14/04/2026
SEMINAR PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI PERINGKAT CAWANGAN KUALA PENYU
Kuala Penyu, 14 April 2026 – Seminar Penerapan Nilai-Nilai Murni anjuran PERKIPS Cawangan Kuala Penyu telah berlangsung dengan jayanya di Taman Teraputik, Hospital Kuala Penyu.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk memperkukuh penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan warga kerja serta mencungkil bakat dalam kalangan ahli PERKIPS serta anak-anak ahli PERKIPS sebagai persediaan mewakili PERKIPSCKP ke pertandingan melibatkan acara Tilawah Al-Quran, hafazan, bercerita, pidato dan festival nasyid.
Seminar ini turut menampilkan ceramah yang disampaikan oleh Dr. Ahmad Safwan bin Idrus yang membincangkan topik pengurusan ibadah pesakit, dengan penekanan kepada kepentingan memudahkan pelaksanaan ibadah dalam kalangan pesakit mengikut keupayaan masing-masing. Turut dijemput sebagai juri hakim pertandingan ialah Ustazah Norsiah Ag. Tangah bersama Ustaz Mohd Safwan bagi membantu proses penilaian dan pemilihan peserta.
Dalam amanat yang disampaikan, Penaung PERKIPSCKP merangkap Pengarah Hospital Dr. Mohamad Sobri Mohamad Saupi menegaskan kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam melaksanakan tugas harian serta menjauhi sifat-sifat tercela termasuk salah laku seperti gangguan seksual serta menjalin hubungan skandal ditempat kerja. Warga kerja juga dinasihatkan agar sentiasa mengawal diri dan memperkukuh amalan kerohanian seperti berpuasa.
Pertandingan yang dianjurkan telah mencatatkan penyertaan seperti berikut:
1 peserta qari dan qariah
1 peserta pidato
3 peserta hafazan 1
Tiada penyertaan bagi pertandingan bercerita
Tiada penyertaan bagi hafazan 2
3 penyertaan kumpulan nasyid
Johan kumpulan nasyid: Syujaah - https://youtu.be/NvxS9bpOh5E?si=6coivYXTdOqQaM9t
Naib Johan kumpulan nasyid : Wasillah - https://youtu.be/wkZ0O3kFGlo?si=6Tpvyv_ewt5dSkVR
Ketiga kumpulan nasyid: Zahrat Samawia - https://youtu.be/C-0J1wFv5Pg?si=BRGLzwgEOccqWiWZ
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan perakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen serta kerjasama semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Diharapkan program seumpama ini akan terus menjadi platform dalam melahirkan warga kerja yang berintegriti, berakhlak mulia serta cemerlang dalam perkhidmatan.