Ummah Care Malaysia - NGO

Ummah Care Malaysia - NGO Sebuah pertubuhan kebajikan yang dimulakan pada 2008 untuk membantu masyarakat dan ummah
(1)

Ummah Care Malaysia ditubuhkan pada 16 September 2008 di bawah Ikatan Amanah dan pada 15 November 2016 secara sah berdaftar dengan ROS sebagai sebuah badan Bukan Kerajaan(NGO). Ummah Care berhasrat untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepe

ntingan masyarakat Malaysia. Pertubuhan Kebajikan Kasih Ummah Malaysia, or better known as Ummah Care Malaysia, was established on 16 September 2008 under the Trust and on 15 Novemver 2016 was legally registered with Registrar of Societies (ROS) as a Non-Governmental Organization (NGO). Ummah Care Malaysia is a charity organization that was created to be a connecting field of ummah love by collecting funds and managing donations in any form of community welfare, health, education and other charitable purposes for the benefit of the Malaysian community.

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang bai...
10/06/2026

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik,”
(Surah Al-Nahl: 125)

Dalam menyampaikan dakwah kepada non-Muslim, sperkara berikut perlu diberi perhatian:
1. Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai qudwah dan uswah yang terbaik.
2. Pamerkan peribadi dan akhlak yang unggul kerana ia amat terkesan dalam kehidupan seseorang. Dengan sebab itu dikatakan, lisan al-hal lebih kuat daripada lisan al-maqal.
3. Bersikap jujur dan benarlah kepada mereka, ini kerana ia lebih menusuk kalbu sehingga memberi sebuah kesedaran kepada jiwanya.
4. Bersifat pemurahlah kepada mereka seperti memberi makan dan membantu apabila mereka memerlukan kerana kesannya akan dibalas dengan ingin memeluk agama Islam atau mengikut pendakwah tersebut.
5. Elakkan perbahasan atau perdebatan tetapi berilah penerangan dan bersabarlah kerana kesannya cukup besar.

Oleh itu seorang pendakwah perlulahmempunyai keperibadian yang berakhlak mulia sebagai contoh kepada masyarakat sekeliling.

Dakwah adalah tugas asasi bagi setiap umat Islam untuk menyeru, mengajak, menyampaikan dan memperkenalkan kepada manusia...
09/06/2026

Dakwah adalah tugas asasi bagi setiap umat Islam untuk menyeru, mengajak, menyampaikan dan memperkenalkan kepada manusia mengenai ajaran agama Islam. Dakwah juga boleh didefinisikan sebagai gerakan berterusan mengajak manusia ke jalan Allah SWT supaya mereka mendapat kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung”.
(Surah Al-Imran: 104)

Membawa manusia yang berada di dalam kegelapan untuk menerima cahaya kebenaran atau beristiqamah dalam menerima kebenaran adalah satu pekerjaan yang amat berat. Namun begitu, pekerjaan yang mulia inilah merupakan pekerjaan para nabi dan rasul iaitu membawa manusia ke jalan hidayah. Sesungguhnya pahala yang amat besar dijanjikan Allah SWT kepada orang yang berjaya mengislamkan atau membantu mengislamkan seseorang.

04/06/2026

Masa program Qurban Aidil Adha di Cebu baru-baru ini, kami turut berpeluang menyampaikan tudung dan telekung kepada Mualaf Muslimah di sana. Doakan semoga mereka istiqamah menutup aurat.

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana memberikan peluang sekali lagi kepada team Ummah Care Malaysia dan para suk...
03/06/2026

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana memberikan peluang sekali lagi kepada team Ummah Care Malaysia dan para sukarelawan untuk melaksanakan ibadah qurban di Cebu, Filipina. Terima kasih jugak kepada semua yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan ibadah qurban bagi pihak mereka.

Semoga Allah SWT menerima ibadah qurban ini dan memberkati usaha yang dilakukan ini.

9 Zulhijjah bukan sekadar tarikh dalam kalendar Islam. Ia mengandungi pengertian yang lebih besar kepada umat Islam. Pad...
26/05/2026

9 Zulhijjah bukan sekadar tarikh dalam kalendar Islam. Ia mengandungi pengertian yang lebih besar kepada umat Islam. Pada tarikh ini jutaan manusia berpakaian sama dengan keadaan sederhana, berpanas dan berpeluh, berkumpul beramai-ramai di Padang Arafah. Waktu ini tiada lagi tanda kekayaan bahkan perbezaan pangkat antara satu sama lain.

Pada ketika ini, Padang Arafah menjadi saksi perhimpunan jiwa-jiwa yang dari mereka yang datang dengan pelbagai kisah hidup, dosa dan harapan. Di sinilah manusia tidak lagi sekadar meminta, tetapi mengaku. Mengaku kelemahan, mengaku kesilapan, dan mengaku bahawa dirinya tidak mampu tanpa bantuan Allah. Maka bersungguh-sungguhlah mereka berdoa mencari keampunan dari Maha Pencipta.

Antara kelebihan-kelebihan Hari Arafah adalah:

1.Hari Arafah adalah rukun daripada haji.
2.Hari Arafah adalah hari di mana agama ini telah sempurna.
3.Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam.
4.Hari Arafah adalah hari Penyaksian.
5.Kebesaran berdoa di hari Arafah.
6.Puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
7.Hari keampunan dan pelepasan dari api neraka.

Hari Arafah adalah satu hari yang istimewa sebagaimana bulan Zulhijjah juga. Ia tidak datang setiap minggu. Ia datang sekali setahun dan setiap kali ia datang, ia membawa peluang yang sama: untuk kembali. Panjatkanlah doa dengan seikhlasnya kerana doa yang ikhlas pasti ada kesannya.

🐄 Rayuan Akhir Qurban Buat Muallaf Cebu, Filipina 🐐Bayangkan… jika tahun ini mereka sekali lagi dapat merasai nikmat dag...
20/05/2026

🐄 Rayuan Akhir Qurban Buat Muallaf Cebu, Filipina 🐐

Bayangkan… jika tahun ini mereka sekali lagi dapat merasai nikmat daging qurban hasil sumbangan kita. ❤️

Baru 4 ekor lembu terkumpul.
Sedangkan sasaran kami 9 ekor untuk diagihkan kepada mualaf di 3 masjid dan 1 surau di Cebu, Filipina.

Di sinilah ribuan penduduk memeluk Islam.
Di sinilah para mualaf belajar solat, mengaji dan mengenal Islam.
Dan di sinilah juga saudara baru kita menanti kegembiraan Aidiladha. 🥺

Tahun lepas, hampir 300 penduduk melafazkan syahadah di kawasan dakwah kami.
Insya-Allah, ibadah qurban anda bukan sekadar memberi makanan… tetapi menguatkan hati saudara baru untuk terus istiqamah bersama Islam.

▫️ 1 Bahagian Lembu — RM620
▫️ 1 Ekor Kambing — RM600

📌 Daftar sekarang:
https://ummahcaremalaysia.com/qurban-for-muallaf-2026/

“Sedikit dari kita… sangat besar maknanya buat mereka.” 🤲

"Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memaks...
19/05/2026

"Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memaksudkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)

Bulan Zulhijjah adalah salah satu bulan yang sangat istimewa dalam kalendar Islam. Ia merupakan bulan ke-12 dan terakhir dalam kalendar Hijriah dan mempunyai banyak kelebihan serta keutamaan. Berikut adalah beberapa kelebihan bulan Zulhijjah:

1)Hari-Hari yang Diberkati
Sepuluh Hari Pertama Zulhijjah dianggap sebagai hari-hari yang paling mulia dan diberkati. Amalan soleh yang dilakukan dalam hari-hari ini sangat digalakkan dan mempunyai ganjaran yang besar.

Hari Arafah (9 Zulhijjah): Hari Arafah adalah hari yang paling penting dalam 10 hari pertama. Ia adalah hari di mana jemaah haji berkumpul di Padang Arafah untuk berwukuf, yang merupakan salah satu rukun haji. Berpuasa pada hari ini bagi mereka yang tidak menunaikan haji dianggap sebagai sunnah dan dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

2)Ibadah Haji
Haji adalah rukun Islam yang ke-5 dan ia hanya boleh dilaksanakan pada bulan ini. Menunaikan haji membawa ganjaran yang besar dan dianggap sebagai puncak pengabdian seorang Muslim kepada Allah SWT.

3)Hari Raya Aidiladha
Aidiladha, juga dikenali sebagai Hari Raya Korban, disambut pada 10 Zulhijjah. Ia adalah salah 1 daripada 2 hari raya utama dalam Islam. Hari ini memperingati kesediaan Nabi Ibrahim a.s. untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s. sebagai tanda kepatuhan kepada Allah SWT.

4)Amalan Qurban
Pada hari ini, umat Islam dianjurkan untuk melakukan ibadah qurban dengan menyembelih haiwan seperti kambing, lembu atau unta. Daging qurban kemudian dibahagikan kepada keluarga, jiran dan golongan yang memerlukan.

5)Peluang untuk Ibadah dan Doa
10 hari pertama Zulhijjah adalah masa yang sesuai untuk memperbanyakkan ibadah seperti solat, puasa, zikir, membaca Al-Quran dan bersedekah. Amalan-amalan ini sangat dianjurkan kerana ganjarannya yang berlipat ganda.

6)Doa Mustajab
Hari-hari dalam bulan Zulhijjah, terutamanya Hari Arafah, adalah masa yang mustajab untuk berdoa. Banyak ulama menganjurkan agar umat Islam memperbanyakkan doa dan memohon ampun serta keberkatan dari Allah SWT pada hari-hari ini.

Disebabkan kelebihan yang dinyatakan ini umat Islam digalakkan untuk meningkatkan amalan ibadah dan mengambil peluang ini untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Mendidik individu mualaf di negara bukan Islam memerlukan kepada pendekatan dan kaedah berbeza berbanding di negara Isla...
18/05/2026

Mendidik individu mualaf di negara bukan Islam memerlukan kepada pendekatan dan kaedah berbeza berbanding di negara Islam. Kebanyakan pendakwah lebih memilih pendekatan dakwah secara praktikal berbanding kaedah lain kerana ianya lebih mesra dan dilihat tidak membebankan terutama bagi yang tinggal di kawasan pendalaman.

Bimbingan dan kaunseling secara berhadapan dan terus dilihat lebih dekat di hati kerana ia mempunyai dua hala komunikasi. Sama ada individu atau kelompok, kaedah ini berupaya menjadi medium mereka untuk menceritakan permasalahan yang dihadapi dengan lebih jelas.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."
( Al-Nahl :125)

“Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiap...
15/05/2026

“Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.”
(Surah al-Syura: 49)

“Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian bagimu”
(Surah at-Taghaabun: 15)

Dua ayat di atas menunjukkan bahawa anak-anak adalah satu amanah besar kepada kedua ibubapa tanpa mengira jantina. Ibubapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya supaya dapat mendidik anak-anak dengan sebaiknya.

Antara tanggungjawab ibu bapa bukan skadar memberi makan dan pakai semata-mata tetapi sebagai manusia amat perlu melakukan lebih daripada itu. Antaranya:

Mendidik
Mengajar
Mengasuh
Memberi hak kepada mereka
Menyuruh solat dan beribadat atau amal makruf
Melarang sebarang bentuk kemungkaran atau nahi munkar.

Kedua ibubapa akan sentiasa menjadi tempat rujukan kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak. Oleh itu ibubapa perlu memastikan bahawa mereka mengamalkan perkara-perkara yang akan menjadi ikutan baik kepada anak-anak pada masa akan datang.

Ilmu Basic Life Support (BLS) atau Bantuan Asas Hayat merupakan kemahiran perubatan kecemasan yang amat penting dan sang...
13/05/2026

Ilmu Basic Life Support (BLS) atau Bantuan Asas Hayat merupakan kemahiran perubatan kecemasan yang amat penting dan sangat selari dengan prinsip Islam. Dalam Islam, memelihara nyawa adalah salah satu daripada maqasid syariah (tujuan utama syariat) yang wajib dijaga.

Selain salah satu kemahiran penting dalam kehidupan, ilmu seperti ini menepati salah satu aspek yang digariskan dalam Islam iaitu Menjaga dan menyelamatkan nyawa (Hifz al-nafs).

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ma'idah, ayat 32:"...dan sesiapa yang memelihara keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara keselamatan hidup manusia semuanya." (Surah Al-Ma'idah: 32)

Address

No. 51, Taman Sri Kenangan
Kuala Nerang
06300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047860478

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ummah Care Malaysia - NGO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ummah Care Malaysia - NGO:

Share