Diari Hijau Ptncpi KL

Diari Hijau Ptncpi KL Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Diari Hijau Ptncpi KL, Non-Governmental Organization (NGO), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

Laman ini berkongsikan aktiviti hijau yang dilaksanakan saban hari bertujuan meningkat kesedaran umum serta mempromosikan gaya hidup lestari, disamping melestarikan inovasi penyelidikan demi impak komuniti kampus yang mapan.

๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ท๐˜‚ ๐—ฆ๐——๐—š ๐Ÿฏ: ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป & ๐—ฃ๐—ฃ๐— ๐—จ ๐—ฃ๐—ง๐—ก๐—–๐—ฃ๐—œ ๐—ž๐—Ÿ ๐—ฅ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ๐˜€ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ถ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐——๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ดKuala Lumpur, 21 Julai 2026 - Satu ...
22/07/2026

๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ท๐˜‚ ๐—ฆ๐——๐—š ๐Ÿฏ: ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป & ๐—ฃ๐—ฃ๐— ๐—จ ๐—ฃ๐—ง๐—ก๐—–๐—ฃ๐—œ ๐—ž๐—Ÿ ๐—ฅ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ๐˜€ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ถ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐——๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด

Kuala Lumpur, 21 Julai 2026 - Satu sesi lawatan tinjauan (site visit) anjuran Unit Kelestarian, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah berjaya dilaksanakan di Bukit Dinding, Setiawangsa.

Berteraskan tema "Gaya Hidup Sihat", program ini merupakan usaha berterusan dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 3: Good Health and Well-being). Sesi tinjauan ini telah dijayakan oleh 11 orang ahli peninjau yang terdiri daripada tiga orang wakil Unit Kelestarian dan lapan orang staf Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU).

Objektif utama pasukan kami berkumpul dan menjelajah Bukit Dinding adalah untuk membuat penilaian awal bagi penganjuran aktiviti kembara (hiking) jabatan yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Seawal jam 9.00 pagi, pasukan telah berkumpul dan memulakan pendakian bagi merasai sendiri pengalaman di trek tersebut. Sepanjang tinjauan, penilaian teliti telah dibuat ke atas struktur laluan, tahap keselamatan, dan kemudahan sekitar. Misi kami adalah satu: Memastikan lokasi dan trek yang dipilih adalah mesra pengguna, selamat, dan paling penting, sesuai untuk disertai oleh semua lapisan umur staf, tanpa mengira tahap kecergasan fizikal mereka.

Sebagai Unit Kelestarian, kami sentiasa menyokong inisiatif yang bukan sahaja mendekatkan warga universiti dengan kelestarian alam semula jadi, tetapi juga mempromosikan gaya hidup sihat dan kesejahteraan mental (well-being) di tempat kerja.

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli peninjau atas komitmen yang diberikan. Sebagai makluman, lawatan tinjauan ini merupakan fasa pertama dan akan diteruskan ke beberapa lokasi hiking yang lain pada masa akan datang.

Adakah Bukit Dinding bakal menjadi lokasi pilihan kita? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi mengenai aktiviti kembara ini nanti. Bersedia untuk kekal sihat dan cergas bersama! ๐ŸŒณ๐Ÿ’ช



Office of Deputy Vice-Chancellor : Research & Innovation UTM KL

KUALA LUMPUR, 8 Julai โ€“ Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UTM KL melalui Green Committee telah be...
14/07/2026

KUALA LUMPUR, 8 Julai โ€“ Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UTM KL melalui Green Committee telah berjaya melaksanakan Fasa 1 Program Tanggungjawab Sosial Universiti, iaitu Program Jalinan Kasih Lestari: Misi Insan Madani, di Rumah Kebajikan OKU Ahsana, Taman Puchong Indah.

Office of Deputy Vice-Chancellor : Research & Innovation UTM KL

Read more:

Jawatankuasa Hijau Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur telah melaksanakan Fasa 1 Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) di Rumah Kebajikan OKU Ahsana. Program ini melibatkan kempen bantuan bahan asas dan makanan yang ber

KESEIMBANGAN POPULASI, LESTARI BUMI KITA: HARI POPULASI SEDUNIA 2026 ๐ŸŒ๐Ÿ‘ฅ11 Julai 2026, kita memperingati Hari Populasi Se...
11/07/2026

KESEIMBANGAN POPULASI, LESTARI BUMI KITA: HARI POPULASI SEDUNIA 2026 ๐ŸŒ๐Ÿ‘ฅ

11 Julai 2026, kita memperingati Hari Populasi Sedunia. Dengan bilangan penduduk bumi yang kian meningkat, sambutan ini adalah satu peringatan penting tentang bagaimana pertumbuhan manusia perlu diimbangi dengan keupayaan dan kelestarian sumber alam kita.

Di Diari Hijau PTNCPI KL, kita cakna bahawa pengurusan impak populasi adalah kunci utama kepada kesejahteraan masa hadapan selaras dengan amalan:

SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan): Menggesa perancangan ruang kerja dan perbandaran yang inklusif serta cekap tenaga bagi menampung kepadatan dengan gaya hidup hijau.

SDG 5 (Kesetaraan Jantina) & SDG 3 (Kesihatan & Kesejahteraan): Memperkasakan hak, pendidikan, dan kesihatan yang saksama demi melahirkan komuniti masyarakat yang berkualiti serta produktif.

Setiap pilihan lestari yang kita amalkan di kampus hari iniโ€”daripada penjimatan air hingga pengurangan sisa makananโ€”membantu mengurangkan tekanan terhadap sumber bumi. Jom warga UTM KL, kita bersama-sama membentuk komuniti yang bertanggungjawab demi masa depan generasi akan datang! ๐ŸŒฟโœจ

LIPUTAN DIARI HIJAU PTNCPI UTM KL: PROGRAM JALINAN KASIH LESTARI BANTU PENGHUNI RUMAH AHSANAKUALA LUMPUR, 8 Julai 2026 โ€“...
08/07/2026

LIPUTAN DIARI HIJAU PTNCPI UTM KL: PROGRAM JALINAN KASIH LESTARI BANTU PENGHUNI RUMAH AHSANA

KUALA LUMPUR, 8 Julai 2026 โ€“ Menyusuli Lawatan Muhibbah bagi Misi Kemanusiaan Lestari pada 8 Mei lalu, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM Kuala Lumpur melalui Jawatankuasa Hijau PTNCPI KL terus komited merealisasikan Fasa 1 program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR). Program yang dinamakan Jalinan Kasih Lestari: Misi Insan Madani ini telah selamat disempurnakan pada hari ini di Rumah Kebajikan OKU Ahsana.

Berpandukan slogan "Bersama berkongsi, bersama lestari", inisiatif ini disempurnakan oleh Pengarah Pentadbiran PTNCPI, Profesor Ir. Dr. Mohd Ali Mohamed Yuzir. Turut hadir menjayakan kerjasama ini ialah wakil Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU), Puan Nur Syazwani Mohd Nasarodin, dan Green Manager PTNCPI, Puan Norlaili Abdul Jalal serta enam orang ahli Jawatankuasa Hijau yang lain. Sumbangan telah diterima dengan penuh kesyukuran oleh Pengurus Rumah Ahsana, Puan Fiza.

Kempen pengumpulan telah berjaya mengumpulkan sumbangan in-kind bernilai RM1,500. Bantuan ini memberi impak kesejahteraan segera untuk meringankan beban operasi buat 14 penghuni menerusi penyerahan keperluan asas seperti:

* Beras, minyak masak, dan makanan kering.
* Pakaian dan barangan kebersihan diri.
* Bantal tidur, alat tulis, dan lampin dewasa.

Menyentuh keseiringan agenda universiti dan global, Prof. Ir. Dr. Mohd Ali berkata: Program ini bukan sekadar aktiviti bermusim, tetapi manifestasi komitmen berterusan UTM mendekatkan universiti kepada masyarakat. Inisiatif ini mencerminkan semangat kepedulian warga PTNCPI, selaras dengan matlamat SDG 10 (Kurangkan Ketidaksamaan) dan SDG 1 (Tiada Kemiskinan).

Kejayaan program ini menyerlahkan utuhnya sinergi kerjasama dalam memacu agenda kelestarian sosial. Majlis turut diakhiri dengan perbincangan awal perancangan Fasa 2.

Sebagai kesinambungan, Fasa 2 dijadualkan pada awal Ogos 2026, memfokuskan aktiviti khidmat masyarakat bagi menceriakan kesejahteraan fizikal premis. Pejabat TNCPI KL berharap jalinan inklusif ini terus mampan dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif lestari pada masa hadapan.

"Sekecil-kecil sumbangan, sebesar-besar maknanya."

Office of Deputy Vice-Chancellor : Research & Innovation UTM KL

08/07/2026

Mulakan hari ini dengan amalan hijau! Padam lampu tak guna, jimatkan kertas. Kerja berkat, bumi pun selamat. ๐ŸŒฟโœจ

08/07/2026

LESTARI MINDA: PENAT OTAK ITU REAL ๐Ÿง ๐Ÿ’š

Di sebalik meja pejabat, ada minda yang berkerja tanpa henti sehingga keletihan itu dibawa pulang ke rumah. Dari sudut kelestarian, SDG 3 (Kesihatan Baik & Kesejahteraan) bukan sekadar tentang kesihatan fizikal, malah ia merangkumi ekosistem mental yang mampan.

Memerah idea demi tugasan hijau memang mencabar, namun produktiviti yang lestari tidak lahir daripada otak yang lesu. Kita perlu bijak mengimbangi beban kerja demi mengelakkan burnout.

Jom warga PTNCPI KL, ambil masa untuk pause dan rehatkan minda. Kesihatan mental kita adalah pelaburan jangka panjang terbaik demi kelestarian diri dan organisasi! ๐ŸŒฟโœจ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,โ€‹Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat TNCPI KL, melalui Unit Kelestarian, akan mengan...
07/07/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

โ€‹Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat TNCPI KL, melalui Unit Kelestarian, akan menganjurkan Program Jalinan Kasih Lestari. Program tanggungjawab sosial ini bertujuan untuk mengumpul sumbangan barangan keperluan asas untuk diserahkan kepada Rumah Ahsana 1, Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur.

โ€‹Sehubungan dengan itu, pihak urusetia mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan. Butiran pengumpulan barang adalah seperti ketetapan berikut:

โ€‹๐Ÿ“… Tarikh Pengumpulan: 6 Julai 2026 (Isnin)
โฐ Masa: 3.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Makmal Jalanraya P103

โ€‹๐Ÿ“ฆ Senarai Barangan Keperluan yang Disyorkan:
โ€ข Beras
โ€ข Meehoon
โ€ข Minyak Masak
โ€ข Tepung
โ€ข Sardin
โ€ข Telur
โ€ข Lampin Dewasa (Pampers)
โ€ข Tisu Dapur

(Tarikh serahan sumbangan kepada pihak rumah kebajikan adalah pada 8 Julai 2026, 12.00 Tengah Hari).

โ€‹๐Ÿ“ž Sumbangan Alternatif:
Bagi warga jabatan yang berhasrat untuk menyumbang tetapi tidak berkelapangan untuk membeli barang, pihak tuan/puan boleh berhubung terus dengan Puan Norlaili di talian 018-2291286.

โ€‹Setiap sumbangan dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amatlah bermakna dan dihargai. Bersama kita membina komuniti prihatin.

โ€‹"Bersama berkongsi, bersama lestari."

โ€‹Terima kasih.

Office of Deputy Vice-Chancellor : Research & Innovation UTM KL

MEMELIHARA WARISAN, MEMBINA MASA DEPAN: HARI BANDAR WARISAN DUNIA GEORGE TOWN 2026 ๐Ÿ›๏ธโœจ7 Julai 2026 ini, jom kita sama-sa...
07/07/2026

MEMELIHARA WARISAN, MEMBINA MASA DEPAN: HARI BANDAR WARISAN DUNIA GEORGE TOWN 2026 ๐Ÿ›๏ธโœจ

7 Julai 2026 ini, jom kita sama-sama menghayati keindahan sepotong sejarah negara sempena Hari Bandar Warisan Dunia George Town. Pengiktirafan tapak UNESCO ini bukan sekadar tentang bangunan lama, malah ia adalah bukti keharmonisan kepelbagaian budaya yang hidup subur merentas zaman.

Di Diari Hijau PTNCPI KL, kita percaya bahawa kelestarian bukan sahaja melibatkan alam semula jadi, tetapi juga pemeliharaan warisan ketara dan tidak ketara selaras dengan:

SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan): Menyokong sasaran pemuliharaan khazanah budaya, seni bina pra-war, dan identiti komuniti bandar agar terus diwarisi generasi masa hadapan.

SDG 12 (Penggunaan & Pengeluaran Bertanggungjawab): Mengangkat konsep adaptive reuse (guna semula bangunan bersejarah) yang mengurangkan sisa sisa binaan conkrit dan jejak karbon pembangunan baharu.

Mari kita suburkan rasa bangga terhadap identiti nasional dan kekal komited memelihara tapak warisan bersejarah kita demi masa depan yang mampan! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒฟ

LAUTAN LESTARI, NADI KEHIDUPAN: HARI LAUTAN SEDUNIA 2026 ๐ŸŒŠ๐Ÿ’™Tanggal 8 Jun 2026, kita memperingati Hari Lautan Sedunia. Wa...
17/06/2026

LAUTAN LESTARI, NADI KEHIDUPAN: HARI LAUTAN SEDUNIA 2026 ๐ŸŒŠ๐Ÿ’™

Tanggal 8 Jun 2026, kita memperingati Hari Lautan Sedunia. Walaupun kampus kita berada di tengah kota, tahukah anda bahawa setiap rantaian ekosistem di daratan mempunyai impak yang amat besar terhadap kelangsungan hidupan marin?

Lautan bukan sahaja membekalkan lebih 50% oksigen yang kita hirup, malah ia merupakan penyerap karbon terbesar bumi. Melalui inisiatif Diari Hijau PTNCPI KL, kita bersama-sama menyokong:

SDG 14 (Kehidupan Di Bawah Air): Mengurangkan sisa dari daratan, terutamanya plastik sekali guna, daripada mengalir dan mencemarkan ekosistem laut.

SDG 13 (Tindakan Terhadap Iklim): Menyokong pemuliharaan lautan sebagai pengawal selia iklim global utama.

Setiap botol plastik yang kita kitar semula dan setiap sisa yang diuruskan dengan betul di kampus adalah pelindung kepada hidupan di bawah air. Jom warga UTM KL, kita kekalkan tabiat bebas plastik demi lautan yang lebih bersih dan masa depan yang lestari! ๐Ÿฆˆ๐ŸŒฟ

Aktiviti: Kayuhan Lestari: Ride for Earth, Ride for FutureTarikh: Rabu, 3 Jun 2026, Masa: 8.00 pagi hingga 9.30 pagiSemp...
03/06/2026

Aktiviti: Kayuhan Lestari: Ride for Earth, Ride for Future
Tarikh: Rabu, 3 Jun 2026,
Masa: 8.00 pagi hingga 9.30 pagi
Sempena: Sambutan Hari Berbasikal Sedunia dan Minggu Biodiversiti peringkat UTM
Route Kayuhan: Sekitar 2 km mengelilingi kampus UTM KL

Address

Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
54100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diari Hijau Ptncpi KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share