10/10/2026
🌹✨ MAJLIS HI TEA PUSPANITA PERKESO 2026 ✨🌹
PUSPANITA PERKESO telah mengadakan Majlis Hi Tea PUSPANITA PERKESO 2026 pada 3 Oktober 2026 (Sabtu) bertempat di Flora Terrace, Kuala Lumpur.
Bertemakan “Red Elegance”, majlis yang dihadiri oleh seramai 75 orang tetamu ini berlangsung dalam suasana penuh ceria dan mesra, sekali gus menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli PUSPANITA PERKESO.
Majlis bertambah istimewa dengan kehadiran Pengerusi PUSPANITA PERKESO, Datin Sri Wahinah binti Haroon Rasheed, bersama Puan Nurul Huda binti Mohamed Dani dan Puan Eileen See, yang turut memeriahkan suasana serta menyerikan lagi majlis tersebut.
Pelbagai pengisian menarik turut memeriahkan majlis termasuk persembahan istimewa daripada para tetamu, acara Cabaran Santai, pemilihan pakaian tercantik serta cabutan bertuah mencetuskan suasana penuh keceriaan, gelak tawa dalam kalangan peserta, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan majlis.
Majlis turut menyaksikan momen penuh bermakna bagi meraikan persaraan Setiausaha PUSPANITA PERKESO, Puan Noor Harlena binti Abdul Jalil, sebagai tanda penghargaan atas segala khidmat bakti, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang bersama PUSPANITA PERKESO. 🌷
Lebih daripada sekadar pertemuan, majlis ini menjadi ruang untuk berkongsi kegembiraan, mengukuhkan persahabatan dan mencipta kenangan indah yang akan terus terpahat dalam ingatan. ❤️
✨ “Sejenak Bersama, Seindah Kenangan Selamanya…” ✨