Pondok Zawiyah al-Hidayah I PZaH

Pondok Zawiyah al-Hidayah   I   PZaH PZaH - berkonsepkan Pondok Moden yang menggabungkan ilmu agama & kemahiran kontemporari.

KONTEKS MAKNA “ZAWIYAH”Perkataan "zawiyah" (زاوية) berasal daripada bahasa Arab dan membawa beberapa maksud, bergantung ...
04/11/2025

KONTEKS MAKNA “ZAWIYAH”

Perkataan "zawiyah" (زاوية) berasal daripada bahasa Arab dan membawa beberapa maksud, bergantung kepada konteks penggunaannya.

Dalam bahasa Arab moden, zawiyah secara literal bermaksud sudut atau penjuru (dari segi ruang atau geometri). Namun, dalam konteks Islamik dan sejarah, maksudnya lebih khusus.

Dalam konteks kerohanian dan pendidikan Islam, terutamanya berkaitan tasawuf (sufi): Zawiyah merujuk kepada tempat ibadah dan pengajian khusus bagi pengamal tasawuf (sufi), mirip seperti pondok atau madrasah kecil. Ciri-ciri zawiyah (dalam konteks tasawuf):

• Tempat berkumpul murid-murid tarekat untuk zikrullah, suluk, dan pengajian rohani.

• Diterajui oleh seorang guru sufi atau mursyid.

• Digunakan sebagai pusat kerohanian, tarbiah, dan latihan jiwa.

• Biasanya terletak berdekatan masjid atau dalam kawasan terpencil.

Berikut adalah konteks makna zawiyah menurut sejarah yang digarap daripada buku "Rihlah (Perjalanan) Ibnu Battuta":

Masjid ‘Amru ibn al-‘As, merupakan sebuah masjid masyhur yang dibina pada tahun 21 H (641 – 642 M), terletak di Mesir yang kini dilihat sebagai “Kaherah Lama”. Di bahagian timur masjid ini terdapat sebuah zawiyah iaitu tempat Imam Abu “Abdillah al-Syafi’e pernah mengajar.

Jumlah madrasah yang terdapat di Mesir pada ketika itu tidak terhitung banyaknya termasuk juga maristan (rumah sakit) yang terletak di antara dua buah istana di kawasan al-Malik al-Mansur Qalawun yang tidak dapat digambarkan keindahannya. Terdapat banyak kemudahan dan ubat-ubatan yang tidak terjumlah banyaknya di maristan. Menurut riwayat, pendapatan harian maristan ini berjumlah 1,000 dinar.

Begitu juga bilangan zawiyah yang sangat banyak. Penduduk menamakannya sebagai khawaniq dan bentuk mufradnya ialah khanqah. Amir-amir di Mesir berlumba-lumba untuk membina zawiyah-zawiyah ini. Setiap zawiyah di Mesir ini dikhususkan untuk golongan faqir yang kebanyakannya terdiri daripada orang bukan Arab (orang Parsi). Mereka ini memiliki adab dan ilmu pengetahuan tasawuf. Di setiap zawiyah, ada seorang syeikh dan seorang penjaga.

Khadam yang berkhidmat di zawiyah kebiasaannya akan menemui golongan faqir itu pada waktu pagi untuk urusan soal makan dan minum. Setiap penghuni akan menyatakan makanan yang dingininya. Apabila mereka berhimpun untuk makan, setiap orang akan diberikan roti dan sup dalam hidangan yang berasinga, tanpa berkonsi dengan rakan yang lain. Penghuni zawiyah menikmati makanan sebanyak dua kali dalam sehari. Selain itu, mereka juga menerima pakaian untuk musim sejuk dan musim panas disamping elaun bulanan antara 20 hingga 30 dirham seorang. Pada setiap malam Jumaat, mereka diberikan manisan, sabun untuk membasuh pakaian, wang untuk bayaran memasuki bilik air dan minyak untuk menyalakan lampu. Mereka ini masih lagi bujang. Bagi yang sudah berkahwin, mereka tinggal di zawiyah-zawiyah yang berasingan. Mereka diwajibkan untuk menunaikan solat lima waktu, bermalam di zawiyah dan berhimpun di kubah di kawasan zawiyah.

Antara kebiasaan penghuni zawiyah ini ialah setiap seorang akan duduk di atas sejadah yang dikhususkan untuknya. Apabila mereka menunaikan solat Subuh, mereka akan membaca Surah al-Fath, Surah al-Mulk, dan Surah ‘Amma. Kemudian setiap seorang akan diberikan satu juzuk al-Quran. Setiap faqir akan membaca satu juzuk dan dengan yang demikian, mereka dapat mengkhatamkan al-Quran. Selepas itu, mereka berzikir kepada Allah SWT dan akhirnya, qari-qari mereka akan membaca al-Quran mengikut kebiasaan Ahl al-Masyriq (orang timur). Mereka juga melakukan perkara yang sama selepas Solat Asar.

Penghuni zawiyah juga mempunyai adat yang tertentu untuk menyambut ahli baharu. Seseorang ahli baharu akan datang berdiri di pintu zawiyah, dengan pinggangnya terikat. Sehelai sejadah tersangkut di bahunya, tongkat di tangan kanannya, dan cerek p**a di tangan kirinya. Penjaga pintu zawiyah akan memberitahu khadam zawiyah bahawa ahli baharu tersebut berada di situ. Khadam akan menemuinya dan bertanya dari negeri mana ia datang, di zawiyah mana ia pernah tinggal dalam perjalanannya dan siapakah syeikhnya. Apabila khadam berpuas hati dan dapat memastikan kebenaran kata-katanya, ia akan menjemputnya masuk lalu membentangkan sejadah di tempat yang layak untuknya. Kemudian khadam akan menunjukkan tempat untuk bersuci dan ahli baharu itu akan memperbaharui wuduknya. Seterusnya ia akan berdiri di atas sejadah, mengikatkan kainnya pada pinggang, menunaikan solat dua rakaat dan bersalam dengan syeikh serta orang yang hadir lalu duduk bersama-sama di situ.

Apabila tiba hari Jumaat, khadam zawiyah akan mengambil semua sejadah penghuninya ke masjid dan membentangkannya untuk mereka di sana. Mereka akan keluar ke masjid beramai-ramai bersama-sama dengan syeikh mereka. Setiap orang akan menunaikan solat di atas sejadah masing-masing. Apabila selesai menunaikan solat, mereka akan membaca al-Quran sebagaimana biasa. Kemudian mereka akan p**ang beramai-ramai ke zawiyah bersama-sama dengan syeikh.

Dapatlah disimpulkan bahawa aspirasi PzaH adalah berlandaskan konteks makna zawiyah menurut sejarah dan tujuan asal zawiyah dipraktikkan. Pendekatan yang sama akan cuba diterapkan didalam sistem pengajian di PzaH dimana adab dan istiqamah merupakan antara elemen-elemen penting dalam pengajian ilmu selain daripada penerapan silibus dan aktiviti-aktiviti berkaitan pembangunan sahsiah diri para pelajar.

Istilah ZAWIYAH yang dipilih bukanlah sekadar penjenamaan semata-mata, lebih daripada itu PZaH akan sentiasa komited untuk menzahirkan makna zawiyah dalam bentuk praktikal dan holistik dalam kerangka kontemporari bersesuaian dengan perkembangan medan dakwah dan penyebaran ilmu semasa.

Kuliah Dhuha Muslimat       I       DARAH & WANITAoleh Ustazah Nurul Hidayah binti KamarudinSekitar aktiviti bersempena ...
25/10/2025

Kuliah Dhuha Muslimat I DARAH & WANITA
oleh Ustazah Nurul Hidayah binti Kamarudin

Sekitar aktiviti bersempena Karnival Mahabbah Al-Kausar anjuran Surau Al-Kausar, Park Avenue, Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Seronok melihat keletah para peserta dan pengunjung karnival. Semoga usaha yang dilakukan oleh pihak surau menjadi al-asbab ikatan ukhuwah yang kukuh terjalin dikalangan masyarakat setempat tidak mengira lapisan umur. Semoga diberikan ganjaran yang besar disisi Allah SWT. Amin Allahumma Amin.

24/10/2025
24/10/2025

Warga Rawang dan sekitar

Insha Allah esok 25/10/25, jam 9.30pagi boleh bersama2 ustazah di Surau Al Kausar, Park Avenue, Bandar Tasik Puteri, Rawang.

-admin-

24/10/2025

Aspirasi Penubuhan PZaH

Menurut pengasas bersama PZaH iaitu Ustaz Dr. Mohammed Abdo Othman Al-Muntaser dan Ustazah Nurul Hidayah Kamarudin, cabaran yang dihadapi oleh umat Islam mutakhir ini amat sukar melibatkan ujian yang menguji keimanan dan kesabaran manusia, seringkali disertai dengan kemunculan fitnah yang merusak. Dengan kesedaran dan kebimbangan terhadap fenomena ini, timbul keazaman mereka berdua untuk mewujudkan suatu wadah untuk membimbing dan membentuk masyarakat terutama umat Islam kearah menjadi individu yang mantap dalam keilmuan terutamanya untuk maslahat ukhrawi.

Penubuhan pondok yang dicadangkan adalah juga diaspirasikan daripada keazaman untuk melahirkan para muslih dan muslihah. Perkataan "muslih" (مُصْلِح) dan "muslihah" (مُصْلِحَة) berasal daripada bahasa Arab, iaitu dari akar kata "ṣ-l-ḥ" (ص ل ح) yang berkait rapat dengan konsep islah (الإصلاح), yang bermaksud pembaikan, pembetulan, atau pemulihan. Dalam Al-Qur'an dan hadis, "muslih" sering merujuk kepada individu yang memperbaiki kerosakan, sama ada dalam konteks masyarakat, hubungan, atau agama. Seorang pemimpin, pendakwah, guru, atau ulama yang menyeru kepada pembaikan dianggap sebagai muslih.

Seiring dengan pengkhususan pondok yang dicadangkan adalah lebih fokus kepada golongan wanita, maka konteks untuk melahirkan wanita muslihah yakni seorang wanita solehah yang aktif memperbaiki dirinya dan orang lain, menyeru kepada kebenaran dan menentang kemungkaran. Dalam konteks dakwah dan pendidikan Islam, muslihah merujuk kepada wanita yang bukan sahaja baik (solehah), tetapi juga berperanan menyebarkan dakwah dan membimbing orang lain ke arah kebaikan.

Menurut Ustaz Dr. Mohammed Abdo, diantara misi pondok yang ingin ditubuhkan adalah mewujudkan suasana pengajian yang berteraskan para pelajar adalah merupakan sahabat atau sahabiah yang mampu berdakwah dengan ilmu yang diperolehi daripada pondok kepada masyarakat. Ini bersesuain dengan zaman para sahabat dahulu; dimana mereka juga merupakan para pelajar Baginda Rasulullah SAW yang kemudiannya menyampaikan dakwah diseluruh pelosok dunia.

Ringkasnya, berdasarkan pengamatan dan kesedaran yang dinyatakan di atas, maka timbulnya idea untuk mewujudkan suatu wadah yakni sebuah pondok sebagai pusat penyampaian ilmu yang strategik, berstruktur, kontemporari dan unik - dinamakan sebagai Pondok Zawiyah al-Hidayah.

Semoga segalanya baik-baik saja buat kita semua. Bi iznillah.
24/10/2025

Semoga segalanya baik-baik saja buat kita semua. Bi iznillah.

Address

B2-0-3 Flat Desa Pandan, Kampung Pandan, Cheras
Kuala Lumpur
55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Zawiyah al-Hidayah I PZaH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share