12/09/2026
"MakDina, anak buah saya hamil, macam mana nak masuk Rumah Kita?" Call dari seorang kawan lama. Suaranya panik masa tu. Dia tahu tentang Rumah Kita dan tahu tentang aku yg menjadi salah seorang komitee di sini. Aku bagitahu sedikit sebanyak prosedure cara register, kena buat polis report bagai. So dia patuh.
Dua hari kemudian dia call lagi.
"Anak buah aku masuk hospital, keguguran. Kandungannya dah sampai 8 minggu. Dia di hospital sekarang." Ujarnya. "Takpelah, kalau keguguran sendiri. Ke dia makan ubat?" Soal aku.
"Dia makan ubat untuk gugurkan."
Astagfirullahalazim...
Perkongsian ini bukan untuk membuka aib sesiapa. Identiti mereka juga kami rahsiakan. Tetapi kami kongsikan sebagai satu peringatan, khususnya kepada anak-anak dan remaja di luar sana yang mungkin sedang berada dalam situasi yang sama yang hamil di luar nikah, takut, panik dan merasakan bahawa mereka sudah tidak mempunyai jalan keluar.
Di Malaysia, pengguguran tertakluk di bawah Seksyen 312 hingga 316 Kanun Keseksaan. Penamatan kehamilan mempunyai pengecualian tertentu apabila pengamal perubatan berdaftar, dengan niat baik, menilai bahawa meneruskan kehamilan membawa risiko lebih besar kepada nyawa atau kesihatan fizikal atau mental wanita tersebut.
Jangan sesekali membeli atau mengambil ubat untuk menggugurkan kandungan sendiri tanpa penilaian dan pengawasan perubatan. Ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa sendiri.
"Janin tu dia buang?" Soal aku lagi.
"Dia flush dalam toilet..."
Sekali lagi aku beristigfar.
Sedih. Apa yang telah berlaku tidak boleh diundurkan. Kami hanya berharap dia benar-benar bertaubat, belajar daripada apa yang berlaku dan tidak mengulanginya.
Percayalah anak-anak semua, apa yang kita lakukan hari ini boleh memberi kesan kepada kehidupan kita pada masa akan datang. Jangan kerana satu kesilapan, kita membuat keputusan lain dalam keadaan takut dan panik yang akhirnya membawa akibat lebih besar.
Kalau sudah terlanjur dan hamil, jangan hadapinya seorang diri. Jangan buang bayi. Jangan ambil jalan yang boleh membahayakan diri. Dapatkan bantuan.
Itulah antara sebabnya Rumah Kita wujud.🤍