JPKK Wakaf Tengah, Batu Rakit

JPKK Wakaf Tengah, Batu Rakit JPKK Wakaf Tengah yang memaparkan info terkini berkaitan komuniti Kg Wakaf Tengah di DUN Batu Rakit, Terengganu.

Untuk aduan Komuniti Kampung Wakaf Tengah, bolehlah PM terus kepada Admin.

*🎮⚽ JOM SERTAI PERTANDINGAN E-Football SPORTS, 1VS1! ⚽🎮*‼️Turut Disiarkan‼️Big Screen Live Piala Dunia Peringkat Separuh...
12/07/2026

*🎮⚽ JOM SERTAI PERTANDINGAN E-Football SPORTS, 1VS1! ⚽🎮*

‼️Turut Disiarkan‼️
Big Screen Live Piala Dunia Peringkat Separuh Akhir.

💪🏆Adakah anda mempunyai kemahiran terbaik dalam eFootball? Inilah masanya untuk membuktikan kehebatan anda dan merebut hadiah wang tunai!

📅 Tarikh: Selasa, 14 Julai 2026
🕘 Masa: 9.00 malam
📍 Tempat: Balai Raya Wakaf Tengah
https://maps.app.goo.gl/PCUd2JzJrW4bnFju8

👥 Penyertaan:
* Terbuka kepada peserta UDM Wakaf Tengah (Wakaf Tengah, Balai Maras & Alor Jambu)
* Terhad kepada 32 peserta sahaja!
💵 Yuran Penyertaan: Hanya RM5 seorang

🏆 Hadiah Menarik Menanti!!
‼️Daftar segera! Tempat adalah terhad dan pendaftaran akan ditutup apabila kuota 32 peserta dipenuhi.

📞 Maklumat lanjut:
📱 Matduan: 011-6376 5069
📱 Lutfi: 011-2463 0441

🔥 Ayuh cabar rakan-rakan anda, tunjukkan skil terbaik dan bawa pulang gelaran juara! Jangan lepaskan peluang ini!

🤝 Anjuran: UDM Wakaf Tengah & CT Gaming

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Dimaklumkan Haizam Salleh (Mok Teh Zam) dari Kampung Wakaf Tengah telah kembali ke r...
28/06/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Dimaklumkan Haizam Salleh (Mok Teh Zam) dari Kampung Wakaf Tengah telah kembali ke rahmatullah pada 27 Jun 2026, dan solat jenazah diadakan pada jam 11.00 pagi di Surau Muhajirin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Awang Lib.

Mesyuarat Agung PAS Cawangan Wakaf Tengah Kali ke-41 telah berlangsung dengan jayanya pada Jumaat, 1 Mei 2026, bertempat...
01/05/2026

Mesyuarat Agung PAS Cawangan Wakaf Tengah Kali ke-41 telah berlangsung dengan jayanya pada Jumaat, 1 Mei 2026, bertempat di Balai Komuniti Wakaf Tengah. Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari ini menyaksikan kehadiran seramai 40 orang Muslimin dan Muslimat.

Majlis berakhir dengan ucapan pentupan oleh YB Ustaz Haji Mohamad Shafizi Ismail. Semoga mesyuarat ini terus memperkukuh saf perjuangan serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam memperjuangkan Islam.


Alhamdulillah, Majlis Keraian Eidul Fitri 1447 anjuran JPKK Wakaf Tengah telah berlangsung dengan meriah, menghimpunkan ...
18/04/2026

Alhamdulillah, Majlis Keraian Eidul Fitri 1447 anjuran JPKK Wakaf Tengah telah berlangsung dengan meriah, menghimpunkan sekitar 300 orang terdiri daripada keluarga pelajar kelas Iqra’/Al-Quran, peserta tadarus Ramadan serta komuniti setempat. Kehadiran yang menggalakkan ini jelas menggambarkan eratnya ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Pelbagai juadah menarik disajikan, menambah kemeriahan suasana, di samping tarikan photo booth yang merakam kenangan indah para hadirin. Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar yang menghiburkan serta menyentuh hati, mencerminkan hasil didikan yang baik dalam mendekatkan generasi muda dengan Al-Quran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta para penyumbang yang telah menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar dan diberkati.

✴️JPKK Wakaf Tengah✴️KEBAKARAN RUMAH DI KG WAKAF TENGAHWakaf Tengah, 3 April – Sebuah rumah terbakar sekitar 12.05 pagi ...
03/04/2026

✴️JPKK Wakaf Tengah✴️
KEBAKARAN RUMAH DI KG WAKAF TENGAH

Wakaf Tengah, 3 April – Sebuah rumah terbakar sekitar 12.05 pagi tadi, dipercayai bermula dari kedai makan kecil sebelum api cepat merebak ke beranda dan dalam rumah melalui siling.

Tiga penghuni yang sedang tidur sempat menyelamatkan diri, manakala seorang lagi tiada di lokasi ketika kejadian.

Lima jentera bomba tiba sekitar 12.26 pagi dan berjaya mengawal kebakaran. Tiada kecederaan dilaporkan, punca masih disiasat.

Tadarus Al-Quran JPKK Wakaf TENGAH, 2026.
04/03/2026

Tadarus Al-Quran JPKK Wakaf TENGAH, 2026.

Check out NorUzair’s video.

✴️JPKK Wakaf Tengah✴️   Alhamdulillah, Majlis Muafakat Bertadarus & Khatam Quran 1.0 Ramadhan 1447 anjuran JPKK Wakaf Te...
04/03/2026

✴️JPKK Wakaf Tengah✴️

Alhamdulillah, Majlis Muafakat Bertadarus & Khatam Quran 1.0 Ramadhan 1447 anjuran JPKK Wakaf Tengah telah berlangsung dengan penuh tertib dan barakah di Balai Komuniti JPKK Wakaf Tengah pagi tadi. Seramai 70 peserta dalam kalangan Muslimin, Muslimat dan remaja komuniti Wakaf Tengah serta kawasan sekitar hadir memeriahkan majlis, menyatukan suara dalam lantunan ayat-ayat suci yang mengalun lembut seperti embun Ramadhan.
Dalam ucapan penutup, Pengerusi JPKK menegaskan bahawa majlis ini bukan sekadar menandakan tamatnya 30 juzuk al-Quran, tetapi menjadi titik mula untuk terus mendekatkan diri dengan al-Quran, membacanya dengan istiqamah, memahami maknanya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Beliau turut mendoakan agar segala usaha, bacaan dan pengorbanan para peserta diterima sebagai amal soleh serta menjadi syafaat di akhirat kelak.
Bagi pihak penganjur, beliau juga memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga semangat muafakat ini terus subur, dan al-Quran sentiasa menjadi cahaya yang memimpin langkah komuniti kita. 📖✨

✴️JPKK Wakaf Tengah✴️   Alhamdulillah, Program Infaq Ramadhan & Cakna Komuniti 2026/1447H anjuran PCWT dan JPKK Wakaf Te...
28/02/2026

✴️JPKK Wakaf Tengah✴️

Alhamdulillah, Program Infaq Ramadhan & Cakna Komuniti 2026/1447H anjuran PCWT dan JPKK Wakaf Tengah telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Balai Komuniti Wakaf Tengah. Seramai 100 penerima dalam kalangan keluarga yang memerlukan telah menerima sumbangan barangan dapur serta wang tunai hasil infaq para dermawan. Segala urusan dipermudahkan dengan kerjasama erat jawatankuasa dan sukarelawan yang bertungkus-lumus sejak awal pagi. 🤲
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penyumbang yang menyumbang melalui tunai, pindahan QR dan juga barangan keperluan. Setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi penyeri Ramadhan buat para penerima dan meringankan beban menjelang Syawal. Sokongan padu masyarakat membuktikan semangat cakna komuniti terus subur dan mekar di Wakaf Tengah.✨
Semoga segala infaq yang disalurkan pada bulan Ramadhan al-Mubarrak ini dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan dalam kehidupan semua penyumbang. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan, moga kita terus dipertemukan dalam program kebajikan yang akan datang. 🌙

Majlis Muafakat Bertadarus & Khatam Quran 1.0, Ramadhan 1447Mengapa Majlis Khatam :1. Ramadhan bulan yg sinonim dgn  nuz...
04/02/2026

Majlis Muafakat Bertadarus & Khatam Quran 1.0, Ramadhan 1447

Mengapa Majlis Khatam :
1. Ramadhan bulan yg sinonim dgn nuzul quran
2. Sunnah Rasulullah saw bertadarus quran & khatam bersama muafakat dgn Jibril as.
3. Membaca al quran & khatam adalah antara amal ibadah pelengkap ibadah puasa Ramadhan.
4. Ruangkanlah sedikit masa untuk al quran

Tarikh :
4hb Mac 2026 / 14 Ramadhan 1447
Hari : Rabu
Masa : 8.30 - 10.00 pg
Tempat :
Balai Komuniti JPKK Wakaf Tengah.

Penyertaan terbuka kepada semua muslimat ahli komuniti,
1. Remaja
2. Muslimat ahli komuniti Wakaf Tengah, Pengkalan Maras, Alor Jambu, Balai Maras, Perumahan Wakaf Tengah dll.

Penganjur: JPKK Wakaf Tengah

Maklumat lanjut & pendaftaran, sila hubungi
1. Pn Sarayati Jaafar
Tel : 0179 9861936
2. Pn Haslina Taib
Tel : 019 3994462
3. Pn Akhdzatul Izzati hj.Adnan
Tel : 011 38496076

Atau secara online
forms.gle/NdtneeHmCiQmhiM5A

Urusetia @ Uruselia Majlis Muafakat Quran Ramadhan, JPKK Wakaf Tengah*

Address

Kuala Nerus
21020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Wakaf Tengah, Batu Rakit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share