayaan membangunkan kawasan semula jadi sebagai produk pelancongan bagaimanapun perlu disusuli dengan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengusaha dan masyarakat untuk memastikan kebersihan serta kelestarian kawasan sentiasa terpelihara.

β€œPeniaga perlu menjaga pokok dan persekitaran kerana mereka juga mendapat manfaat ekonomi daripada kawasan ini. Kalau kita mahu manfaat ini berterusan, kita perlu bertanggungjawab menjaganya,” katanya.

Dalam pada itu, turut berlangsung sesi Menandatangani Surat Aku Janji bersama peniaga di sekitar Terowong Wai sebagai komitmen bersama untuk memastikan pokok rhu dan persekitaran kawasan berkenaan terus dipelihara menerusi amalan penjagaan yang baik dan berterusan.

Surat Aku Janji tersebut ditandatangi oleh pengusaha terlibat iaitu Kopi Rangkayo dan Lembayung, yang menjalankan aktiviti berkaitan pelancongan di sekitar kawasan Terowong Wai dengan disaksikan Exco Alam Sekitar Negeri Perlis, YB Megat Hashirat Megat Hassan.

Pokok rhu yang ditanam Jabatan Perhutanan Perlis dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis sejak 2021 di kawasan tebing Terusan Wai kini sudah matang untuk menjadi sebahagian daripada landskap semula jadi yang menyokong nilai ekopelancongan kawasan tersebut.

Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut hari ini menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara Jabatan Perhutanan, pengusaha pelancongan dan komuniti setempat dalam memastikan kelestarian ekosistem hutan paya laut terus dipelihara seiring dengan pembangunan ekonomi masyarakat.

πŸ“· Perlis Nature Xplorer

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

  Tinjauan PNX petang tadi di Padang Cina, Seberang Ramai, Kuala Perlis mendapati masih terdapat sawah yang belum dituai...
02/10/2026

Tinjauan PNX petang tadi di Padang Cina, Seberang Ramai, Kuala Perlis mendapati masih terdapat sawah yang belum dituai dengan sebahagian tanaman padi tumbang ditiup angin.Pada masa sama, beberapa sawah di sekitarnya sudah selesai dituai dan diputar sebagai persediaan untuk musim terakhir tahun ini.

Merujuk kepada kenyataan di laman web MET Malaysia, keadaan cuaca yang berlaku pada ketika ini adalah kerana negara sedang memasuki fasa peralihan monsun pada Oktober dengan hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh singkat berpotensi berlaku terutama pada sebelah petang dan awal malam.

Berdasarkan laporan Tinjauan Cuaca September 2026 hingga Februari 2027 tersebut, MET Malaysia turut menjangkakan taburan hujan sedikit bawah purata di beberapa kawasan utara Semenanjung.Keadaan lebih kering p**a dijangka kembali meningkat pada Januari hingga Februari 2027 susulan pengaruh El NiΓ±o yang diramalkan berterusan sehingga April 2027.

Sementara itu, MADA Wilayah I (Perlis) mencadangkan aktiviti menabur padi bagi musim semasa dilaksanakan dalam tiga fasa, iaitu 23 September hingga 4 November, 3 Oktober hingga 14 November dan 13 Oktober hingga 24 November 2026.

Cadangan jadual berperingkat itu dibuat susulan keadaan takungan empangan yang kritikal, kini sekitar 35 peratus, dengan pesawah diminta mematuhinya bagi memanfaatkan sepenuhnya taburan hujan sepanjang Monsun Barat Daya dan tempoh peralihan monsun.

Langkah itu penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada pelepasan air empangan serta memastikan sumber air dapat diurus dengan lebih berkesan sepanjang musim tanaman.

πŸ“· Syamil Abd Rahman | PNX

**auketam

01/10/2026
Hujan lebat pada petang semalam membawa udara yang lebih bersih ke sekitar Banjaran Nakawan, dengan keadaan pagi ini cer...
01/10/2026

Hujan lebat pada petang semalam membawa udara yang lebih bersih ke sekitar Banjaran Nakawan, dengan keadaan pagi ini cerah dan pandangan ke arah kawasan sawah kembali jelas tanpa gangguan jerebu.

Cuaca cerah turut memperlihatkan pelbagai aktiviti hidupan liar di kawasan sawah dan kaki banjaran.

Beberapa ekor helang siput kelihatan berterbangan di atas sawah, manakala sesumpah kuning berada di kawasan terbuka untuk berjemur. Di dalam sawah, pepindang kecil turut dilihat mengembangkan sayapnya ketika berjemur.

Pada masa yang sama, burung rapang duit aktif mencari makanan di kawasan sawah, sementara pekaka dada putih bertenggek di atas wayar elektrik yang merentasi kawasan tersebut.

Pemerhatian pagi ini menunjukkan kepelbagaian aktiviti hidupan liar yang masih boleh diperhatikan dalam landskap sawah di kaki Banjaran Nakawan, khususnya apabila keadaan cuaca lebih cerah dan jarak penglihatan bertambah baik.

πŸ“· PNX | Syamil Abd Rahman

JEREBU MELANDA KEMBALI, PULAU LANGKAWI KABUR DARI KUALA PERLISKUALA PERLIS, 30 Sept. – Walaupun bacaan Indeks Pencemar U...
30/09/2026

JEREBU MELANDA KEMBALI, PULAU LANGKAWI KABUR DARI KUALA PERLIS

KUALA PERLIS, 30 Sept. – Walaupun bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Perlis setakat jam 12 tengah hari tadi berada pada tahap sederhana iaitu 77, keadaan jerebu tetap menjejaskan jarak penglihatan apabila Pulau Langkawi tidak kelihatan jelas dari Jambatan Tuanku Syed Putra hari ini.

Keadaan jerebu dilaporkan kembali melanda beberapa kawasan di negara ini sejak semalam, dengan sejumlah stesen pemantauan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.

Bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, manakala 101 hingga 200 berada pada tahap tidak sihat.

πŸ“Έ Syamil Abd Rahman | PNX

PNX PERKENAL KEUNIKAN PERLIS GEOPARK KEPADA SUKARELAWAN NAKAWAN EXPLORERKAKI BUKIT, 26 September – PNX hari ini mengadak...
26/09/2026

PNX PERKENAL KEUNIKAN PERLIS GEOPARK KEPADA SUKARELAWAN NAKAWAN EXPLORER

KAKI BUKIT, 26 September – PNX hari ini mengadakan sesi perkongsian mengenai keunikan, kepentingan dan nilai konservasi Perlis Geopark kepada peserta Program Sukarelawan Nakawan Explorer yang hadir selama tiga hari dua malam ke Perlis.

Dalam sesi tersebut, para sukarelawan berpeluang menyertai night walk di Taman Negeri Perlis, selain diberi perkongsian mengenai Perlis Geopark seterusnya mempelajari aspek geologi gua serta kepentingannya di kawasan jaringan perbukitan sekitar Banjaran Nakawan. Program kemudiannya diakhiri dengan sesi perkongsian mengenai beruk kentoi yang disampaikan sendiri oleh Pengasas PNX, En. Syamil Abd Rahman.

Program Nakawan Explorer merupakan inisiatif susulan Program RASMA oleh Roots & Shoots Malaysia yang bertujuan membentuk generasi muda yang aktif dalam bidang konservasi flora dan fauna.

Selain berkongsi ilmu berkaitan Perlis Geopark, PNX turut memperkenalkan keunikan alam semula jadi, warisan serta nilai pelancongan lestari kepada para sukarelawan yang hadir dari Melaka, Kuala Lumpur, Perak dan Kedah.

Kerjasama antara PNX dan Nakawan Explorer kini memasuki tahun ketiga pelaksanaannya. Bagi September 2026, program ini merupakan siri terakhir selepas siri pertama yang berlangsung pada Jun lalu dengan penglibatan Komuniti Hutan Perlis terdiri daripada PNX untuk perkongsian mengenai mamalia marin, Komuniti Kaki Bukit mengenai gua batu kapur, Perlis Climbers mengenai bukit batu kapur, dan kali ini PNX menerusi perkongsian berkaitan Perlis Geopark.

πŸ“· Adib Rosly

DI MANAKAH PERLIS LIMA TAHUN LALU?Melihat kembali gambar gambar pemandangan Perlis pada tahun 2021, terasa bagaimana sua...
24/09/2026

DI MANAKAH PERLIS LIMA TAHUN LALU?

Melihat kembali gambar gambar pemandangan Perlis pada tahun 2021, terasa bagaimana suasana negeri ini telah berubah. Ketika itu, banyak lokasi masih kelihatan tenang, sederhana dan belum begitu mendapat perhatian sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Hari ini, Perlis semakin dikenali dengan keindahan alam semula jadinya. Bukit bukau batu kapur, sawah yang terbentang luas, kehijauan kampung, gua, tasik dan panorama matahari terbenam semakin menjadi tarikan kepada pengunjung.

Ironinya, ada kalanya pelancong dari luar lebih mengenali tempat tempat menarik, penginapan dan kafe yang ada di Perlis berbanding sebahagian warga Perlis sendiri.

Namun, gambar gambar tahun 2021 ini mengingatkan bahawa daya tarikan Perlis sebenarnya sudah lama ada.Cuma hari ini semakin ramai yang mengenali, menghargai dan datang menikmatinya.

Lima tahun mungkin tidak terlalu lama, tetapi cukup untuk melihat bagaimana Perlis berubah daripada sebuah negeri yang tenang kepada destinasi yang semakin mendapat tempat di hati pengunjung.

Inilah wajah Perlis yang dirakam pada tahun 2021.Tenang, sederhana dan penuh pesona tersendiri yang menjadi daya tarikan kepada pelancong pada hari ini.

Perlis - The Undeniable Charm πŸ’›πŸ’™

πŸ“· Syamil Abd Rahman | PNX

Address

Jalan Kg.
Kuala Perlis
02000

Telephone

+601110997610

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perlis Nature Xplorer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perlis Nature Xplorer:

Shortcuts

Share