Kasih Melayu Islam Bersaudara - KIMB

Call Directions

Kasih Melayu Islam Bersaudara - KIMB PINTU ISTANA JANGAN PECAH
BAJU RAJA JANGAN DICARIK

๐Ÿ•Š๏ธ Salam Takziahุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Pertubuhan Kasih M...
30/07/2026

๐Ÿ•Š๏ธ Salam Takziah
ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Pertubuhan Kasih Melayu Islam Bersaudara (KMIB) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Abdul Ghapar Bin Abdul Majid (Tokbat) yang telah kembali ke rahmatullah.

Sesungguhnya negara telah kehilangan sebutir permata dan lagenda dunia persilatan Melayu, seorang insan yang telah menaburkan jasa, ilmu dan pengorbanan dalam memartabatkan warisan persilatan serta memperjuangkan nilai agama, bangsa dan budaya. Segala bakti serta perjuangan Allahyarham akan terus terpahat dalam lipatan sejarah dan kekal menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa dan kesalahannya, melapangkan kuburnya, menerangi alam barzakh, serta menempatkannya bersama para nabi, siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽูˆูŽุณูู‘ุนู’ ู…ูุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉูŽ ู…ูŽุฃู’ูˆูŽุงู‡ู.

Al-Fatihah.
Ikhlas daripada: Ahli Jawatankuasa dan seluruh warga Pertubuhan Kasih Melayu Islam Bersaudara (KMIB).

Penyatuan dan kesatuan itu WAJIB dalam setiap jemaah dan gerakan.Dengan bersatu, barulah kerja dan strategi berjalan lan...
01/06/2026

Penyatuan dan kesatuan itu WAJIB dalam setiap jemaah dan gerakan.
Dengan bersatu, barulah kerja dan strategi berjalan lancar dan tersusun.

Oleh itu, saya mohon kepada semua gabungan Melayu Islam dan NGO-NGO Melayu Islam agar bergabung dan bersatu hati.
Ini demi memartabatkan dan mendaulatkan bangsa dan agama kita,
supaya terus kekal berdaulat di tanah air tercinta ini.
โ€“ Presiden KMIB

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒ™ SALAM AIDILADHA 1447H ๐ŸŒ™๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พDi hari penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan ...
27/05/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒ™ SALAM AIDILADHA 1447H ๐ŸŒ™๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Di hari penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan penyatuan ummah demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Semoga Aidiladha kali ini menjadi titik memperkukuhkan ukhuwah, menyatukan saf perjuangan serta membina semangat Melayu Islam yang lebih kuat, bermaruah dan berdaulat.

โœจ BERSATU โ€ข BERDAULAT โ€ข BERMARUAH โœจ

Ikhlas daripada:
TOK CINDAI
Presiden KMIB

dan seluruh kepimpinan

PERTUBUHAN KASIH MELAYU ISLAM BERSAUDARA (KMIB)
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.
Maaf Zahir & Batin.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ KMIB & Gabungan NGO Melayu Islam | Tegas & KonsistenKami dari Gabungan NGO-NGO Melayu Islam dengan penuh ketegasan ME...
20/05/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ KMIB & Gabungan NGO Melayu Islam | Tegas & Konsisten

Kami dari Gabungan NGO-NGO Melayu Islam dengan penuh ketegasan MENYOKONG PENUH cadangan Timbalan Ketua Polis Negara untuk menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

๐ŸŽฏ Tujuannya jelas:
Membanteras mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mewujudkan keadaan mengugat keselamatan, ketenteraman awam, serta kestabilan negara, khususnya dalam isu-isu sensitif yang melibatkan:

๐Ÿ”น Agama
๐Ÿ”น Perkauman
๐Ÿ”น Raja-Raja Melayu

๐ŸŒ™ Kami atas dasar mempertahankan kesucian Islam, kedaulatan Melayu, dan institusi beraja.

Jangan biar negara terus digoyah oleh elemen ekstremis dan provokasi yang membahayakan perpaduan nasional.

AMARAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG CUBA MENCABAR KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU!Institusi Raja dan Sultan bukan bahan politik m...
19/05/2026

AMARAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG CUBA MENCABAR KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU!

Institusi Raja dan Sultan bukan bahan politik murahan untuk dipersoal sesuka hati. Jangan kerana diberi ruang dalam sistem demokrasi, ada yang mula lupa asal-usul, lupa adab dan mula berani mencabar tiang seri negara ini.

Kami menyeru seluruh parti-parti Melayu dan Islam supaya segera bersatu, ketepikan perbezaan demi mempertahankan agama, bangsa dan kedaulatan tanah air. Jangan tunggu bangsa sendiri lemah baru mahu sedar pentingnya perpaduan.

Kepada mereka yang semakin biadab terhadap institusi Raja-Raja Melayu, ingat!! rakyat sedang memerhati. Jangan sampai api kemarahan rakyat marhaen yang cintakan tanah air ini terus dinyalakan oleh sikap angkuh dan provokasi melampau.

Kita pertahan kedaulatan dengan kekuatan suara, perpaduan dan semangat perjuangan, berlandaskan Perlembagaan dan undang-undang negara.

DAULAT TUANKU!
MELAYU BANGKIT!
ALLAHUAKBAR!

Tok Cindai
Presiden KMIB

KES PEMANDU MABUK YANG MERAGUT NYAWA โ€” SUDAH SAMPAI MASANYA KITA BERTINDAK TEGAS!Innalillahiwainnailaihirojiunโ€ฆSyawal ya...
30/03/2026

KES PEMANDU MABUK YANG MERAGUT NYAWA โ€” SUDAH SAMPAI MASANYA KITA BERTINDAK TEGAS!

Innalillahiwainnailaihirojiunโ€ฆ
Syawal yang sepatutnya disambut dengan kegembiraan, kini dicemari dengan berita yang merobek jiwa.
Seorang insan keluar mencari rezeki,
seorang anak dalam perjalanan pulang kepada keluargaโ€ฆ
Namun akhirnya, yang pulang hanyalah jasad tidak bernyawa.

DIRAMPASโ€ฆ

DIRAGUTโ€ฆ

OLEH MANUSIA YANG HILANG AKAL DAN KEMANUSIAAN!

TOK NAK TANYA.. SAMPAI BILA?

Sampai bila nyawa orang tidak berdosa
perlu menjadi korban kepada manusia yang mabuk, khayal, dan tidak bertanggungjawab?

Ini bukan lagi kemalangan,
INI ADALAH PEMBUNUHAN!

ARAK ADALAH IBU SEGALA KEJAHATAN!
Sabda Rasulullah SAW:
"Arak itu adalah ibu segala kejahatan." (HR al-Nasaโ€™i)
Hari ini kita lihat sendiri,
โ€œIbuโ€ itu melahirkan satu lagi kematian!

Bila akal sudah hilang,
manusia tidak lagi jadi manusia,
tetapi bertukar menjadi PEMANGSA di jalan raya!

TOK CINDAI BERSUARA TEGAS!
Tok mendesak pihak berkuasa:

โŒ HENTIKAN sikap berlembut

โŒ TIADA KOMPROMI untuk pemandu mabuk

โŒ KENAKAN hukuman MAKSIMUM tanpa pilih kasih

โŒ PASTIKAN keadilan ditegakkan untuk mangsa

INGAT!

Hari ini orang lain yang mati,
Esok mungkin keluarga kita sendiri!

Jangan sampai kita hanya pandai menangis
bila musibah sudah mengetuk pintu rumah kita!

TOK AKAN TERUS MEMANTAU!

Kami tidak akan berdiam diri.

Kami akan pastikan setiap kes dipantau,
setiap pelaku diadili,
dan setiap nyawa yang dirampas mendapat pembelaan sewajarnya!

BERHENTI SEKARANG!

Berhenti normalisasikan arak.

Berhenti tutup mata.

Berhenti beri alasan.

Ini soal NYAWA.

Ini soal MASA DEPAN.

NAโ€™UZUBILLAHI MIN ZALIK.

Jangan biarkan โ€œibu segala kejahatanโ€
terus melahirkan kematian demi kematian di bumi ini!

Presiden KMIB
TOK CINDAI

21/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H / 2026

Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, kita menyambut kemenangan setelah melalui madrasah Ramadan yang penuh keberkatan.

Di kesempatan ini, kami daripada
Seluruh Kepimpinan Jawatankuasa Tertinggi KIMB(Kasih Melayu Islam Bersaudara)
ingin mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
atas segala kekhilafan, kesilapan dan kekurangan.

Semoga Aidilfitri ini bukan sekadar perayaan,
tetapi menjadi titik penyatuan ummah,
menguatkan semangat perjuangan,
memperteguh jati diri Melayu Islam
serta membina masa depan yang lebih bermaruah dan berdaulat.

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.

Ayuh kita bangkit sebagai satu bangsa, satu suara, satu perjuangan.

SAFF KEPIMPINAN KMIB

18/03/2026

KENYATAAN TOK CINDAI & KMIB

Saya menyampaikan amanah daripada Tok Cindai, mewakili seluruh kepimpinan dan ahli Pertubuhan Kasih Melayu Islam Bersaudara (KMIB) berhubung pertemuan dalam program Harmoni Madani yang telah berlangsung.

Tok Cindai melihat usaha ini sebagai satu langkah yang tepat dan wajar, apabila dua komuniti yang sedang berhadapan dengan ketegangan, iaitu Melayu dan India, berani untuk duduk semeja dan membuka ruang perbincangan secara matang. Inilah jalan orang yang memilih perdamaian, bukan permusuhan.

Namun begitu, Tok Cindai turut meluahkan rasa kesal dan dukacita apabila terdapat beberapa pihak daripada komuniti India, termasuk aktivis serta individu berkepentingan, yang tidak hadir dalam pertemuan ini. Sedangkan ruang telah dibuka, peluang telah tersedia.

Pesan Tok Cindai,
jangan hanya lantang di luar, tetapi sepi apabila ruang dialog dibuka.

Jika benar mahukan keharmonian, maka hadirkan diri.
Jika benar mahukan penyelesaian, maka duduklah berbincang.

Kerana hakikatnya, perdamaian tidak akan lahir dari kejauhan, tetapi daripada keberanian untuk bersemuka, berlapang dada dan mencari titik persamaan.

Tok Cindai juga berpesan kepada semua pihak,
buang ego, besarkan jiwa, dan utamakan masa depan bersama.
Jangan sampai kita sendiri yang merugikan tanah air ini hanya kerana enggan untuk bersatu.

KMIB berdiri teguh sebagai jambatan penyatuan, bukan pencetus perpecahan.

AYUH KITA BERSATU.
Kalau bukan sekarang, bila lagi.

Timb. Presiden KMIB
Sifu Najib

17/03/2026

๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ง ๐—ง๐—ข๐—ž ๐—–๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก & ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tok ingin menyampaikan satu amanat yang lahir daripada hati yang sangat dalam.

Sudah terlalu banyak kali Tok berpesan, kita mesti duduk semeja, bersatu dan melupakan segala sengketa. Jika kita terus berpecah, tidak mustahil bangsa kita akan menjadi lemah dan akhirnya merempat di bumi sendiri.

Tok merayu kepada semua pimpinan Melayu, tanpa mengira latar belakang, fahaman atau kumpulan,
buanglah sikap ego, sombong dan kepentingan diri.

Besarkan jiwa kita demi masa depan bangsa.

Jika perlu Tok merendahkan diri, Tok sanggup.

Jika perlu Tok dipandang hina, Tok redha.

Asalkan bangsa Melayu ini terbela, itu lebih utama daripada segalanya.

Tok menyeru kepada semua,

AYUH KITA BERSATU.

Jika tidak, tiada makna lagi perjuangan yang kita laungkan selama ini.

Tok juga memohon agar amanat ini disebarkan kepada semua pimpinan masyarakat, NGO, dan seluruh anak bangsa, supaya mesej ini sampai ke hati-hati yang masih sayangkan perpaduan.

Ingatlah,
lebih baik kita pergi dengan nama yang baik, daripada hidup dengan nama yang buruk.

Sekian amanat Tok.

Tok Cindai
Pengasas/Presiden KMIB

KOTA NEGARADalam kita berjuang,Kita membina sebuah negara,Membentuk sebuah empayar.Jangan lupa, kekuatan ituLahir daripa...
09/03/2026

KOTA NEGARA

Dalam kita berjuang,
Kita membina sebuah negara,
Membentuk sebuah empayar.
Jangan lupa, kekuatan itu
Lahir daripada sebuah kota negara.

Kota adalah kubu utama, pintu masuk sesebuah empayar.
Kota adalah lambang kekuatan sesebuah kerajaan.
Kota adalah simbol kedaulatan sesebuah empayar.

Selain kekukuhan seni bina,
Sebuah kota juga memerlukan seorang panglima
Yang menjaga dan mempertahankan kota itu.
Panglima perang ini adalah orang terpenting dalam sesebuah empayar yang dibina.
Tugas panglima bukan sekadar memastikan empayar selamat dari musuh,
Tetapi juga meneguhkan semangat, membentuk askar yang taat,
Serta membimbing mereka dengan ilmu kepimpinan yang berilmu.

Panglima perang bukan sahaja hebat dari segi kemahiran ilmu perang.
Daya fikir, strategi, falsafah, dan keimanan juga perlu ada dalam jiwanya,
Kerana kemudi akan patah,
Layar akan robek,
Jika belayar tidak sempurna.

Ayuh, kita bina semula kota negara
Dengan iltizam dan semangat membara.
Kota ini perlu dipelihara,
Agar tidak runtuh menyembah bumi,
Dan bangsa tidak merempat serta dihina.

KALAU ROBOH KOTA MELAKA,
PAPAN DIJAWA KAMI HULURKAN,
KALAU SUNGGUH BAGAI DIKATA,
NYAWA DAN BADAN KAMI SERAHKAN.

The Founder of Kesatuan Melayu Islam Beraja
Tok Cindai

Address

Balai Adat Tok Cindai , Jalan E 3/12, Taman Ehsan
Kuala Lumpur
68100

Telephone

+60192094009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kasih Melayu Islam Bersaudara - KIMB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share