30/11/2025
Matlamat Kehidupan
Hidup ini adalah perjalanan mencari reda Allah. Kita mungkin tidak sempurna, tetapi setiap hari adalah peluang memperbaiki diri. Mulakan pagi dengan hati yang jujur, niat yang bersih, dan langkah yang ikhlas. Jika hari ini lebih baik daripada semalam, itu tanda Allah sedang memberi petunjuk kepada kita. Jaga hubungan dengan manusia, namun lebih penting jaga hubungan dengan Pencipta. Kadang-kadang ujian datang tanpa sebab yang kita fahami, tetapi di sebaliknya ada hikmah yang Allah sedang susunkan. Belajarlah bersabar, kerana sabar itu bukan sekadar menahan diri, tetapi meyakini bahawa janji Allah itu pasti.
Ribath Fatimah Az Zahra
30 November 2025