26/08/2026
Hadis 40 al-Nawawi bukan satu kitab asing untuk kita, semua dari kita mungkin pernah dengar, mungkin juga ada dari kita tanya, kenapa kitab ni famous? Kenapa semua tempat mengajar kitab ni?
Sebab dalam 40 hadis ni kebanyakan topik-topik paling penting untuk kita sebagai orang Islam untuk belajar, faham dan praktis dalam kehidupan kita ni.
Imam al-Nawawi رحمه الله sendiri kata tentang kitab dia ni:
“Aku lihat sangat sesuai untuk aku mengumpulkan 40 hadis yang lebih penting dari semuanya (semua kitab 40 hadis yang dikumpul oleh alim ulama sebelumnya). Iaitu 40 hadis yang merangkumi kesemua hal dalam agama. Setiap satu riwayat adalah kaedah yang penting dari kaedah-kaedah agama ini. Dimana para ulama telah sifatkan (hadis-hadis) ini sebagai satu paksi dimana Islam berputar padanya, atau ia adalah sebahagian dari Islam, atau 1/3 dari Islam”
Jadi jom kita belajar kitab ni, إن شاء الله dia jadi manfaat sepanjang hidup kita sebagai seorang Muslim!
Join group telegram:
https://t.me/SS40Nawawi