Polis Bantuan YTL

Call Directions Website

Polis Bantuan YTL Polis Bantuan YTL
Profesional, Berintegriti, Berdisiplin

🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H 🌙“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”Semoga sam...
24/08/2026

🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H 🌙

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati dan mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Semoga kita terus memperkukuh nilai amanah, disiplin, integriti dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

✨ Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

🇲🇾 SELAMAT HARI PAHLAWAN 2026 🇲🇾31 Julai 2026Polis Bantuan YTL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan k...
31/07/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI PAHLAWAN 2026 🇲🇾

31 Julai 2026

Polis Bantuan YTL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan kepada seluruh perwira negara yang telah berkorban demi mempertahankan keamanan, kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Jasa dan pengorbanan para pahlawan tidak akan pernah dilupakan. Semangat juang, keberanian dan patriotisme mereka akan terus menjadi inspirasi kepada generasi kini dan akan datang.

“Pahlawan Dikenang, Jasamu Sepanjang Zaman.”

KUNJUNGAN HORMAT YTL MANAGEMENT SDN. BHD. DAN PAKATAN PETROLEUM SDN. BHD. KEPADA KETUA POLIS DAERAH GOMBAKYTL Management...
30/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT YTL MANAGEMENT SDN. BHD. DAN PAKATAN PETROLEUM SDN. BHD. KEPADA KETUA POLIS DAERAH GOMBAK

YTL Management Sdn. Bhd. bersama Pakatan Petroleum Sdn. Bhd. telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan mengadakan pertemuan bersama Ketua Polis Daerah Gombak, YDH ACP Ibrahim bin Husin.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan perkara berkaitan tanah-tanah milik YTL yang berada di sekitar kawasan Gombak, termasuk kawasan Associated Pan Malaysia Cement (APMC), serta perkembangan projek pembinaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) yang diusahakan oleh Pakatan Petroleum Sdn. Bhd.

YTL Management Sdn. Bhd. telah diwakili oleh YBhg. Dato’ Sri Zulkifli bin Abdullah, Pengarah YTL Management Sdn. Bhd., dan YBhg. Datuk Haji Rasdi bin Ramli, Pengurus Besar Kanan YTL Management Sdn. Bhd. Manakala Pakatan Petroleum Sdn. Bhd. diwakili oleh Tuan Mohamad Zaid bin Dato’ Mohamad Zainal Abidin, Pengarah Pakatan Petroleum Sdn. Bhd., dan Encik Andrew De Souza, Pengurus Besar Pakatan Petroleum Sdn. Bhd.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh hubungan kerjasama dan komunikasi strategik demi memastikan aspek keselamatan, pembangunan serta kepentingan bersama dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

🚨PENGAMBILAN KONSTABEL POLIS BANTUAN YTL SEDANG DIBUKA!🚨Anda sedang mencari kerjaya dalam bidang keselamatan dan penguat...
30/07/2026

🚨PENGAMBILAN KONSTABEL POLIS BANTUAN YTL SEDANG DIBUKA!🚨

Anda sedang mencari kerjaya dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan? Inilah peluang untuk menyertai pasukan Polis Bantuan YTL! 👮‍♂️👮‍♀️

📌 Syarat Kelayakan:
✅ Warganegara Malaysia
✅ Berumur tidak melebihi 35 tahun
✅ Minimum kelulusan SPM
✅ Mempunyai lesen memandu B2 & D
✅ Tiada rekod jenayah

🎁 Kemudahan & Faedah Menarik:
💰 Gaji asas RM2,000 + Elaun Tetap RM500
🏖️ Cuti tahunan
👮‍♂️ Pakaian seragam disediakan
🎉 Bonus tahunan
⏱️ Bayaran kerja lebih masa (OT)
🏥 Faedah perubatan
💼 Caruman KWSP & PERKESO
📱 Telefon bimbit & kad SIM (YES) percuma
📈 Saham

📅 Tarikh tutup permohonan: 15 Ogos 2026

📲 Berminat? Scan QR Code pada poster untuk menghantar resume anda!

📞 Sebarang pertanyaan: KPL PB (W) Rafeza – 03-40659969
🕘 Isnin – Jumaat | 0900HRS – 1700HRS

Jangan lepaskan peluang ini! Sertai Polis Bantuan YTL dan bina kerjaya bersama kami! 💙

KUNJUNGAN HORMAT YTL MANAGEMENT SDN. BHD. KE JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (JSPT), PDRMYTL Management Sdn. ...
28/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT YTL MANAGEMENT SDN. BHD. KE JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (JSPT), PDRM

YTL Management Sdn. Bhd., yang diwakili oleh Dato’ Sri Zulkifli bin Abdullah, Pengarah YTL Management Sdn. Bhd., dan Datuk Rasdi bin Ramli, Ketua Jabatan Keselamatan Polis Bantuan YTL, telah mengadakan kunjungan hormat kepada YDH CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah bin Ali, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), PDRM, bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik dalam bidang keselamatan jalan raya, penguatkuasaan dan teknologi.

Kunjungan ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan sistem telematik serta keupayaan teknologi yang dibangunkan oleh YTL Communication, khususnya dalam membantu pemantauan kenderaan dan pemandu serta meningkatkan tahap keselamatan dan pematuhan di jalan raya.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk kerjasama dalam taklimat dan latihan keselamatan jalan raya kepada pemandu YTL, penggunaan teknologi dan sistem telematik, pembangunan profil pemandu dan kenderaan bagi tujuan vetting, penerokaan sistem e-Reporting trafik serta penglibatan YTL dalam Ops Selamat.

YTL Management Sdn. Bhd. merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JSPT atas kesudian menerima kunjungan ini serta atas perkongsian pandangan dan cadangan yang amat bernilai. Semoga hubungan strategik antara YTL Management Sdn. Bhd. dan JSPT, PDRM terus diperkukuhkan dalam usaha bersama meningkatkan keselamatan jalan raya serta memperkasakan penggunaan teknologi dalam penguatkuasaan.

SALAM TAKZIAH | AL-FATIHAHSeluruh warga Polis Bantuan YTL merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Sa...
20/07/2026

SALAM TAKZIAH | AL-FATIHAH

Seluruh warga Polis Bantuan YTL merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Sarjan Mohd Zahid Bin Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Julai 2026.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh warga Polis Bantuan YTL. Semoga segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat menjadi amal soleh yang diterima di sisi Allah SWT.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, mengurniakan tempat dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh serta memberikan ketabahan dan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.

Al-Fatihah.

LATIHAN MENEMBAK PISTOL BYRNA NON-LETHAL POLIS BANTUAN YTL30 Jun 2026 – Seramai 16 anggota Polis Bantuan YTL telah mengh...
30/06/2026

LATIHAN MENEMBAK PISTOL BYRNA NON-LETHAL POLIS BANTUAN YTL

30 Jun 2026 – Seramai 16 anggota Polis Bantuan YTL telah menghadiri Latihan Menembak Pistol Byrna Non-Lethal yang berlangsung di Combat Shooting Club.

Latihan ini telah diketuai oleh ASP/PB Gobinathan A/L Subramaniam dan turut dibantu oleh Insp/PB Nor Hairul bin Abu Hasan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, kecekapan serta keyakinan anggota dalam pengendalian senjata bukan membawa maut (non-lethal) mengikut prosedur operasi yang ditetapkan.

Penganjuran latihan secara berterusan ini mencerminkan komitmen Polis Bantuan YTL dalam memperkasakan tahap kesiapsiagaan, profesionalisme serta kompetensi anggota bagi memastikan tugas-tugas keselamatan dapat dilaksanakan dengan cekap, berintegriti dan berkesan.

KUNJUNGAN HORMAT KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTULPolis Bantuan YTL telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Po...
25/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTUL

Polis Bantuan YTL telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan berpeluang mengadakan sesi pertemuan bersama ACP Basri bin Sagoni, Ketua Polis Daerah Sentul serta Supt. Jasni bin Zolpa, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul.

Delegasi Polis Bantuan YTL diketuai oleh wakil kepada Datuk Haji Rasdi bin Ramli, Ketua Jabatan Keselamatan Polis Bantuan YTL, dan Insp/PB Nor Hairul bin Abu Hasan.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik, memperkukuhkan jalinan komunikasi serta meningkatkan sinergi antara Polis Diraja Malaysia dan Polis Bantuan YTL dalam memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta kesejahteraan komuniti sentiasa terpelihara. Semoga hubungan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan demi mencapai matlamat keselamatan yang lebih efektif dan bersepadu.

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha ...
01/06/2026

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Seluruh warga Polis Bantuan YTL dengan penuh hormat dan takzim mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta kekuatan dalam menerajui negara dengan penuh kebijaksanaan, kewibawaan dan kedaulatan demi kemakmuran Malaysia serta kesejahteraan rakyat jelata.

Sesungguhnya institusi Raja Berperlembagaan terus menjadi lambang perpaduan, kestabilan dan kedaulatan negara yang sentiasa dihormati dan dijunjung tinggi.

Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada,
Polis Bantuan YTL

Selamat Menyambut Hari Wesak.🪷Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa ketenangan, keharmonian dan kesejahteraa...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak.🪷

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa ketenangan, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua. Hari yang penuh bermakna ini mengingatkan kita tentang nilai kasih sayang, keamanan, toleransi serta semangat saling menghormati dalam kehidupan bermasyarakat.

Dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan, semoga semangat perpaduan dan keharmonian terus diperkukuhkan demi mewujudkan persekitaran yang aman, selamat dan sejahtera untuk semua.

Ikhlas daripada seluruh warga Polis Bantuan YTL.

Address

Jalan Amra, Sentul Raya Boulevard
Kuala Lumpur
51000

Telephone

03-40659969

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Bantuan YTL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share