08/05/2026
๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐๐ข๐ฃ๐๐ฎ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ค๐ฌ๐๐ง๐ ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐ฎ๐ก๐ข๐๐๐๐ก ๐ค๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐๐ก ๐๐๐๐๐ฃ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐ ๐๐๐ ๐ข ๐๐ข๐ฌ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ญ๐๐ซ๐ข
KUALA LUMPUR, 8 Mei 2026 โ Jawatankuasa Hijau Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (PTNCPI) KL telah melaksanakan satu lawatan muhibbah ke Rumah Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur pada pagi tadi. Lawatan yang bermula jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari ini merupakan langkah awal dalam merealisasikan program Tanggungjawab Sosial (USR) yang telah dirancang dalam mesyuarat jawatankuasa sebelum ini.
Delegasi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai oleh Ts. Mohd Hazri bin Ishak, bersama Pn. Norlaili binti Abd Jalal, Ts. Wan Abdul Fattah bin Wan Abdullah, En. Amirulhail bin Ishak, dan Pn. Sarah Nadeha binti Samad. Kehadiran mereka telah disambut mesra oleh Pn. Fiza (Pengurus Rumah Kebajikan OKU Ahsana 2) dan Cik Syafura (Pengurus Rumah Kebajikan OKU Ahsana 1).
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengenal pasti latar belakang operasi, profil penghuni, serta keperluan bantuan mendesak yang diperlukan oleh pihak Ahsana. Hasil pemerhatian mendapati terdapat dua cawangan rumah kebajikan, di mana Rumah Ahsana 1 menempatkan 14 orang asnaf OKU, manakala Rumah Ahsana 2 dihuni oleh 12 orang. Separuh daripada keseluruhan penghuni merupakan kanak-kanak, dengan kos pengoperasian setiap rumah mencecah RM24,000 sebulan.
Berdasarkan dapatan tersebut, pihak jawatankuasa mencadangkan sumbangan berbentuk keperluan asas seperti barangan makanan dalam tin, beras, dan telur, serta bahan pembersihan diri khusus untuk kegunaan penghuni OKU. Selain bantuan material, program khidmat masyarakat turut dirancang meliputi aktiviti pembersihan, mengecat, sesi pendidikan, kemahiran asas, serta program motivasi bagi menceriakan penghuni.
Inisiatif ini secara langsung menyokong matlamat SDG 1 (Tiada Kemiskinan) dan SDG 10 (Kurangkan Ketidaksamaan) melalui sokongan kepada golongan rentan. Program bantuan penuh ini dijangka akan dilaksanakan pada Julai 2026. Melalui usaha ini, PTNCPI KL berharap dapat meringankan beban pihak pengurusan Ahsana sekaligus memupuk nilai ihsan dan keprihatinan dalam kalangan warga universiti.
Office of Deputy Vice-Chancellor : Research & Innovation UTM KL