PPMD Kuala Muda

Directions

PPMD Kuala Muda PPM Daerah Kuala Muda

Salam Maulidur Rasul
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul

24/08/2026

Seluruh warga Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pengakap Negara, YBhg. Mej. Jen. Datuk Wira Prof. Dr. Mohd. Zin bin Bidin, atas penganugerahan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali bin Mohd Rustam, dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang diadakan bersempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ke-77.

Pengiktirafan ini amat bermakna dan mencerminkan jasa, kepimpinan serta sumbangan besar YBhg. Datuk Wira dalam memperkasa Pergerakan Pengakap di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kepimpinan beliau turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa menerusi pelantikan sebagai Pengerusi Pengakap Wilayah Rantau Asia-Pasifik bagi penggal 2025โ€“2028.

Di peringkat kebangsaan, beliau turut menerajui hala tuju strategik Pergerakan Pengakap melalui Pelan Strategik PPM 2025โ€“2028, sebagai panduan dalam memperkukuh pembangunan organisasi dan kepengakapan di Malaysia.

Semoga YBhg. Datuk Wira terus dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kejayaan dalam memimpin Persekutuan Pengakap Malaysia serta membentuk generasi muda yang berdisiplin, berintegriti dan berjiwa kepimpinan.

Tahniah, YBhg. Datuk Wira!

24/08/2026

๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐ฎ๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐š๐ฉ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š!

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan syabas kepada ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐— ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—น ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ผ๐—ฟ ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ช๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ ๐——๐—ฟ. ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ญ๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ป (๐—•), ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ, atas pengurniaan ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐—–๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ (๐——.๐—–.๐—ฆ.๐— .) ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ช๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna atas jasa, kepimpinan, sumbangan serta khidmat bakti beliau yang berterusan dalam pembangunan kepengakapan dan masyarakat.

Semoga pengurniaan ini menjadi pemangkin untuk terus mencurahkan bakti dan memimpin dengan penuh dedikasi, integriti serta kecemerlangan.

Sekalung tahniah dan syabas, YBhg. Datuk Wira!

Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga Pengakap Malaysia.

๐—œ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ :
๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต

โ€œTogether We Leadโ€
โ€œGemilang Pengakap Kedahโ€

23/08/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ค๐ณ๐ข๐š๐ก & ๐ƒ๐ฎ๐ค๐š๐œ๐ข๐ญ๐š

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dengan penuh rasa dukacita, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah merakamkan ucapan takziah atas pemergian ke rahmatullah:

Allahyarham Tuan Osman bin Chin
Pesuruhjaya Latihan Negeri Kedah

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 23 Ogos 2026.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan keampunan, diampunkan segala dosa, dilapangkan kuburnya, ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan syurga-Nya.

Kami juga mendoakan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan yang amat disayangi ini.

Segala jasa, bakti dan sumbangan Allahyarham dalam dunia kepengakapan, khususnya dalam bidang latihan Pengakap di Negeri Kedah, akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Al-Fatihah.

06/08/2026

Tahniah kerana menyertai Kuiz Hari Skaf Sedunia PPMD Kuala Muda!

Sertai Kuiz Hari Skaf Pengakap Sedunia & kongsikan gambar anda bersama skaf & friendship knot! Scan link di gambar untuk...
31/07/2026

Sertai Kuiz Hari Skaf Pengakap Sedunia & kongsikan gambar anda bersama skaf & friendship knot!

Scan link di gambar untuk menjawab kuiz.

Sempena Hari Skaf Sedunia yg bakal tiba. Jom kita refresh cara ikat ikatan "Friendship Knot"
30/07/2026

Sempena Hari Skaf Sedunia yg bakal tiba. Jom kita refresh cara ikat ikatan "Friendship Knot"

Ah, the classic friendship knot. Want to finally tackle it? Here ar...

Tatacara pemakaian Lencana bagi Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana
05/07/2026

Tatacara pemakaian Lencana bagi Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana

Address

Kuala Muda
08000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPMD Kuala Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share